r














Kita orang perempuan ni kan, selalu mengarut tau!
Pandai2 je assumed yang husband kita faham kita luar dalam.
Dan kita pun bajet kita paham sangat perangai husband kita.
Macam Yong dengan Yop, bertunang setahun
(tak bercinta, cuma teman tapi mesra..hehe, kan Yop?),
kahwin dah 8 tahun.

8 tahun, usia budak baru masuk darjah satu.
Kalau yang dah jadi mak2 ni kan, senang tak nak faham isi hati budak darjah satu.
Kalau takde anak darjah satu, tengok anak korang yg paling sulung.
Katalah umur 5 tahun.
Senang ke nak faham hati dia.
Menjerit tak tentu hala, buat perangai kat shopping mall, tak mau bangun pagi pergi sekolah (macam Danish hari ni, dah mandi, pakai baju sekolah, pastu tidur mati tak nak bangun.)

Having said that, lagi muda usia perkahwinan, lagi susah nak faham.

Macam tu lah dengan suami ni.
Suami ni jenis yang tak suka nak mengadu merintih macam perempuan.
Kalau dia jenis mengadu, mungkin dia terlebih hormon estrogen.
Sifat lelaki, lebih menyimpan dari meluah.
Meluah tak pandai, tapi kalau bagi keje meludah tu, bagi kat diorang le.
Merata diorang nak buat. Apa best ntah?

Berbeza dengan perempuan, asyik nak mengadu itu ini, merungut itu ini.
1) "Abang ni tak romantik, tak pernah beli bunga untuk I."
2) "You tak sayang I ke? Kenapa birthday I setahun sekali pun you susah nak ingat?"
3) "You tau tak I penat balik kerja, nak uruskan anak2 lagi, nak uruskan you lagi. You ingat I ni robot ke boleh buat semua?"

Tu senario biasa dalam rumahtangga.

Suami ni macam normal je. Pergi keje balik keje.
Tegur kita macam biasa. Layan macam biasa.
Tak pulak cakap kata tak happy ke apa.
Alih2 nak mintak cerai, nak kawin lain, nak blah, asta la vista bebeh.

Apa kes ni wak?

Pastu kita ni pun terpinga2 sambil merambu keluar air mata serupa air paip,
tanya apa salah kita. Kat mana kurang?
Masak selalu sedap. Ko nak sambal belacan, aku buat.
Ko nak makan nasi goreng pukul 3 pagi pun aku buat.
Pagi2 buta aku bangun gosok baju ko nak gi keje.
Kurang kat mana yang buat suami nak angkat kaki?
Balik2 salah bini. (memang pun..dammit!)

"You jangan nak salahkan I sebab tak layan nafsu you tiap2 malam. I balik kerja penat.
Mana ada mood! You pun bukan nak tolong. Mintak maid tak kasik.
Ni saja je alasan you nak cari perempuan lain!"

Eceh..macam skrip drama swasta Sembilu la plak...bwahahaha!!
(urr..tetiba dengar bunyi cengkerik kat umah ni, datang mana?)

Okay, sambung balik.

Pastu ada juga isteri yg akan keluarkan skrip ni
"I dah korbankan semua untuk you. I dah berenti kerja semata2 untuk jaga rumahtangga.
Kenapa you nak lupakan semua.? Kenapa? Kenapa?? Kenapaaaaaaaa????? Waaaaaa!!!!"

Hehehe,,,,..over la plak skrip ni..hahahaha!!!

So, mari kita lihat, kat mana silap.
Mari kita faham apa sebenarnya yang husband ni nak.

1) Suami nak diri mereka terasa dihargai bila dia dah menyediakan segala keperluan dalam rumahtangga, rumah, nafkah, kereta..bla,bla,bla.
Sangat tak suka bila mereka rasa dipergunakan.
Mereka tak nak rasa yang, kalau aku blah,
bini aku nanti meroyan sebab takda siapa yang nak jaga makan pakai.
Tak pun bini aku tak kisah pun aku takda, sebab dia pun bergaji besar.
Atau bini aku memang tak kisah, sebab nanti ada je lelaki lain nak kat dia sebab dia still bergetah...boink! boink!

Hargai usaha suami ni cari nafkah untuk keluarga.
Peluk la husband (secara ikhlas ek, berlakon2 gaya Fasha Sandha tak diterima),
say thanks for providing you good life.
Puji2 le husband tu..kata "tak ada husband lain dalam dunia yang se'best' abang".
Then, urut2 le sikit...beli hati..hahaha!!
Korang tak leh urut sebab penat buat kerja rumah seharian?
Ha'ah...Yong pun penat, kekadang malas benar nak masuk part buat rumah urut tumpangan ni.
Tapi sila bawak berangan sikit, kang dia pegi cari jari jemari lain untuk mintak diurut, cemana?
Sanggup terima risiko? Anda pasti dengan jawapan anda? Kita kunci jawapan ini!

2) Husband suka tengok wife dia happy.
"Senyumlah..senyumlah ahai chek mek molek..lalalala!"
Dia pun berkenan habis kat kita dulu, jatuh cinta kat kita dulu, sebab senyum kita la.
Tak kan dia head over heels kat kita masa tengok kita teghoyak (Melalak)?
Kan? Kan?

Masa belajar dulu, dia pandang kita dari jauh.
Time tu kita tengah gelak2 ngan member.
Kita pun gelak gaya paling ayu paling jelita (control),
sebab kita tahu ada mata dok usha kat kita.
Bila gelak manis semacam.

