Be honest with me darling kat luar sana.
Selang berapa minggu korang mengemas handbag?
Seminggu sekali? Dua minggu sekali? Sebulan? Tak berjadual? Ikut suka suki hati?

Yong? Eheh....yang suka suki tu..hehe.

Yong ni ada satu je handbag.
Tu pun beli kat GM. Murah punya, kualiti yilek.
Tapi prinsip Yong, biar handbag murah, janji duit ada.
Biar handbag harga RM30, dalamnya ada RM3,000.
Jangan handbag harga RM3,000, duit ada RM30 je bila time hujung bulan.

Ni la handbag berjenama Burberry's ye adik2 kakak2.
Bukan Burberry..Burberry's. Lain tu. Blurberry pun lain yer. Mungkin blur2 sikit logo dia.
Ni sakai punya. Tapi sangat berjasa.
Sakai pun sakailah....

Photobucket

Tapi itu prinsip je la kan..
Yong ni bukan berprinsip sangat pun.
Most of the time, dalam beg berharga RM30 tu ada duit pun RM3 je..hahahaha.
Nak buek camno, Yong bukan orang kaya. (cerita benar yang sangat menyedihkan)

Hari ni Yong decide nak membongkar rahsia handbag Yong sendiri.
Ni tak tapis2 tau. Yang ada dalam gambar ni, itulah yang benar.
Telus dalam perkhidmatan gitu.

Selamat datang ke dunia handbag Yong.
Kalau diikutkan, ini adalah time paling kemas dalam sejarah.
Sebab apa?
Nanti Yong huraikan lepas Yong explain pebenatang yang menghuni beg Yong.

Photobucket

Ha ..tu dia!
Tu tak termasuk DSLR Yong lagi
(mmg takde dalam gambar ni, sbb DSLR tu la yg buat Yong nangkap gambar ni cik jah weh)

Okay..meh kita senaraikan apa yang zahir di mata.
1) Passport yang expiring 2013. Sejak apply tahun 2008, baru sekali je imigresen cop...
Kesian, buat rugi mukasurat je bayar RM300, chaih!

2) Purse yang mengandung dan beranak tiap2 bulan.
Time gaji dia pun busung, 10 hari kemudian, dia pun kempis.
Sementara nak tunggu gaji seterusnya, dia dalam pantang.
Jarang2 keluar dari beg. Takut masuk angin.

3) Sikat Sophea.

4) Duit syiling buat bayar tol, parking, sedekah, beli air dari vending machine,
main carousel untuk bebudak.

5) Nixoderm: Untuk tangan Sophea yang selalu gatal2 sebab alergik makan ayam/telur.

6) Puff untuk compact powder: Tak guna sebab jarang pakai bedak.

7) Lollipop: Songlap dari Shangri-La KL masa pergi afternoon tea haritu.

8) Getah ikat rambut hijau. Sophea punya.

9) Kad staf. Pakai masa minggu pertama kerja. Lepas tu rasa mcm over lak nak pakai.
Kalau jawatan pensyarah, takpe gak nak tayang.

10) Business card holder: Konon je tu!

11) Telefon murah bukan touch screen, bukan android atau hemorrhoid, 'tingkaps' incompatible.
Tak kisah la tingkaps vista ke, tingkaps beta..apa pun tak boleh, hey!

12) Pencil warna Danish yg tumpul, pen yang ink sekat2.

13) Kad hijau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sangat berguna bila nak beli tiket konsesi LRT, parking depan pintu lif,
beli tiket wayang RM6 every day.(yong muka hadap diskaun..hahaha!!)

14) Ubat-ubatan untuk pesakit kaki yang hampir lumpuh ni sebab lasak sangat berjalan.

15) Ubat darah tinggi mak yang tak payah bawak pun takpe.
Yong kat Bangi, mak kat Sungai Petani.
(tapi mungkin berguna bila Yong naik hantu kalau anak2 Yong buat aksi monyet klasik diorang)

16) Slip cash deposit pagi Ahad, resit Nu'In restoren bertarikh 18/06/11,
resit beli barang bakery bertarikh 8/6/11.

17) Duit singgit2 berjumlah RM3 semuanya.
Petanda aras yang Yong dah makin seSAK menjelang hujung bulan.

18) Pembungkus kopiko candy. Ni maybe dari bulan 5 punya.
Sebab bulan tu le last Yong makan candy. Huh, serabut betul!

19) Lipstik Loreal 250 Make Me Blush. Beli masa dapat voucher dari Guardian.
Ha..beli lipstick pun pakai voucher. Apa ke teruk benar kamu ni Yong...?

20) Cebisan RM5. Nampak tak? Ada cebis duit je...punyala hina.

Okay...itulah kisah kehidupan yang ingin kita paparkan disini.
Diharap kita dapat mengambil iktibar dari episod ini.
Semoga kita berjumpa lagi minggu depan untuk episod yang lebih menarik.

Hadoiii....sedih lak hati ni..huhu.

Okay, berbalik kepada perjanjian Yong nak explain
sebab apa keadaan beg Yong yang ini lebih baik dari yang sebelumnya?
Bulan lepas punya cerita lagi sadis sigaraga.
Dalam beg ada baju anak, pampers anak, lampin bulanan Yong, wet tissue,
bateri AA 12 biji, kerongsang, SD memory card, resit2, bil2, plaster,
deodorant, perfume Style by Elizabeth Arden 75ml.
Ha...tu dia punya macam2, berat gila handbag Yong time tu.
Kena mintak Yop tolong bawakkan.
Itu pun ada hati nak beli IPAD 2. Nak sumbat mana la Yong oiii??

Orang kata, keperibadian seseorang terserlah dari isi dalam handbagnya.
Yong peduli pe aih orang nak kata apa.
Takde ke masa aku nak mengirakan handbag,
umah Yong sendiri pun tak terkira sepahnya sampai kena amik weekly maid untuk tolong kemas2.

Nampak gayanya kena upah maid jugak kemaskan handbag untuk weekly basis ni.
Bapak pemalas.

.