Saturday morning. Terfikir2, manala nak breakfast ni?
Nak masak kat rumah? Oh..sungguh kemalasan.

Yong hangkut segerombolan isi rumah P13 B-**-** ke Cyberjaya.
Tak plan pun nak pegi Pappa Rich.
Bukan tak pernah makan sini. Saja je sebab dah mati akal. Tak tau nak kemana.

Sambil Yop menelek menu, Yong macam biasa, main camera.
Anak2 Yong juga macam biasa, main utensils.
So, meja kitaorang anak beranak ni macam busy giler.

Photobucket

Si Danish tak boleh nampak buah limau. Mesti nak picit2.

Photobucket

Yong suka laksa, tapi laksa kat Pappa Rich tak menepati piawai laksa yang sedap.
Ni yang buat Yong gian nak balik Penang. Orang Penang jugak yang expert buat laksa.

Photobucket

Yang paling Yong marah bila makan kat sini, dalam menu Char Koey Teow tu..katanya ada Cockles and Prawn ...tapi satu butir kerang pun Yong tak nampak. Bapak penipu!
Patutla Pappa Rich!
Rich sebab charge harga koey teow kosong RM6++.

Photobucket

Dengan keadaan ekonomi yang sangat menyedihkan, adalah baik kiranya Yong masak je di rumah atau beli kat makcik gerai yang boleh bagi Yong nasi lemak 3 bungkus siap lauk dan kuih2 dengan harga RM10 saja.

Photobucket

Makan kat sini yang tak seberapa berbaloi,
terbatuk Yop membayor RM70++ just for breakfast.

Wadahel!
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.