Some people, no matter how old they get, never lose their beauty - they merely move it from their faces into their hearts. ~Martin Buxbaum

and so he said.
Still, kalau nak cantik, kena mula dari dalam. Moh kita "cuci..jangan tak cuci!"






Juvanex Review: Hari ke-3: malam before Sunday Blues 26 Februari 2011

Malam ni Yong tidur ngan tenang. Ada la bunyi gelodak2 dalam perut ni.
Sambil tidor...angin pot-pot keluar memanjang.
Heran betul....mana datang angin banyak2 ni?

Dan Yong tido dengan best skali. Siap mimpi yang emphhh! Hehe.....

Seperti biasa, bangun je pagi...teruk kocak2 Juvanex.
Yong makin suka rasa dia. Laju je minum!
Pasang nawaitu di hati...."Zeeda, please ikut aturan, jangan makan banyak"
Korang rasa Yong berjaya tak kawal nafsu utk hari yang ke-3 ni?

Hehehehe.........

Hari ni Yong kena amik anak kat Pahang. Dah 3 minggu tak jumpa diorg.
Sangat2 rindu! Nak polok2 cium2.

Sebelum bertolak, Yong ajak Yop gi lunch dulu. Oleh kerana semalam tak dapat nasi beriyani,
hari ni Yong tekan minyak kete, pegang stereng,
dengan gaya Selangor Drift...ku hangkut sekereta pegi Nasi Beriyani Gam Johor Anje, Seksyen 15, Bangi, Selangor

Otak Yong memang bagus....dia bagitau, "Zeeda, makan rojak buah atau Soto Ayam je.
Jangan amik nasik!
Tapi ntah nape...mulut ni tak dengar kata otak. Diorang tak kamcheng gamaknya.
Mulut Yong cakap" Ayang, belikan nasi beriyani kambing dua dgn teh o ais"
Hohoho....Merry Krismas!

Mulut memang le gitu...dia nak makan sedap jer. Kesian kat otak Yong ni.
Langsung takde kuasa.
Apa mulut bedal....dia terima je. Kesian kan?

Setelah kenyang.....Yong pun menchaufferkan diri, ke Chenor, Pahang.
Kebetulan, masa kitaprg sampai, sedara Yong baru pas masak kek gula hangus kukus.
Adessss.....Yong ni pantang nampak kek!!!!....sedikit demi sedikit,
Yong habiskan suku dari setalam...ngeee...

Sebelum lebih banyak kerosakan berlaku....Yong ajak Yop balik cepat2.
Dan otak pun berpesan...."Zeeda, balik nanti masak je Spaghetti utk diorg. Ko tak yah makan. Ada epal dalam peti ais, ok?".....dan Yong mengangguk lemah....

Bukan salah Yong, bukan salah sesiapa.
Tengah perjalanan (lagi sikit je nak sampai Bangi), anak kecik Yong jerit2 lapar.
Nak susu. Tapi susunya takda bawak.
Jeng~jeng~jeng~

Sebagai ibu yang moden, Yong pun membuat keputusan yang amat normal.
Stereng ni ku navigatekan, full throttle gitu...sampai depan 'McDonald'!!!

Haisehhh.....nak detox tapi gi fastfood la plak.
Diorg ni bukan ada jual buah2 ke...sayur2 ke...erghhh!!!
Tanpa melengah masa.....
"Dik, akak nak Happy Meal Ayam Goreng 3, air milo semua, Ayam Goreng Spicy regular, air milo, Double Mc Chicken ala carte."

Huhuhuhu.....failed lagi.....
......................................................................................

Efek2nya:

1) Seperti biasa, angin pom2 memang banyak. Macam bunga api time new year. Sangat meriah!
2) membuang amat best! Smooth and steady. Rasa kepuasan macam dewa cinta..hehe.
3) Tekak aku perit skek. maybe sebab aku kurang minum air. Kena minum more than 8 glasses per day..sepatutnya la.
4) Perut kelihatan amat sexy! Flat je gitu....kalau pakai two-piece bikini pun ai tak kisah..yawWWW!