Recently bff Yong ada misi tersendiri.
Melihat sejauh mana bijaknya lelaki menjerat perempuan.
Memang menarik hasilnya!
Kalau perempuan dewasa pun boleh jatuh terjelepuk dek perangkap yang dipasang ni,
apatah lagi budak-budak perempuan yang baru nak belajar hidup.

Yong akan cuba explain what actually happen and hopefully takde missing any crucial points.

Ni kisah seorang lelaki berpangkat Datuk, bertitle Haji.
Sudah pun berkahwin dengan perempuan muda.
Anaknya 7 orang. Umur Datuk ni lebih kurang lingkungan lewat 40'an,
badan masih segak le orang kata.
Bukan boroi.

Modus operandinya, samada dia mencari gadis2 yang nampak sosial, 
ataupun anak gadis yang berpakaian tudung, nampak suci lagi gitu.
Cara approachnya berbeza, mengikut kesesuaian.
Yong nak cerita macam mana dia perangkap yang sosial dan yang suci.

Kita mulakan dengan yang suci murni ni dulu.
Perkenalan samada secara depan mata (terserempak di restoran atau shopping mall),
atau melalui laman facebook.

Dia akan bagi nombor telefon dia, dan kenalkan dirinya sebagai Datuk Malek.
Memang dia guna nama dia pun biasanya. Langsung tak segan silu.
Lepas tu..bila gadis suci ni melayan, Datuk akan call selalu, mula pasang perangkap.
Mula2 diberi nasihat2 yang sangat islamik.
Dihantar sms pagi2 subuh, gerakkan untuk solat.
Waktu zohor pun diingatkan.
Diguna segala hadis nabi, petikan ayat dari Al Quran untuk menunjukkan yang dia ini seorang yang mementingkan agama.
Si gadis ni pun rasa selamat. Dah rasa macam lelaki ni sangat bertakwa gitu.

Kemudian lama sikit, dia akan hantar gambar dia masa pergi mengerjakan haji dulu.
Few of his photos dalam ihram.
Bertambahlah si gadis naif ni yakin yang Datuk ni seorang yang kuat pegangan imannya.

Dan si gadis berani keluar berjumpa untuk minum atau jalan2.
Tangan tak disentuh. Katanya haram.
Aduh...sungguh mulia lelaki ni.

Seterusnya, Datuk menabur kata2 manis.
Dia kata yang dia sukakan gadis ni dan kalau boleh nak hantar wakil masuk meminang.
Tapi sebelum bertunang, dia bagi cadangan.
"Eloknya kita pergi mengerjakan umrah sama2, minta petunjuk di tanah suci Mekah.
Semoga Allah swt merahmati niat dan hubungan ni."
Kos perjalanan dan segalanya akan ditanggung penuh oleh lelaki ni.
Itu janjinya.

Aduhh...makin sedap bunyinya kan?
Sebelum ke Mekah, lelaki ini mula masuk racunnya.
Dipegangnya tangan, dibelai pipi gadis ni.
Katanya, "kita pun akan berkahwin...maka tak salahlah kalau berpegangan.
Bertambah erat hubungan ni nanti. Lebih dekat rasa di hati."

Belum lagi ke Mekah, diajaknya dulu bercuti di tempat yang mahal2.
Hotel 5 bintang. Berdua sahaja.
Katanya, nak cuba keserasian untuk hidup bersama.
Tak mengapa, tak berdosa katanya.
Setakat bercuti, tak buat apa2. Janji dengan ayat2 manis.

Bila di hotel, dia cuba cucuk racun lagi.
Katanya, biarlah dia merasa nikmatnya dapat hidup bersama dengan gadis ni.
Mana tahu, takut nanti si gadis ni berubah hati. 
Dia nak buktikan pada gadis ni, dia mampu memberikan kepuasan dalam bilik tidur,
yang tidak dapat ditandingi mana2 lelaki.
Katanya jangan takut, dia akan melayan selembut mungkin.

Dan gadis ni pun jatuh masuk perangkap, kena racun sampai pengsan.