Yang gigi bersepah pulak, gelak sambil tutup mulut.
Tapi kat otot2 mata tu buat2 macam jeling2 manja...wahahahaha!!!
Pandai korang mengorat cara jauh ye?

Bila dah kahwin, mana lirik2 manja tu? Otot mata dah lemah ye?
Lama tak exercise otot tu. Kasik warm up balik.
Try gelak2 manja macam yang dia pernah tengok dulu.
Alaa...yang gelak "hik-hik-hik" tu...bukan yang "bwahahaHAHAHAHA!!!".
Yang tu kurang jelita.
Unless kalau memang sejak azali korang gelak camtu...so kipidap le. Hehe...

Kalau husband buat lawak, gelak je. Tak lawak takpe.
Korang ingat diorang tak jeles ke bila korang gelak lebih2 tengok Jozan ke,
Jambu ke..tapi kalau diorang buat lawak korang boleh lak cakap
"Abang ni kenapa? Boringlah lawak basi abang tu. Baik saya tengok Maharaja Lawak."
Hamik kau...sentap hati abah, nak!

3) Husband nak wife prihatin dengan kebajikan diorang.
Bila diorang demam...kena layan macam anak kecil.
Kena letak kain basah kat dahi, kena datang check temperature guna tangan setiap jam.
Pastu kena tanya, nak makan apa. Ubat kena suapkan.
Manja kan?
Lelaki memang manja....sangat2 bila sakit.
Ada sekali tu, Yop demam. Yong ni buat cam biasa je.
Abis, Yop punyala merajuk tak hengat....sentap hati mak nak bila Yop kata Yong tak peduli dia.
Wohohoho.....terkesima jap.
The rest of the story, Yong bawak Yop pergi hospital.
Ada cerita kelakar yang jadi kat hospital, tapi Yong tak nak cerita kat sini.
Nanti Yop kasik lempang laju2 kat pipi Yong yang mulus ni...wouhuuu!!

Bila dia balik kerja, cerita tentang masalah kat tempat kerja.
Cuba faham walaupun tak paham mang sebutir.
Bila dia cerita ada mamat tu backstabbing ke, boss dia marah dia ke,
buat2 back-up le laki korang tu sikit.

Macam budak kecik gi main kat padang, balik cerita kat mak:
"Mommy, mommy, ..tadi ada budak baling batu kena kepala Danish."
Reaksi kita secara spontan:
"Mana budak tu? Biar mommy seligi2. Tak dapat budak tu, mak budak tu pun jadik!
Jom kita cari!"

Hehe..ni reaksi yang sangat convincing, nampak macam kita prihatin.
Anak ni pun rasa..hoyeh! Mommy the best! Kaki pukul baik punya!!!
Kalah Mail Lambung.

So, kalau husband ni bersedih hati kat office, cakap le:
"boss abang memang nak kena langgar dengan Optimus Prime ni.
Jom, bila nak langgar? Kita set time. Pukul berapa dia balik.
Nanti I tunggu dia kat parking lot!"

4) Yang paling penting sekali dalam banyak2 ni,
husband nak private moment dengan wife, minus the kids.
Anak dah lapan, bila masa nak bersembang berdua?

Baru je nak geli2 depan tv sambil tengok movie Lord Of The Rings,
anak2 dah melompat keriangan depan tv, atas sofa, terjun dari meja makan,
main sabun dalam bilik air, tabur beras kat dapur...macam2 lagi.

Sudahnya mood geli2 dah hilang, jadi mood geram2.
Tak sempat nak manja2....sentuh kulit pun tak sempat.

So, cari lah masa. Ambil cuti hari bekerja.
Ambil 2 hari ke...seminggu ke.
Kalau ada mak., sedara mara dekat2..tinggalkan anak2 dengan diorang.
Yong tak tahu le kalau mak korang sanggup jaga lapan anak korang sekaligus.
Mau masuk wad terus orang tua tu, naik darah tinggi.

Ataupun, pergi bercuti ke hotel yang menyediakan khidmat babysitter.
Tinggalkan anak dalam 4-6 jam.
Pergi mandi pool sesama. Atau candle lite dinner.
Atau just duduk kat bilik untuk acara cari guli dalam tepung.
Something that both of you boleh buat secara tenang dan penuh emosi percintaan.

Kalau macam Yong ngan Yop, ada masanya kitaorang tinggalkan anak2 kat nanny,
just untuk pergi tengok wayang berdua.
Yong pernah tinggalkan anak2 dengan mak untuk pergi ke Perth 2 minggu,
for second honeymoon dengan Yop.
Dalam perancangannya, nak tengok konsert Metallica di India end of this year.
Yes, hanya berdua!

Cari something yang korang boleh buat berdua and enjoy doing it.

Selain dari tu....it's all about sex.
Alaa...yang ni Yong tak nak masuk le. Sebab kang ada yang rate blog Yong ni adult page la plak.

Kalau ini tidak membantu juga, Yong sarankan satu ni.
Korang laki bini, bila ada sedara mara kahwin, masa nak akad tu, pergi dengan khutbah nikah.
Masa tu kadi/ustaz akan memberi nasihat tentang perkahwinan pada bakal pengantin.
Kita yang dah kahwin lagi elok dengar.
Sebab dalam sedar tak sedar, kita lalai tanggungjawab kita sebagai suami isteri.

Ok..penat dah menaip.
Diharap entry ni dapat membantu sedikit sebanyak dalam menjayakan keharmonian rumahtangga.

Everyone deserves a happy life :)