Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Penghujung cuti sekolah.
Nak menghabiskan sisa2 duit yang berlebihan (konon la kan).
Dengan duit yang tak berapa nak ada ni, hati nak bercuti lagi.

Nak pergi jauh, duit lagi jauh.
Paling dekat, Port Dickson.
Try nasib di Grand Lexis. Fully booked.
Try luck di Avillion. Fully booked.
Try chance di Eagle Ranch Resort. "Ye puan, walk in sahaja. Bilik masih banyak."

YES! YES!

So, bergeraklah kami anak beranak ke Port Dickson.
Perjalanan mengambil masa sejam sahaja dari Bangi ke PD.
Macam nak pergi The Curve. Sejam juga.
Campur traffic jam kat LDP Sunway, campur tengok buntut kereta dalam parking lot...tu dah makan 2 jam.
Baik gi Eagle Ranch Resort. Lagi best..eh~

Mencari resort ini bukanlah susah dan bukan juga mudah.
Bukan susah kerana pintu masuknya di tepi jalan utama.
Bukan mudah kerana signboard resort tak berapa nak nampak.
Kekadang boleh terlajak ke depan.
Kena perhati elok2. Selepas kawasan pencawang elektik, bawa kereta slow (jika anda dari arah Teluk Kemang).
Jalan masuk hanya beberapa meter di hadapan.


Yong berbelah bagi nak menginap di bilik jenis yang mana satu.
Ada banyak pilihan. Pada mulanya Yong memilih 'Kampung house' lebih eksklusif dan sedikit mahal (RM270)
Tapi jalan masuk ke kawasan 'kampung house' banyak halangan tangga.
Yong bergerak dengan kerusi roda. Jadi itu tidak menyenangkan.

Yong kata pada Yop, "ambillah Bandwagon. Senang. Kereta boleh parking tepi bilik je."
Kami ambil 2 bilik Bandwagon, bercantum. Satu bilik berharga RM230.



Sebuah bandwagon ada 4 bilik.



This is Sunshine Beauty. Memang seekor kuda yang sangat cantik. Kebetulan masa tu matahari tengah memancar, kuda ni macam glowing.
Banyak kuda2 di stable ni, tapi kuda ni yang paling memukau.
Kuda ni selalu dapat mesej cinta dari perempuan2 yang datang ke sini.
Yong pun tak sure kuda ni jantan ke betina.

Ada yang tulis "Sunshine beauty, I will be coming back for you." "I will buy you someday"..ntah hapa2 lagi.
Seriously, kalau korang tengok kuda ni depan mata..memang macam magnet.
Makin lama kita makin dekat dengan dia.


Here is the pool area. Ada kiddie pool (mak bapak memang suka..senang nak monitor anak), dan juga deep pool. Dekat belakang nyonya baju belang2 tu, jacuzzi pool.

There's a story about jacuzzi pool ni.
*WARNING: Mode mengumpat activated. Ouchh!!*

Gini, resort ni selalu dipilih syarikat2, kolej, universiti, kilang, huge family untuk buat team building, reunion, kursus, wedding dan sebagainya.
So, ramai la yang bermandi manda di sini.
Yang kecik kiut mandi dalam kiddie pool.
Yang besar gabak mandi dalam separuh olimpik pool.
Masa tu Yong tak perasankan lagi ada jacuzzi sebab Yong duduk di sini (tempat Yong snap gambar ni le).
Dari sini memang kedudukan jacuzzi tu agak terlindung.

Ok..dalam pool besar ni, ada la dalam 4 bapak orang yg gendang gendut tali kecapi berkikik gelak sesama mereka sambil mengumpat management. So I supposed they came for company punya event le ni. Kursus maybe.
Mengumpat sudah, mandi kecebum2 macam singa laut pun sudah,
masing2 pun shower nak bilas badan. Mind you, they were topless.
So I could see cleaaaaarrrrly their belly buttons yg terjojol dek perut boyot.
That does not mind me at all.

What suprised me was..bapak2 ni terus berendam bersama-sama 3@4 rakan sekerja perempuan yg memang lama dah berendam dalam jacuzzi tu. Dah la baju masing2 melekat kat tubuh, nampak peha, breast (garis bra) dan lelemak perut, boleh pulak seronok2 gelak tangkap gambar dengan lelaki2 suami orang ni. Pakai saja tudung, tapi adab sopan ke pacific ocean.

