7 hari berlalu..."kini tiba masanya berhari raya.."
Hahaha...rasa macam puasa je masa detox tu.
(posa ke hapo, asyik melantak je..)

Takpe..aku rasa macam aku deserve makan yang best2 sebab tangki perut aku dah kosong.
Yeay!!!

Kat office tadi aku dah menghirup kuah laksa and kuah pengat pisang. 
YES!! PENGAT PISANG tuuu... Jangan jeloz!

Balik keje, 
aku nampak laki aku setia menunggu isterinya pulang ke pangkuannya *chewwah..haha*. 
Dan sebagai isteri yang memahami, aku tahu
perutnya dah berbunyi kriuk2 macam Mee Sedap Wings Food.













Tanpa melengah masa walau sesaat jua, aku dan Optimus Prime fully loaded ni, merayap pusing keliling Bangi, mencari barang sesuap nasi...(poyo).

Aku slalu tengok restoran Wong Solo Ayam Bakar ni kat Bangi, tapi tak pernah la teringin nak singgah sebab selalu ramai orang. Hari ni aku nampak macam kosong. Well...good time aye!

Dapat menu jer, aku terus digest..emmm, emmm...
"Saya nak gado2 je, set ayam penyet satu, keropok malinja satu, ayam bakar satu, sirap dua, teh o ais satu."
Aku decide nak makan gado2 sebab aku dah kenyang melantak kat opis tadi.

Gado2 ni tak la best mana, tapi ok la... Boleh la makan. 
Kuah kacang dia agak pedas bagi aku.
Dalam plate ni ada kentang, carrot and telur rebus, tempe and tauhu goreng, 
timun and keropok malinja.
Aku suka sangat keropok malinja ni. Pantang jumpa mesti nak! 
Tu pasal, ada skali tu, aku gi Kemaman, jumpa plak yg belum goreng. 
Beli le, hajat di hati nak goreng kat umah. 
Ntah pepasal, keropok tu pahit,.,..rasa macam makan racun...eyyyy!!!















Untuk anak2 aku, aku belikan ayam bakar and keropok malinja 
(ehehe...keropok tu sebenornya utk aku, mak yang tamak.. :P)

Ayam bakar tu rasa macam ayam madu je. Manis2 gitu. Bebudak suka le. Kalau aku, errm...tak gemar sangat.

Dear hubby order set ayam penyet.
Tak tau le sedap ke tak..lupa nak tanya sebab aku ni,
kalau dah ada makanan depan mata..anak toghoyak pun idak aku kesah...hahaha.
Tekun menikmati every bites gitu seh!

Sambil kitaorang menjamu selera, ada hiburan selingan secara percuma. 
Ada konsert kanak2 belum akil baligh, dan pesertanya..anak2 aku yang 3 orang ni. 
Yang kecik menjerit, melalak, meraung, yang si kakak sibuk "nak ayam..nak ayam.."
dan si abang melompat sana, memanjat sini, cuit sana, usik sini...dan tidak dilupa, 
bebelan laki aku mengiringi konsert itu tadi.













So havoc..ala2 Sure Heboh gitu.
And aku seperti biasa....ada auto-filter kat telinga aku. Dengan selambanya aku makan macam tengah fine dining kat exclusive restaurant. My special gift gitu...hahaha!!! (laki aku mesti jeloz ni)













Restaurant : Wong Solo Ayam Bakar
Location : Bandar Baru Bangi
Type of Restaurant : Indonesian Cuisine

High Point : Harganya agak berpatutan dan keselesaan ruang makan.

Low Point : Staff yang agak kurang mesra pelanggan.

Rating (out of 5 star)
  • Food Quality & presentation :
  • Service :
  • Price :
  • Food choices :
  • Atmosphere :
  • Restroom Cleanliness : N/A
  • Chances we'll go back :


Anyway, sebagai penutup, inilah lead singer concert kat Wong Solo Bandar Baru Bangi. 
Yang kecik ni tengah tarik key tinggi, Yang si kakak jadi back-up singer. 
Abang dah pegi backstage, buat soundcheck.

All in all, segala makanan dan hiburan tu, berjumlah RM31.50

Sekian...(balik rumah kekenyangan. Semua tidor awal...muahaHAHA)

.









Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.