Selamat datang ke Dubai.
Kalau nak tahu, Yong tinggal di Dubai.
Masuk lif jumpa pak arab.
Duduk kat balkoni rumah, dengar lagu arab.
Pergi pasar, nampak roti arab.

Merata2 orang arab kat sini.
Lepas ni gamaknya majlis daerah akan namakan area Bandar Baru Bangi ni Little Arab.

Kalau duduk sini, nak makan nasi arab tu dah tak heran.
Kalah restoren siam.
Yong nak cari tomyam lagi susah dari nak cari nasi arab.

Depan rumah je dah berderet kedai milik pak arab.

So, ini namanya Mandy Rice.
Yong saja je try makan nasi ni di restoren baru bukak depan apartment Yong.
Selalu makan Kabhsa, hari ni nak try yang lain pulak.
Makan dengan Grilled Chicken.

Sedap la pulak!

Butir nasinya sangat lembut, ringan dan punya rasa yang membuatkan kita tak payah makan nasi ni dengan apa kuah pun. Dah cukup sedap. Ayam grilled tu pulak, kalau compare dengan Kenny Rogers ke, ayam golek ke, memang tak terbanding. Lembut dagingnya, makan dah tak pandang lain.
Sememangnya yang terbaik yang Yong dan ahli keluarga Yong pernah makan setakat ini.


Yong juga sudah mencuba nasi ni di beberapa restoran arab di sekitar Bangi ni.

Yang sebelah Bangi Char Koey Teow, berhampiran dengan Bangi Kopitiam, tak sedap.
Juga yang berhampiran Jalan Reko, berkongsi bangunan dengan kedai2 perabot, lagi tak best.



Kalau nak rasa nasi arab yang sedap, carilah restoran ni.
Mengadap Sri Cempaka Apartment, Taman Sepakat Indah 2, Seksyen 7, Bangi.

Photobucket

Side dish, Yong mintak mixed vege.
Ada terung, kentang, timun, dimasak dengan rempah.
Macam dalca pun ada.

Photobucket

Ni lupa dah namanya. Macam kuzi kambing. Kawan Yong yang suruh try.
Agak masin la pulak hari ni punya. So, tak habis, bungkus bawak balik.
Actually kambing ni kalau dimakan dengan roti arab, memang sedap.
Roti tawar, kuzi kambing yang sedikit masin = sedap!!!

Photobucket

Yang menariknya disini, bukan nasinya.
Roti nan sebesar 1/4 meja makan.
Terbeliak biji mata Yong bila dia letak roti nan atas meja.
Yong kata, "I don't want this. I can't eat too many things at once."

Sib baik dia paham..ala, tengok badan pun tau.
Kecik2 macm Yong ni mana boleh fully loaded.
Kang terbeluak kat situ, naya ja!

Apa2pun, Mandy Rice terbaik ada di sini!

.
.



Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.