Malam semalam Yong keluar kejap membayor hutang piutang.
Membayor duit Optimus Prime.
Mesti korang heran, pebenatang Optimus Prime ni?

Photobucket

Ni ha...pengangkutan rasmi lagi utama untuk keluarga Yong.
Sapa2 nak buat drift ngan Yong, tunggu je kat tol Kajang.
Makan asap le korang!

Anyway, masa keluar ngan bff Yong ni,
dia mintak Yong buat entry konflik suami muda, isteri matang.
Yong tak nak guna isteri berusia sebab semua orang berusia la wey.
Anak yang berusia 6 tahun, Yong berusia 32 tahun...ha,
yang tak berusia tu...dah selamat berehat dari masalah dunia fana ni.

Yong dari semalam dah memang beku pale hotak memikir entry baru,
rasa terpanggil nak mengupas isu ni.
Yong tak nak kaitkan ini dengan kisah rasulullah s.a.w dengan Khatijah r.a,
sebab lelaki sekarang bukan rasul atau nabi.
Tiada yang even close to it.

Ni kupasan yang relate dengan zaman sekarang.

Makin ramai lelaki zaman sekarang memilih isteri yang lebih dewasa dari dirinya.
Matang dari segi pemikiran, perlakuan, emosi
dan juga cekap dalam hal menguruskan rumahtangga.

Lelaki pun macam perempuan juga.
Dah banyak awek yang dia kenal sebelum kenal isterinya.
Mungkin sebelum itu awek2nya muda bergetah.
Kulit halus mulus.
Ada yang berbody ramping macam peragawati.
Lebih sexy, lebih menggoda.

Tapi kenapa dia pilih isteri yang lebih berumur dari dia?

Siapa tahu, lelaki jenis ini lebih mahu kestabilan dalam rumahtangga.
Yang mementingkan keluarga dari keseronokan luar.

Katalah kan, masa dia bercinta dengan awek muda...
memanjang awek ni merajuk. Puas la si mamat ni nak pujuk.
Sikit merajuk, sikit merajuk. Tak beli teh ais pun merajuk...hehe!


"I tak suka tau you tak angkat call I. Jangan call I lagi...mencik!"


"Bila you tengok bola dengan kawan2 you, you buat tak tau je dengan I. 
Buat I ni macam tunggul. Tak payah dah ajak I lagi...uh!"

Pastu si mamat ni call awek ni dari pagi sampai malam tak berangkat2,
tinggalkan berpuluh voice messages, hantar lagi sms, mms, bunga bagai...sebab merajuk abis.
Macam bingai!

Dah la kuat merajuk, merengek tak bertempat.
Telefon rosak merengek, kereta tak leh start merengek.
Gediks uolls! Semua benda tak boleh buat.
Macam bodoh giler. Kalau mat salleh cakap...as stupido as bimbo.


"Sayaaaaaaaaang. kenapa you lambat....? Sakit lutut I berdiri tauuu..."
"Sayaaaaaaaaang, I sakit kepala....picitkan lah.."
"Sayaaaaaaaaang, tangan I masuk duri. Sakit....huhuhu"


Sebab kebosanan dengan perempuan muda yang lebih cantik tetapi bengap tak kira musim ni,
lelaki ni mula menghargai ketenangan dalam hidup.
Mata pun terpandang perempuan yang lebih matang.
Dia tahu, kalau hidupnya diurus oleh perempuan yang bijak seperti korang,
hidupnya akan lebih selesa. Takde asyik nak layan gediks2 palsu tu.
Orang kedah kata, budak tengah dok kayiaq lagi!

Macam kita perempuan juga,
kalau dapat suami hensem macam Aaron Aziz,
tapi perangai macam setan (bukan Seth Tan), sapa nak?
Kita pun pilih pasangan hidup yang boleh beri kehidupan yang selesa.
Macam tu le juga lelaki, cik jah weh..

Perempuan yang matang ni punya karisma.
Jarang merengek sebab baginya itu sangat kebudak-budakkan.
Tak gorgeous tau!

Jadi, lelaki yang bijak mengatur hidupnya
akan memilih wanita yang matang untuk jadi suri hidupnya.
Tidak semestinya matang itu sudah menjangkau lewat 30'an.
Muda juga boleh matang.

Tetapi lepas kahwin,
kebanyakan isteri yang lebih matang dari suami ni punya self insecurity feeling dan low self esteem.
Rasa macam diri tak sesuai berdamping dengan suami yang lebih muda, yang lebih berketrampilan.
Takut nanti suami pandang perempuan lain yang lebih muda dari dia.
"suami aku muda 10 tahun dari aku, nanti aku dah 50, dia baru 40. 
Masih muda! Mesti cari lain!"
STOP this thought la darling...please..
Jangan terlampau obses dan paranoid.
Doa pada yang Maha Esa supaya jodohmu berkekalan sampai akhir hayat.
Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hidup kita.
Mohon dipermudahkan...

Takut masuk ke alam 40's, 50's 60's??
Oh ladies, come on?
Look at yourself for a second.
Perempuan yang lebih matang lebih tahu cara memakai mekap yang betul.
Lebih pandai memilih baju yang sesuai dengan kasut atau beg.
Perempuan matang lebih berpengalaman menjaga paras rupa.