Yop tengok pun geleman, Yong yg dari jauh memandang ni pun dah meremang.
Wow..bila suami takde isteri, dan isteri tinggalkan suami di rumah...terus masing2 galak meghelar.
I was very sure that they're all not in legal relationship ie marriage, sebab masing2 galak gelak gatal.
Even kalau betul husband and wife, takde le Yop nak bagi Yong nak berendam satu kolam kecik dengan kengkawan dia. Yong pun tak sanggup tengok Yop berkongsi air rendaman dengan bini orang lain (atau perempuan lain, atau lelaki gay..humm).

Ok..sesi mengumpat ditamatkan di sini.
Sesudah le jadi mak Jemah ni. Ni bukan blog retis.

Kita sambung sesi bercerita tentang keseronokan bercuti di Eagle Ranch Resort.


Danish and Pia memang betul2 had fun di sini. Kiddie poolnya cetek, jadi Yong tak risau sangat.
Kecuali kalau ada Wafi, memang Yong kena tengok dia every second.
Wafi tak ikut, tengah bermanja dengan Aki dia di kampung.


Deep pool memang deep. Saiznya agak besar.
(kat belakang tu, Kampung House)



Why do we love Eagle Ranch Resort? Banyak aktiviti keluarga yang boleh dilakukan di sini.
First thing in the morning, main Paintball!!
Ok..kitaorang tak lah main sorok2 siap pakai vest tu.
Lagipun kang lebam badan anak2,..mak jugak yang susah hati.
So, anak2 boleh main paintball..tapi tembak batu bata.

Mula2 Danish dipakaikan face mask, tapi sebab muka Danish kecik dan mask tu besar sangat, so..bare face ajelah.
He had fun shooting the bricks. Yg budak sebelah pun dah terkelenjit nak menembak juga.


Danish cakap "Mommy, nanti kita datang sini lagi ye! Danish suka menembak."

"Pia pun suka. Tadi Pia tembak, banyak jatuh", dengan bunyi excited penuh lagak.

Fine..fine..nanti kita ajak Mak Ngah.

Suruh Mak Ngah ko belanja..hahaha.
Mari kita 'pau' gaji Mak Ngah yang ribu2 tu..hoho!



Lepas bagi bebudak menembak, mak yang tak sedar diri diusung sana sini dengan kerusi roda, galak nak memanah. 
Yop pun beli la kupon memanah. Lupa dah berapa ringgit untuk berapa arrows.



Brader ni dengan sabarnya mengajar Yong cara2 nak memasukkan arrow pada bow. Kita ni pun khusyuk la mendengar penerangan. Tak sangka pulak ada dua budak kecik kat tepi tu pun pay attention. 


Rasanya Yong guna 15 arrows. 10 melayang ke rumput, 5 lagi lekat kat bull's eye.
Ok la tu, dari langsung tak lekat.
Ntah macam mana, mata Yong jadi kero, Yong ingatkan panah Yong kena tepat pada center of bull's eye.
Siap buat victory dance lagi tu. Kaki kecok pun ada hati nak menari.
Sekali buat inspection, cheh..kena ring merah je pun.

Merah pun ok whaaat...
~ Yong rasa brader tu tak yakin yang Yong boleh memanah. Beria2 dipegang bow tu. Takut yg terpelanting bukannya arrow je..dengan bow sekali terpanah jauh..haha. Muka dia cuak, nampak tak?


Dalam banyak2 gambar yang Yop snap, Yong paling suka yang ini. Tengok la gaya anak teruna ni.
Mulut tu apa pesen ntah. Kaki mengangkang ambil extra feel. Kikiki..tak bley blah betul!


Gaya peserta paralimpik. Mulut herot, mata kenyit. Fokus habis kak kiah ni.


Yong terpaksa masukkan juga gambar ni. 
Nanti Yop merajuk sebab dia puas posing sampai terketar2 tangan pegang arrow tu.


