Makin banyak produk pelangsingan kat luar sana.
Kenapa kita kena makan/minum benda2 yang dalam masa yang sama memudaratkan tubuh dalam jangkamasa panjang? Tak sayang nyawa dah ke dek non??


Ada macam2 jenis produk pelangsingan
1) Teh pelangsing merunsing
2) Slimming shake your bon-bon
3) Pil pelangsing arteri
4) Sticker tempek2 kat tempat lemak2
5) Krim, gel geli2 sapu kat tempat banyak selulit
6) Mesin getaran jiwa pemecah lemak


Tapi kali ni kita bercerita tentang Teh Pelangsingan.

Photobucket

Contohnya, macam yang ni. Katanya guna Daun Jati Cina semata.
Yang kita ni pun percaya la..."oh, herbal, natural, selamat..bla~bla~bla"
Pastu ada lak testimoni kata, "kak gayah minum ni, lepas tu turun berat badan 5 kg dalam masa 3 bulan. Macam tak percaya. Lawas pulak tu. Ringan rasa badan."

Kak gayah ku sayang, Yong sarankan Kak Gayah belajar guna internet ye.
Kaji dulu pebenda Daun Jati Cina yang sangat mujarab ni.
Nama saintifiknya Kak Gayah tahu tak?
Meh Yong nak cerita.
Yong bukan herbatologist, bukan scientist, bukan nutritionist jua.
Yong rajin Google je.
So, to save your precious time, Yong elaborate je kat sini.

Daun Jati Cina atau nama lainnya Cassia augustifolia atau juga lebih dikenali dengan nama Senna.
Kak Gayah tahu kat mana nak dapat Senna yang murah dan senang?
Pergi je kat farmasi, mintak Senokot.
.
Photobucket


Kalau minum Senokot/Daun Jati Cina/ Senna ni apa kesannya?


Kegunaan Senna/ Daun Jati Cina
Senna mengandungi hydroxyanthracene glycosides ataupun lebih dikenali sebagai sennosides.
Glycosides merangsang aktiviti usus dan ini menyebabkan kesan lawas. 
Alaa...macam dah mematuk2 nak keluar adik besar tu...


Glycosides menambahkan cairan dalam usus, melembutkan najis. 
Bila cairan/bendalir bertambah, najis seolah2 menjadi lebih banyak dan besar. 
Besar Punya!! (bayangkan iklan maggi yang pegang ikan tongkol tu)


Senna/ Daun Jati Cina ni sebenarnya elok untuk :-
  • Burns
  • Sembelit
  • Demam
  • Kecacingan
  • Psoriasis (scaly, raised skin patches)
  • Skin eruptions
  • Melawaskan pembuangan adik besar
  • Tumors (ni Yong tak tahu)

Kesan dari pengambilan Senna/ Daun Jerat Cina

Hubungi doktor yang terdekat ataupun 
klinik panel percuma Kak Gayah kalau ada terkena simptom2 seperti ni;
  • cirit-birit
  • kejang otot perut atau kesakitan dalam perut
  • ruam
  • Kehilangan berat badan.
Herba ni juga boleh menyebabkan:
  • finger clubbing (rounded swelling of the fingertips and nails) Ni bukan cucuk bintang kat Zouk Club ye cik Amanda
  • fluid and chemical imbalances
  • jaw tightness. Simptom yang membuatkan kak Gayah susah tersenyum. Masam sokmo.

Kesan sampingan yang lain

Combining herbs with certain drugs may alter their action or produce unwanted side effects. 
Don't use senna while taking:
  • heart drugs called calcium channel blockers, such as Calan and Procardia
  • Indocin.
Perkara penting yang Kak Gayah kena ingat semasa mengambil teh pelangsing merunsing ni.
  • Jangan minum teh ni kalau Kak Gayah ada masalah radang usus, buasir ataupun buntut terkeluar (usus)
  • Jangan guna teh ini untuk melawaskan pembuangan adik besar setiap masa.
    Nanti bila tak minum, adik besar bertambah besar kat dalam dan tak nak keluar2.
  • Kalau nak minum juga, kena minum banyak air, makan serat2 seperti sayur-sayuran atau buah-buahan untuk melancarkan proses perkumuhan.
  • Bila rasa sembelit dah lega. Stop minum. Jangan minum teh yang mengandungi senna/daun jati cina lebih dari seminggu.
  • Berhenti bancuh atau minum teh ni kalau Kak Gayah terasa macam perut kejang atau mual2.
  • Kepekatan Senna/Daun Jerat Cina berbeza ketika penyediaannya.
  • Teh ni akan mengubah warna air kencing.

Kajian Menunjukkan..

Senna/ Daun Jerat Cina ni selamat digunakan dalam kuantiti yang minimal, tetapi penggunaan dos yang tinggi atau berterusan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 
Pakar kesihatan mencadangkan Senna/ Daun Jerat Cina hanya boleh digunakan ketika perlu dan tidak melebihi jangkamasa yang disarankan (satu minggu).


Antara kesan jangka panjang penggunaan laxative seperti Senna.


Melanosis Coli.

Regular use of herbal stimulant laxatives has been associated with a condition known as melanosis coli, in which the pigmentation of the lining of the colon changes to a dark-brown color. This change in pigmentation may be seen as early as four months following regular use of anthranoid-containing herbs and generally disappears within six month to a year following the cessation of the use of these herbs. Controversy remains as to whether melanosis coli is a harmless condition or a contributor to the development of colorectal cancer.


Colorectal Cancer


The jury is still out as to whether regular use of herbal stimulant laxatives contributes
to an increased risk of colorectal cancer.
Conflicting results have been seen in animal studies and studies on humans remain limited.
Research is also being conducted as to whether or not constipation itself
plays a role in terms of increasing the risk of the development of colon cancer.

Kalau Kak Gayah kata"eh...kak Gayah bukan ambil yang macam ni. Kak Gayah guna yang dalam uncang. Ramai orang minum. Ok jer?"
Kak..nak minum suka ati akak le...saya ni bukan kesah pun.
Bukan saya yang nak tercirit2 kan?
Tapi saya bagi info je. Tu pun cedok internet situ sini.
Tapi..kalau dah kata tak elok tapi kak Gayah nak gamble jugak...do as you please le, kan?

Kalau dalam uncang pulak, kena perhatikan kandungan bahan dalam teh tu.
Biasanya dia akan letak segala nama saintifik bagai untuk
mengaburi mata Kak Gayah yang 150/275 powernya tu.

Kak..nak kurus atau menurunkan berat badan, bukan dengan cara minum teh perangsang cirit.
Makan makanan yang kurang berlemak, senaman sikit masa tengok rancangan Mari Menari tu,
tak pun, amalkan blood type diet. Takde suruh makan makanan yang pelik2.
Makan apa yang sesuai, tinggalkan apa yang mungkin menggemukkan.
Win win situation, kan?


Iklan yang agak menarik dan ironik untuk melariskan jualan teh pelangsing

Photobucket

Memanjang nak ke tandas..sampai tertonggeng punggung gitu. Yawww!! Seksa!
.
.
.