Minggu lepas Yong ada buat entry tentang seorang Datuk yang gatal meghelar mencari anak2 gadis untuk ditipu dan ditiduri.
Dengan artikel itu, ramai yang dah tahu tentang kerja kotor Datuk ni,
termasuklah isteri dan ahli keluarganya yang lain.

Memang Datin agak kecewa dengan hebahan cerita ini,
terutamanya selepas artikel ni dikeluarkan.
Bukan Datin kecewa dengan tindakan kawan Yong perangkap Datuk
sehingga lubang maksiatnya pecah,
juga Datin bukan kecewa sebab Yong menulis mengenai suaminya,
tapi Datin kecewa kerana suaminya masih tidak serik2 meniduri perempuan lain
yang tidak diketahui asal usul mereka.

Datin tahu sejarah perbuatan Datuk melakukan zina bila2 masa sahaja yang dia kehendakkan.
Tapi sebagai isteri, Datin selalu berharap suaminya akan berubah suatu hari nanti.
Lebih2 lagi selepas Datuk mengerjakan haji. 
Rupa2nya, haji itulah menjadi mata kail untuk menjerat lebih banyak gadis2 muda yang masih dara.

Datin berhubung dengan kawan Yong untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang sebenar tentang hasil lakonan kami.
Segala bukti sms dan mms telah pun ditunjukkan bagi mengesahkan yang Datuk memang masih lagi meliar di luar pengetahuan Datin.

Kasihan Datin, masih muda..terpaksa menjaga 7 anak sepanjang Datuk bekerja di luar.
Sebilangan anak2nya itu ada hasil perkahwinan Datuk dengan 2 bekas isteri.
Datin lebih seperti pengasuh anak2 Datuk. Bukan seperti isteri.

Datin memiliki ijazah, tetapi setelah berkahwin,
Datin menjadi suri rumah sepenuh masa.
Tiada kawan2, tiada ruang untuk bersosial.
Dunianya hanya rumah dan anak2.

Bila Datin dapat tahu aktiviti jijik Datuk ni masih berterusan,
Datin jadi goyah.
Bukan sahaja Datuk meniduri gadis2 yang masih suci,
Datuk juga tidak kisah melampiaskan nafsunya pada pelacur2 di negara2 yang dilawatinya untuk tujuan perniagaan.
Jepun, Indonesia, Singapura...selagi boleh.

Dan menurut perbualan dengan Datuk tempoh hari,
beliau tidak suka mengamalkan safe sex.
Meaning, no condom.

Yong baca sms2 yang dihantar antara kawan Yong dan Datuk.
Jelas yang Yong boleh nampak, Datuk ni bukanlah jenis yang berilmu sangat.
Mungkin Datuk ni pandai hanya dalam perniagaan,
but basic knowledge about STD (Sexually Transmitted Disease), zero!
Sedangkan pencuci alat kelamin pun dikatanya boleh mengelakkan kehamilan,
inikan pula pengetahuan tentang penyakit.
Dia memang dungu piang!
(maaf, Yong memang rasa macam tu. I hate writing about a stupid guy)

Yong kasihankan Datin ni.
Tak pasal2 jadi mangsa nanti disebabkan aktiviti tidak bermoral Datuk ni.
Cuba bayangkan, isteri yang setia menjaga rumahtangga dan anak2,
dijangkiti HIV atau Syphilis walaupun isteri ni tidak pernah curang terhadap suaminya
Adalah tidak adil kerana kesetiaannya dibayar dengan penyakit yang tiada penawar (kecuali syphilis).

Syphilis adalah sejenis penyakit yang bukan senang dikesan pada peringkat awal.
Ada yang membawa penyakit ni tanpa diketahuinya sehingga 10-20 tahun tanpa simptom.
Mungkin sesekali ada timbulnya ulcer di mulut atau di kawasan alat sulit yang akan hilang sendiri.
Yong tak mahu elaborate tentang syphilis di entry ni.
Mungkin Yong akan cuba translate some of the articles dalam internet untuk rujukan readers Yong.

Kembali kepada masalah kecurangan Datuk yang dahagakan seks sepanjang masa ni,
dia mengingatkan Yong kepada sejenis permasalahan psikologi.
Sex addiction.
Juga banyak info tentang ini yang agak panjang kalau ditulis.
Yong akan cuba kupas tentang ni nanti kerana bagi Yong,
topik sex addiction agak menarik untuk dibincangkan dan dikongsi bersama.

Kini, Datin tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Pelbagai pendapat kami berikan untuk meringankan beban fikiran Datin.
Kawan Yong suggested for her to walk away from that dirty old man.
I'm thinking the same too.
Tapi, bila involves anak2, datang pula permasalahan lain. Memang susah, memang keliru.

Sekiranya masih bersama, dapat pula penyakit kelamin atau HIV, dia akan sengsara.
Kalau berpisah, hidupnya mungkin lebih perit mengenangkan anak2 yang menjadi tanggungan.
Jika Datuk meminta hak penjagaan dari mahkamah,
Datin mungkin tidak akan dapat berjumpa dengan anak2nya lagi.
Lagipun mereka lebih menyayangi Datuk jika dibandingkan dengan Datin.
Kami buntu.

Sebelum Yong menamatkan entri Yong hari ni, Yong memohon kepada readers Yong,
jika anda pernah berada di dalam situasi seperti Datin,
ataupun pernah mengetahui sesuatu yang seperti ini..
silalah berikan buah fikiran, nasihat atau sokongan moral kepada Datin kerana beliau kini berseorangan menghadapi krisis ini.

Ladies, no matter from where we came from, we need to support each other.
Please...let us know what's in you mind.
Kindly leave your comments in below column.

Persoalannya:
Sekiranya anda dapat tahu yang suami anda meniduri ramai wanita termasuk pelacur, 
apa tindakan anda?

Thanks in advance.
.
.
.