Inilah salah satu aktiviti kesukaan anak dara Yong. Mula2 rancangnya nak naik kuda di tepi pantai.
Nampak la macam high class holiday. Tapi sebab takut bahaya, maklumlah kalau budak kecik jatuh kuda kang, patah riuk teruk, so hanya pusing2 keliling padang sahaja dibenarkan.
Tapi kalau korang rasa macam nak tangkap gambar wedding ala2 fairytale..ada kuda tepi pantai, kat sini  boleh buat. Sure cantik dan unik!

Dari pengalaman stay for one night di sini, Yong boleh simpulkan yang Eagle Ranch Resort memang tempat yang sesuai untuk family. Kalau buat family gathering atau alumni reunion, memang kat sini best. Ada banyak lagi facilities yang tak dapat Yong masukkan di sini sebab masa agak terhad.
Tak sempat nak explore. Mungkin di lain masa.

Harga biliknya berpatutan, kawasan resort yang dijaga bersih (Yong nampak sendiri macam mana staf kena bebel dek manager sebab tak buang ranting pokok..ouhh, I like!), shampoo dan sabun mandi yg wangi (tu pun nak cerita), dan staf yang kids friendly.

Datang kembali? Yes.

Grand Kampar Hotel

Balik kampong...wowowo balik kampung...

Yezza..kini tiba masanya time balik kampung.
Rumah mak Yong bukan dalam kampung pun, dalam taman perumahan.
Tapi sebab kita orang Malaysia ni dah terbiasa, kalau balik rumah mak pak tok nenek,
semua namanya kampung,
walaupun rumah tok nek kat Bukit Antarabangsa.
Ha..keles gitu!
Umah tok nek ada swimming pool bagai.
Yong takda..hangpa ada?

Hadess...bukan kata swimming pool, lopak air pun takda.
Yang ada, kolam kumbahan buat semak mata.
Takpelah..janji ada tempat nak dituju bila raya menjelang.

Dalam perjalanan pulang dari Bangi menuju Sungai Petani,
Yong singgah menginap di Grand Kampar Hotel.
Ni kali kedua Yong check-in kat sini sebab harganya agak murah dan biliknya selesa.

Dengan cuma RM238 nett untuk penginapan family suite
(satu katil king size, 2 katil single),
dan iftar dan sahur untuk 4 dewasa..tak ke namanya berbaloi-baloi??
Kalau di Bangi je, iftar untuk dewasa je dah RM80++ seorang.
Tu tak masuk nak tidur, nak sahur.
Sebab tu, kalau terasa letih nak rehat,
tak payah susah2 cari hotel di Ipoh yang sudah tentu mahal.
Tidur je di Grand Kampar Hotel.
Exit Gopeng pun dekat, exit Tapah pun ok.
Dan surrounding area tu dah macam pekan baru.
Ada banyak kedai2, restoran, TESCO pun 5 minutes away.

Photobucket

Sebelum check-in, kami anak beranak berbuka puasa dulu di coffee house ground floor.
Choices of food tak la banyak sangat kalau nak compare dengan hotel2 lain di KL,
tapi kita berpuasa seharian bukan untuk melantak bagai nak rak time berbuka.
Ala kadar lebih mulia..tak gitu?


Last week buka puasa dengan Lai Chee Kang.
Terkejut tekak Yong..terus demam 3 hari batuk seminggu.
Jadi, berbukalah dengan teh tarik untuk make sure raya nanti tak batuk demam.
(3 gelas gitu)



Gebugirl Yong ni bukan paham bahasa.
Kalau dia nak makan, bukan nak minta isi dalam pinggan dan makan kat meja,
tapi dia pergi terus kat meja buffet, makan kat situ juga.
Buat malu mak je..

Lepas makan, bawa budak2 masuk bilik,
and seperti biasa bila ada bath tub, semua jadi Spongebob Squarepants,
Patrick Star and Squidward.
Bikini Bottom dalam bathtub tak nak keluar2.
Nasib baik Yong tak ajar buat bubble bath lagi.
Kalau tak..menjerit masing2 tak nak keluar dari bilik air.

Pagi2 dapat newspaper.
First time stay kat hotel dapat 3 newspaper.
Dah la stay dengan rate yang murah, banyak pula complimentary newspaper yang diorang bagi.
Bagus! Berbaloi-baloi adanya.