Sudahnya, setiap kali lelaki tu mahukan layanan seks, gadis tu akan jadi mangsa.
Mekah memang dah tak nampak bayangnya.
Ingatan pada solat lima waktu juga hilang.

Lelaki itu berjaya mengambil kehormatan perempuan tu dengan cara halus dan licik.
There's no turning back for that poor girl.
Soon, dia akan ditinggalkan macam tu sahaja.
Sebab perempuan macam ni dah malu mengaku diri ditebuk tupai.

Itu kalau perangkap bagi gadis suci. Macam mana pulak dengan gadis2 sosial?

Lebih mudah!
Kalau dia dah dapat nombor telefon perempuan ni,
soalan pertamanya "you takde boyfren ke?"
Kalau ada...lagi cepat langkahnya. Takde tapis2 dah!
"You pernah 'main' dengan bf you tak?"

Actually Yong ada keseluruhan conversation yang berbaur lucah in between this datuk and my fren.
Tak sesuai untuk dikongsi di sini. Terlampau jijik untuk dibaca.
My fren cuma pancing melalui sms. Tak pernah jumpa. Tak berniat pun nak jumpa.
Dia cuma nak tengok taktik lelaki ini sahaja.
Dan Yong tukang tambah skrip sikit2 bagi sms dia power giler...hahaha!! (jahat ko ni Yong!)

Anyhow, selain dari mengajak fren Yong tidur di Summit Hotel, PD, 
Phuket, ntah mana tempat lagi, lupa dah..
Tapi ada satu sms yang buat Yong tergelak mengekek2!
Sabar je la.....

Macam ni ceritanya...Datuk ni memang dah nak mengajak fren Yong ni bersenggama,
tapi dia tak nak pakai protection katanya.
Datuk tu kata, nanti tak puas.
Jadi kawan Yong ni pun kata le...dia tak nak having sexual intercourse without protection sebab they don't even know each other and god knows what diseases can be transmitted during the whole steamy process.

Mulala si Datuk ni buat MLM promotion. Adeh....

"Nanti I bawak kat you satu produk pencuci alat sulit wanita. 
Mesti you tak pernah dengar tentang pencuci ni. Pencuci ini sangat bagus untuk mencuci dalaman wanita, menghilangkan bau, merapatkan keintiman dan mematikan sperma. 
Jadi you tak perlu risau sebab you takkan mengandung kalau pakai pencuci ni."


Photobucket

Ya ampun.....pencuci apa tu pak aji?
Yong minat gak nak tahu. Tak yah Yong telan pil.
Udah le boleh kasik wangi, boleh jadi alat pencegah kehamilan pulak tu. 
Anak sapa la yang genius tu woi?

Ni dalam nak tido dengan perempuan pun sempat meniaga lagi tuan haji??
hahaha...malas nak cakap part mabrur ke tak. Bukan keje kita nak nilai.
Tapi part menguli perempuan tak sudah2 tu yang buat kita rasa geli nyampah.

Tu belum masuk part dia menghantar mms gambar2 alat sulit nya.
Konon nak tunjuk le betapa perkasanya dia.
Yong tak lalu tengok...benak otak Yong nanti.
(konon le...hahaha! Nak tunjuk kemuliaan Yong skek..kekeke)

Tapi lakonan ni tak bertahan lama, sebab kawan Yong mengelak bila diajak jumpa.
Bila dah 3-4 kali mengelak, dia nak bosan.
Dan sekarang dia masih lagi mencari mangsa di dalam facebook, 
kalau dia nampak gambar2 profile anak2 gadis yang sedang clubbing atau pakaiannya seksi, 
dia terus send add fren request. Yang suci murni pun tak ketinggalan.

Before lakonan kawan Yong ni tamat,
ada ditanya.."you tak takut Allah ke? Zina kan dosa?"
Tahu apa jawabnya?
"Allah Maha Pengampun. Yang penting hati. Hari ni kita buat, kejap lagi kita taubat le."
WoW!

So kawan2 sekalian, waspada dengan jerat2 macam ni.
Bukan apa, kalau rasa nilai diri masih tinggi, jagalah.
Kalau ko tak kisah...ada aku kesah? hahaha!!

Selamat berfacebook dengan selamat!
.
.
.