Korang dah ada pakwe, tunang, suami.
Kawan korang plak masih single.
Tak baik tau menyibuk hal orang lain.
Mentang2 la ada lelaki nak kepit geli2 ngan korang,
mulut tak reti nak jaga.

Kalau ada kawan2 atau sedara mara atau ahli keluarga yang masih 'I am Single',
boleh tak jaga mulut tu sikit bila bercakap?
Jangan main sedap je ayat nak keluar.
Tak yah der nak tunjuk prihatin sangat.
Hormat orang ye dik non!

Yong nak bagitau,
soalan yang tak sesuai ditanya pada mereka yang masih bahagia being single and available.

Kata lah dah lama tak jumpa.
Soalan yang selalu lepas kat mulut munggil merah tu;

1) "So, per cerita skang ni?"
Kalau dah dijawab "takde apa2, macam biasa le."

Ok..dah! Full stop! Jangan nak tanya lebih2 lagak pandai.
Bila dah orang jawab macam tu..maknanya dia dah malas nak layan soalan menjurus peribadi.
Buat la soalan am, "eh..aku dengar kereta ko haritu eksiden. Teruk ke?",
atau "baju ko pakai hari ni cantik le. Beli kat mana?"

Tapi ada la plak yang nak tunjuk prihatin...sambung lak tanya soalan kedua.

2) "Single lagi ke?"
Dah sudah!....ni memang soalan yang buat koranglah kawan yang tidak berhati perut.
Cuba jangan tanya soalan tu. Tahu tak, dah lebih sepuluh orang tanya soalan tu termasuk makcik2 mesyuarat tingkap kat kampung tu.

3) "Kenapa single? Memilih ke?"
Oh Em Geeee!!!....rasa berdesing-desing telinga dengar perkataan ni kan?
Rasa nak lesing2 juga mulut yang melucutkan perkataan ni. Amboi2...

4) "Kenapa kau tak nak dengan si dia tu, si dia ni?
Ok apa..macam baik, sesuai dengan kau."
Logik le sikit weh. Ramai yang baik.
Buatnya kawan kau ni jawab: "Laki kau pun baik kan? Jom kita share nak?"
Ha, pe nak kata?
Yang baik tak semestinya sesuai noks.
Kekadang tu, yang berteman ni pun ingat dia punya partner la yang paling best dalam dunia, sekali kau...punya hantu, malas keje. Lepas kawin jadi biawak hidup.
Kawan kau yang single gelak2 tengok wayang, main bowling ten-pin kat shopping mall TAPI kau nangis2 tengok laki asyik melepek kat sofa tak nak cari kerja.

4) "Takpe..nanti ko jumpa jugak jodoh ko satu hari nanti, kay!"
Ye lah...tahu le, tak payah cakap le pasal jodoh ke hapa ke.
Apsal le korang prihatin sangat.
Tak nampak ke kawan korang tu happy being single?

Korang yang ada bf pun sibuk merungut:
"Alaa, bf tak call lagi harini. Mencik tau! Mesti dia ada gf lain...wu'wu'wu'wu"
(nangis mengada-ngada)

Atau yang tengah bertunang:
"Geram tau! Tunang I tak ingat birthday I. Asyik2 nak tengok bola dengan kawan dia.
I ni tunang dia, tau tak? tau tak?....huhuhu"
(nangis sendu)

Dan kalau yang dah kawin pulak:
"Husband aku tak call bila outstation. Mesti dia curang dengan pompuan lain!
Siaplah! Nanti bila dia balik, kitaorang nak gaduh besar!"
(tak nangis sebab dah senior)

Ha....tu lagi serabut.
Yang single nak serabut apa?
Cool je layan drama murahan korang...hahahaha!!!