Selain dari harga yang murah, complimentary newspaper yang berlebih2, juga toiletries yang hampir lengkap (minus berus gigi), view dari bilik pun tidak kurang menariknya.
Segar biji mata bila buka tingkap pagi2.


Ada colourful shoplot kat depan dan ditabirkan dengan Banjaran Titiwangsa yang sejuk mata memandang.

Sebelum bertolak semula meneruskan perjalanan ke Sungai Petani,
Yong orderkan Baked Cheese Rice (RM11.50),
a golden fried rice baked with mozzarella cheese and served with fish fillet.
Sedap kot sebab Danish dengan Wafi makan banyak.
Yong tak tahu apa rasanya..puasa lagi kan!





Beach, Sunset and no seafood for dinner @ Port Dickson

Lepas makan nasi briyani yang sikit itu,
Yong bawak sefamily dengan mak Yong ke Port Dickson.
Port 'Dick' Son?
Humm...merapek dah translation dalam kepala Yong ni.

Seperti biasa, bebudak ni dah pakai baju renang dari rumah.
Excited terlebih.
Dalam kereta puluh kali si Danish tanya
"Mommy...jauh lagi ke?" "Mommy, dah nak sampai ke?"
Hadoiii....jalan jem la sayang ooii..
Berlapis2 accident sepanjang highway dari Bangi ke PD exit.
Pebenda diorang ni..bawa keter cemana?
Cool je la...it's weekend people!
Time to chill and enjoy driving in peace.
Speed kills hokey?

Dah sampai je...semua melutu ke pantai.
Mak Yong pun bermelankolik jalan tepi pantai mengenangkan nasib la,
mengenangkan kenangan lama la...
Yong perati je Yop melayan budak dua ekor ni buat sand castle yang lebih merupa macam taik kobao je aku tengok..hahaha!!! Tak berseni langsung la anak2 Yong ni..

Photobucket

Mak Yong yang dok berpayung tu.
Entah apa yang dia seronok tengok bebudak cebum2 mandi laut.
Mungkin dia teringat arwah adik yang sebaya bebudak tu.
*sobs*

Photobucket

Bebudak dua ekor ni dah lupa mak ayah,
terus korek pasir sesuka hati.

Selipar Pia ntah kemana hanyut tarik dik ombak.
Pia ni memang dah established menghilangkan sebelah kasut dia,
dari kecik baby lagi.
Sebelah kasut hilang di airport langkawi. (umur 1 tahun)
Sebelah kasut hilang di tepi jalan sebab masuk kereta tertinggal sebelah kasut kat luar. (umur 2 tahun)
Sebelah kasut hilang dalam panggung wayang. (umur 3 tahun)
Sebelah kasut hilang ditarik ombak hari ni. (umur 4 tahun)
Macam acara wajib tahunan.

Photobucket


Seronok gak nengok remaja tua menjerit2 macam sakai naik banana boat tu.
Laki pompuan sama je jeritnya. Siap buat tangan gaya Usop Wicha lagi.

Photobucket

Muka orang lapar...

Photobucket


Ingatkan nak makan seafood best2 kat PD,
tapi sebab singgah kat rumah sedara, makan Yong Tau Foo beli pasar malam.
Ingat nak sambung gak makan seafood sebab nanti teringin teringat2 pulak,
tapi sebab dah full...so drive balik ke Bangi le jawabnya.

Sampai Bangi, cari Otai burger, make it double!
Lapar lagi....
.
.
.

Galeri Seni Petronas...interpretasi seni, Kinokuniya...manifestasi ilmu

Yong nak lari dari traffic jam yang memeningkan kepala, meletihkan peha,
Yong bawak Yop and anak2 masuk KLCC.
Sebelum tu Yong dah mengenyangkan diri di Kampung Baru.

Bila sampai je, kitaorang berpusing2 dalam Suria KLCC macam hilang arah.
Tak tahu nak buat apa.

