Sesapa yang kenal Yong personally mesti tau macam mana keciknya saiz badan Yong ni.
Kecik macam budak sekolah tingkatan 4..hehe.
Lecturer di office pun selalu confused, Yong ni student atau staff.

Ada pernah sekali tu, Yong masuk Gulati's, nak beli kain pasang untuk mak.
Yong cakap nak yang mahal.
Staf kat situ macam tak nak layan.
Tapi sebab Yong insisted, terpaksa la staf tu turutkan.

Dalam dok memilih kain,
Staf: "Mak suruh belikan kain ke?"
Yong: "Taklah..saya nak belikan untuk dia. Kenapa?"
Staf: "Oh..adik belajar lagi pun ada duit belikan mak kain mahal2 yer?"
Yong: "Eh, tak lah! Saya dah lama habis belajar, dah kahwin anak 3 pun."
Staf: "Alaaa..sorry la, akak tak tahu....hahahaha!!! Mati2 akak ingat adik ni budak kolej..hahaha!"
Yong: "ehehe..."

Senario ni selalu dah Yong kena.
So, apakah rahsianya awet muda?

Hehehe....rahsianya, GENETIK! Nak buat camno kan?..wakakaka...

Okey..okey..jangan marah.
Sapa2 nak sepuk pale Yong, bawak bersabar dulu.
Yong share rahsia lain.

Yong takde le jaga routine apa2. Moisturizer pun jarang pakai.
Mana sempat cik kiah..kalut tiap2 pagi nak settle anak2 nak pergi umah nanny,
sekolah,Yong nak pergi keje lagi. Yang sempat pakai pun, lipstik ngan maskara.
Kekadang balun tak pakai dah!

Tapi macam mana lambat sekalipun, Yong make sure Yong minum Apple Cider Vinegar.
Bancuh 1 sudu besar ACV + 1 sudu besar madu dengan segelas air suam.
Minum ni sebelum makanan pagi masuk perut.
Dan juga segelas sebelum tidur malam.
(untuk mereka yang berdarah B sahaja. Yang A ke, AB abadi ke, O ke..tak sesuai)





Apa gunanya ACV?
Banyak khasiatnya, especially for detoxification.
Antara yang lain ialah mengurangkan High Cholesterol,
meredakan selsema, keletihan kronik, keputihan, Acid Reflux, sakit tekak,
Arthritis, Contact Dermatitis, Allergies(food, insect, and environmental),
tekanan darah tinggi, masalah pencernaan (mempercepatkan proses metabolisma),
ugly complexion,Premature Aging and banyak lagi.

Ni kata2 dari website yang copy paste.

Tapi kalau testimoni dari Yong, apa yang Yong noticed
1) Mula2 start minum (2-3 hari), angin tuju2 meletops keluar.
Sampai Yong segan asyik nak terkentut je kat opis.
2) Lawas, walaupun kurang makan sayur atau buah.
3) Perut mengempis dalam 2-3 hari, lepas angin2 tu keluar.
4) Berat badan menten selim melim walaupun melantak macam tak pernah jumpa makanan.
Tak caya tanya opismate Yong. Diorg heran, kat mana le Yong letak makanan dalam perut.
Tak padan dengan orang.
5) Jarang letih. Tido 5-6 jam dah lebih dari cukup.

So, Yong suka ACV ni sebab perut Yong tak memboyak.
Sikit2 tu ada le sebab mengandung 3 kali maa... tu mau kasik sit up 2-3 bulan baru hilang.
Fuhhh.....

ACV untuk early morning.
Then, start first breakfast ngan Nestum,
second breakfast ngan kuih/nasik lemak/bihun goreng.
Pagi kita kena makan banyak sebab kita nak guna banyak tenaga.
Tak payah diet pagi. Kalau nak diet, start petang, after lunch.
Lunch pun Yong ambil heavy.
Makan nasi. Jangan lupa sayur @ buah2.


Malam..Yong jarang makan.
Sebab nak tidor dah, kan?
Buat menda makan sebelum tido. Bukan guna tenaga pun nak tido tu.
Tapi kalau merancang nak guna, ,....ehehe, amik yang light.
*maaf otak kuning mereng mula menerjah...hahaha!*

Anyway...once a while, bila Yong rasa badan Yong tak fit,
Yong akan start cycling.
Bangun 6.00pagi, tak payah gosok gigi atau tukar baju,
sapu ler anti cellulite lotion ke, fat burn cream ke,
lotion pati halia ke kat area yang rasa macam banyak lemak tu....
start set 30 minutes ride, pasang 4 lagu dalam henset,
pastu...kayuh! Kayuh! kAYUH!!!! 


Mata tak yah bukak takpe..kayuh je!
5 minutes laju, 5 minit perlahan, 5 minutes laju, 5 minutes perlahan...okay,
you get the rhythm rite?



Balik kerja pun, kayuh 30 minutes.
Sapu le lotion2 yang sewaktu dengannya.
Dalam masa sebulan, if consistence..insya'allah...badan kau mantap cik tipah!





Selain dari cycling, bangun tu buat abs crunch sikit2.
Mula2 memang susah. Nak buat 5 pun macam nak tercabut tulang belakang.
Tapi kalau ko nak buat hari2...50 ke 100 pun takde hal.
Masa Janet Jackson muda dulu, time perut dia phewitt punya cantik,
dia buat abs crunch 200 kali sehari.
Ko sanggup?



Kalau ko sempat bukak fb lebih dari sejam,
menelek jerawat nasi di cermin dekat setengah jam,
atau melayan drama2 mengarut kat tv,
lebih pekdahnya korang start bersenaman cantikkan badan.
Stop ambil teh pelangsing la, shake itu ini,
pil ntahapehape konon boleh kurangkan berat badan.

Pernah dengar liver cirrhosis tak?
Kalau ambil minuman pelangsing yang herba tak ketahuan tu,
lama kelamaan hati mu rosak dek non weh!
Tak kisahla natural herbs ke, FDA approved ke...kalau korang kena liver cirrhosis,
ada hati nak gi saman FDA?
Ada hati nak saman jurujual ataupun company yang menjual air mujarab pelangsing tu?

Senaman cik jah! Senaman! Jangan malas2.
Nak melawa..tapi malas...apa cer??

Ok....selamat melangsing cara sihat! Muahhh!!!

Ni gambar Yong ngan anak nombor 3, si kenit Wafi, di Pantai Kelanang.
Manja2 mommy...

Photobucket