Umang aihh,,...dah berzaman rasanya Yong tak bercoolblog.
Maklumle...Yop ada, layan lebih2 sikit..ehehe.

Hasilnya, kelebihan melayan Yop, Yong dapat sofa baru, muahahaha!!!
Bukan setakat sofa saje..Yong dapat furniture mini office yang sudah zaman berzaman Yong idamkan. Wah..sekarang bolehlah berbelog dengan professionalnya.

Tapi entri yang ni bukan nak bitch-bragging about my new furniture, No! No!
tu intro kasik hangat mak2 Limah di luar sana. Cucuk sikit laki korang beli sofa baru.
Raya nak dekat dah weh!

Entri kali ni pasal makan. Yong hantu cari makan.
Kat Bandar Baru Bangi ni adala satu kedai curi idea KFC..namanya MFC.
Macam Manchester Fan Club pun hado.
Tapi ni Muzdalfa Fried Chicken. Susah benor ngeja nama Muzdalfa ni.
Puluh kali Yong try mengingat ejaan, tapi dah tua gamaknya..haram ingat!

Dari luar nampak menarik (aishh, baru ingat lupa amik gambar dari luar.
Ni si Pia le punya pasal..terkepit2 nak berak. Sib baik tak berterabur dalam kereta.)

Sebab korang tak leh imagine view kedai dari luar, moh kita masuk ke dalam.

Menu tak menarik. Ntah hapa2 je Yong tengok.
Ada pizza, fried chicken, coleslaw, mashed potatoes, french fries...yada, yada, yada.

So, Yong pun order fried chicken 3 ketul dan the rest korang ley tengok dari gambar.
Sekarang bersedialah mata masing2 menjamu sumpah seranah Yong pasal makanan kat sini...
_____________________________________________________________________________




Ni ha..ayam goreng yang dijadikan selling point MFC.
Mata Yong tak berkedip tengok ayam ni. Bukan apa kau, ayam ni lebam!
Goreng sampai lebam! LEBAM!! LEBAMMMMM!!!
Sapo nak makan ayam LEBAM?? Kau lalu?

Photobucket

Kalau dikaji ayam ni, nampak gayanya macam ayam ni digoreng untuk kesekian kalinya.
Yong paham, dalam ajaran Islam, membazir tu berdosa.
Habih tu, apsal tuan punya kedai tak makan je ayam2 janda ni?
Jual jugak! Takut rugi ek?

Ni satu lagi pembunuh bersiri kat sini. Bau sos apantah tu, satu macam tengik!
Kot yer pun, presentation cantik sikit tak boleh ke?
Ini macam lembu terlepas kandang, berterabur wedges tu atas plate.
Punya la pemalas nak susun. Sapa Quality Control Officer??

Photobucket

Selain Yong sebagai Health Inspection Officer, dua budak ni food critic yang telah diasuh sejak lahir.
Kalau nak komplen kotor ke, tak sedap ke, busuk ke,..diorang dah pro.
Nampak tak betapa tak happy~nye muka male food critic tu.
Dia bagi rating rendah untuk presentation. (camtu le anak mak!)

Photobucket

Pembunuh bersiri seterusnya, Coleslaw and Mashed Potatoes.
Duet ni memang kasik patah selera, kasik simen balik pun tak mau sambung dah!
Diblendernya sayur-sayuran sehingga menjadi serat yang baik untuk penghadaman.
Yong dah tak nampak rupa sayur. Bila cubit sayur tu, dah macam benang2 je...bengong!

Mashed Potatoes ni yang paling palat! Penah dengar perkataan Al Dente?
Well-cooked but not soft. Manada orang masak mashed potatoes tak lembut.
Dah la tu, gravy ni satu macam je. Hitam! Ewww...!!!!
Jangan ko tanya cemana rasanya sebab Yong rasa nak terpancut keluar balik ayam2 dalam perut ni.
Penah tengok muntah ijo gaya The Exorcist tak? Ha..ni nak keluar dah ni!

Photobucket

Kesimpulannya...kot2 la korang terlalui, melalui, dilalui di kawasan Bandar Baru Bangi,
pastu teringin nak makan ayam goreng, bebawak le diri ke KFC ke, McD ke,
beli kat restoren melayu ke.,sebab yang ni not worth a single cent!

Photobucket

*satu lagi...tak pernah Yong beli french fries sejuk.
Kalau nak rasa, meh la datang sini!
*owner bukan Bumiputera yer...ni Arab mari.
Sebab tu tak pandai buat ayam goreng ..hahaha!
.
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.