Lepas satu tingkat ke satu tingkat kitaorang pusing.
Pastu lintas depan Galeri Seni Petronas.
Ouhh...ada pameran seni ek?
Paksa Yop tolak kitaorang masuk dalam galeri.
Alaaa....free je, so nothing to lose kan?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sesapa yang berminat nak bergiat dalam seni,
korang pergi la bengkel seni yg dijadualkan ni.
Mana tahu...kot2 boleh hilang stress ke, asah bakat terpendam ke...
Photobucket

Bebudak ni tengah aim mainan.
Dengan harapan mommy belikan.
Oooiii...dah macam Toys'R'Us kat rumah tu!
No more toys, capiche!
Photobucket

Danish memang suka masuk bookstore. Ada je buku yg nak dibelinya.
Tapi dah 6 tahun, mengeja pun gagap lagi..
Bilala ko nak pandai nak oiii...?

Photobucket


Sophea sibuk nak paper doll.
Tapi yang seronok lebih main benda ni.. mommy dia le.
Dulu kecik2 benda ni baru dua puloh sen.
Skang ni dah RM20! Haduihhh...jauhnya beza dulu ngan skang.
Bila nak kaya nih?

Photobucket

Air Terjun Sungai Tekala

Apa benda la nak buat time weekend tapi tak nak keluar sen banyak2.
Korang ingat Yong ni memanjang je ke ada duit?
Takde mananya...tambah2 lagi awal bulan macam ni.
Lagi la sikit baki dalam akaun simpan.
Tapi baki dalam kredit kad makin banyak...hahaha.
*penin kepala jap*

Bila tak berduit, tapi ada hati nak berlibur dan berhibur,
yang diperlukan hanyalah duit nak isi tangki minyak Optimus Prime.
Kalau sampai nak isi minyak pun dah takde sen,
bebawak le istighfar banyak2...fikirkan, apelaa dosa aku sampai duit tak lekat ni..huhu.

Yong ajak Yop mengembara stail kopak minggu ni.
Tanpa hala tujuan, mahupun GPS Navigator (Yong tak perlu itu sebab Yong memang dianugerahkan skill membaca arah angin),
Yong drive Optimus Prime ke lorong tanpa arah.

Tup2, dengan kuasa Allah swt, Yong ditibakan ke tempat yang Yong tak pernah terfikir nak sampai, dah tak tahu pun ada tempat seperti ini yang dekat dengan rumah Yong.

Dekat2 dengan Empangan Semenyih, lebih kurang 45 minit dari bandar Kajang, Yong tiba di Air Terjun Sungai Tekala.

Photobucket

Walaupun hari cuti, tak ramai yang berpiknik di sini.
So, it's a plus thing for us la, sebab kitaorang anak beranak ni memang anti crowd.
Jangan harap le jumpa muka kitaorang anak beranak kat Genting Highland time cuti sekolah, atau Sunway Lagoon time weekend. Memang tak jejak derr....

Photobucket

Perjalanan ke sini memang tak dirancang, so nampaklah si Yop melenggang kangkung tanpa menggendong beg makanan atau pakaian.

Photobucket

Sangat menenangkan....

Photobucket

Korang ingat senang ke nak bawak anak pergi tempat2 air dan cakap "eh, kita tak boleh mandi kat sini. Baju salin tak bawak, tuala takde."
Belum sempat kita nak cakap ni..semua dah start melengging.
Sabar je la...

Photobucket

Yong pandang dari jauh je la.
Hati ni nak benar cecah kaki ke air, tapi sebab Yong pakai seluar jeans gaya Katy Perry .."I might get your heart racing
In my skin-tights jeans
Be your Teenage Dream tonight",...tak dapat le nak join.
Kalau tak, dah le jeans ni ketat, kena pulak basah kang...langsung jerut salur darah Yong yang tak berapa nak lancar salurannya.

Photobucket

Yop memang ayah yang super duper sporting. Anak2 nak mandi sungai? Nak jaring burung, nak manjat bukit, memang permission granted.
Kalau ikut Yong...menangis le bebudak ni dalam kereta sebab Yong ni tiger mom.

Photobucket

Menjadi ayah menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
Ada masanya Yop tu hangin juga. Contohnya macam gambar ni...hahaha.

Photobucket

Mandi-manda disini memang best (kalau tengok dari reaksi anak2 Yong le).
Mungkin weekend yang lain2, Yong plan nak piknik kat sini.
Macam best je....

Photobucket