Look at the differences of Wan Zaleha Radzi masa jadi news presenter around 80's
dan gambar terkini dia. Makin dewasa makin cantik.
Korang pun macam tu. Kena work on it la darling.
It's from within...if your heart is calm and happy, terpancar2 kat muka tu yang!
Plus, kena la pandai mekap kak bedah, kak senah.
Ambik kelas merias diri. 
Ko nak nombor telefon kelas tu? Nanti Yong carikan.

Photobucket

Photobucket
Apalah sangat kedut tu (botox kan dekat aje..)
Apalah sangat perut gelebeh tu...(sit up bebeh, sit up!)
Hehe, abaikan note dlm kurungan tu. Sebab tu berkurung...tak penting pun dlm kes ni.
Kang jadi citer lain plak.

Ingat darling, kematangan korang tak boleh dijual beli.
Bila matang dari segi pemikiran, korang jadi tenang menghadapi konflik.
Bila tenang, air muka berseri2.
Lebih cantik setiap hari.

Suami pandang wanita lebih muda?
Halooo.....??
Yong ni pun enjoy gak pandang lelaki muda...wakakakaka!!!
"Mati haku kena hambur dek Yop kang ni."
Eleh....Yop pun tengok pompuan muda gak..kan Yop? Kan?
Takpe...nak tengok, tengok je la.
Dah ada mata kan?
Bukan luak pun..hahahaha!! Dapat cuit pun tidak.
Tapi kalau Yop cuit pompuan lain, tak kesah la tua ka muda....ingat Yop
Yong order C4 dari Bik Mama, hokey!
Amaran keras ini dibawa khas dari Malaysia ke Australia pada 22 Jun 2011 jam 10.26pm.

Apa-apapun, janganlah bersedih kalau nampak suami tak melayan kita.
Sebab itu cuma dari fikiran korang je.
Ko ingat perempuan muda, suami tua takde masalah emosi macam tu ke?
Bini punya cantik, muda bergetah pun...kalau lelaki tu dah jenis gatal meghelar,
dia mencari juga yang lain.

Yang penting sekarang ni, korang kena feel good about yourself.
Yong cuma boleh bagi semangat je.
Yang lain semuanya kena guna effort sendiri.
Belajar bergaya, manjakan suami...
make him thinks that tiada perempuan lain di luar sana yang boleh melayan dia sebaik korang.

Tapi kalau dah layan macam raja kat rumah pun dia gatal juga,
malam nanti...ko simbah je ngan air panas kat muka dia,,,,wahahaha!!!!

Weh, ko jangan! Yong merapek je.
Kalau dia buat perangai,
sebagai seorang perempuan yang dah masak akal ni,
tenangkan hati,
fikir langkah2 yang sesuai untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga.
Jadikan rumahku syurgaku....
Hiasi rumah kita mengikut keselesaan suami.
Dengar rungutan dia tentang tempat kerjanya.
Berikan dia semangat macam kita bagi semangat pada anak2 kita.
Beritahu dia,
dia adalah insan yang paling penting dalam rumah ini walaupun dia lebih muda dari kita.
Hormati dia sebagai suami, dan keep telling him that although you are older than him,
but you trust his judgement.
Berbincang secara matang bila membuat sesuatu keputusan tentang rumahtangga.

Adakalanya bila part buat keputusan tu,
lelaki muda belum pandai memikir kesan jangka panjang.
Dia sibuk nak beli spare part kereta,
habis beribu nak modified kereta.
Lupa kat bini nak guna duit, bersalin songsang pulak tu.
Ni le pengaruh si Syamsul Yusof...
Yang lelaki2 ni pun suka la ikut.
Haloooo...Syamsul Yusof tu anak Yusof Haslam.
Bapak punya kaya, banglo 3 tingkat atas bukit.
Ada kolam renang dalam rumah.
Korang ada kepala pili karat je dalam rumah,
tapi nak drift stail anak si Yusof ni pe cer?

Sila jadi lelaki yang sedar diri.
Lihat kesusahan isteri menguruskan rumahtangga.
Kalau tak tahu tanggungjawab, don't even get married at the first place.
Marriage institution is only for a gentleman,
not for boy with a brain the size of a peanut.
Jangan malukan kaum lelaki dengan tidak pandai menguruskan hal keluarga sendiri.
Tolonglah....be a man, okay?

Ha, sesudah Yong warning lelaki2 yang tak berapa bijak tu,
meh kita kembali kepada topik kita.
Hargai suami korang. Jangan tengok umur, jangan tengok taraf pekerjaan.
Yang muda mungkin tidak bergaji besar,
tapi kalau tahu menyumbang untuk keluarga,
itulah yang terbaik.
Bila dia rasa dihargai, dia akan berusaha lebih banyak untuk bahagiakan keluarga dia.
Dia akan cuba buktikan,
"my family deserves a good life and I'm gonna work hard for it."

Selain itu, bila dia seronok di rumah...dia akan bahagia dengan kita.
Allah dah temukan kita dengan dia.
Sebagai isteri, suami juga amanah kita sepertimana anak2 kita.
Belailah dengan manja....chewwah!!

Yop, cepat balik! Yong nak belai2 ni....hehe!


The old theory was 
"Marry an older man, because they're more mature."  
But the new theory is:  
"Men don't mature.  Marry a younger one."  ~Rita Rudner
.
.
.