Cara-cara membuat donut dari Little Chef Danish

Dulu aku ada hantar Danish pergi kelas membuat donut.
So aku saja nak try tengok sejauh mana ingatan dia dengan cara2 membuat donut.
Aku suruh dia lukiskan cara2nya atas kertas A4.

Puan2 boleh mengikut langkah2 yang ditunjukkan seperti gambarajah di bawah.
Aku boleh memberi jaminan yang donut yang dibuat mengikut seperti langkah2 yang diberi,
akan menjadi gebu dan sedap. Cubalah sendiri.


.

Langkah2 seperti berikut:

1. Cari tepong (tepung)
2. Isi tepong (tepung)
3. Isi aer (air)
4. Ambil tepog (tepung)
5. Buwat bulat (buat bulat)
6. Buwat bulat di tegngh (buat bulat di tengah) : Gunakan jari anda
7. Tugu Asok (tunggu esok): Semalaman.
TIPS: Masa bulan tengah sabit je boleh buat donut. Time bulan penuh, donut tak menjadi. Juga make sure time tu bulan tu nampak jelas hidungnya. Selagi bulan sabit takde hidung, selagi itulah donut puan2 tak akan menjadi.
8. Boleh masak
9. Boleh isi bede (benda2 hiasan)
10. Boleh makan

Sekian sahaja cara2 untuk membuat donut yang gebu dan enak.
Jangan lupa berkongsi resepi ini bersama rakan taulan dan seisi keluarga.

Terima Kasih. Jumpa lagi di entri berikutnya untuk resipi yang lebih menarik.

Drawing contest. Subject: Home

Aku bukan tak ada idea nak tulis apa, melambak2 idea..cuma malas nak tulis panjang2.
Tak tahu nak buat ayat mukadimah.
Jadi, malam ni aku ajak anak2 aku berkarya.

"Ok, budak2..malam ni kita buat pertandingan melukis. Siapa yang dapat lukis paling cantik.
Mommy ke, Danish ke atau Pia. Kita lukis gambar rumah. Ok?"

So..bermulalah pertandingan anak beranak ni.
Aku suruh diorang duduk berjauhan supaya tiada siapa meniru idea/karya masing2 (termasuk aku).

Nampak budak berdua khusyuk melukis. Aku pun muncung2 mulut cuba buat bentuk rumah terlintas di kepala aku.

Inilah hasilnya.

Karya aku yang maha agung;


Seingat aku, dari tadika aku lukis rumah macam ni. Tak pernah berubah walaupun dari kecik aku duduk rumah flat 4 tingkat, tapi tak pernah hayat aku lukis rumah bentuk flat. Sekarang duduk apartment pun, aku still lukis rumah macam ni.

Nak kata rumah opah aku di kampung macam ni, tak juga. Lawa lagi rumah opah.

Then, aku suruh Pia submit lukisan dia.
Aku sengih tengok hasilnya.
Budak 5 tahun punya karya;


Pia kata rumah dia kecik sangat. Tak muat nak letak tandas.
So tandas dan shower kat tepi rumah..hehehe.
Kat luar rumah juga sangat bahaya.
Ada jerung dan ikan paus.

Bunga lagi besar dari rumah. Orangnya kecik, mangkuk tandasnya subhanallah saiz kau!
Anyway...she is full of imagination. I like her drawing.
Kalau banding ngan lukisan mommy ni tadi..memang mommy dapat E minus terus.

Tinggallah satu lagi pelukis yang menanti penuh sabar respon dari mommy dia.
Dihulurnya kertas bersaiz A4 pada aku dengan penuh pengharapan.
Lepas aku tengok je hasil lukisan dia...aku pun BERHENTI BERHARAP.
Berhenti mengharapkan lukisan aku lebih baik dari anak2 aku.

Hasil karya Danish.


Hamik kau. Pandangan sisi terus. Rumah banglo dua tingkat tak hengat! Siap ada roman pillar yang tersergam, macam banglo dalam drama2 Yusop Aslam. Aku bajet keter yang dilukis tu, kalau tak Porsche, mungkin Lamborgini Diablo.

Rumah ada bath tub tu wooii... Sejak bila ye anak, kita ada bath tub dalam rumah?
Cuma tv masih guna antenna..kikiki.
Yang best, bilik tidor ada feature wall.

And pokok cili depan rumah instead of pokok bunga.

So..siapa pemenang pertandingan ini.
Yang pasti, mommy tak layak bertanding langsung.

Science class by mommy!

Anak2 Yong ada 3 orang.
Dua tinggal dengan Yong. Danish dengan Sophea.
Yang kecik Wafi, tinggal dengan mak sedara Yeop di Pahang.

Bukan tak sayang anak kecik tu..sayang sangat2!
Sapa tak sayang anak weh.
Tapi kaki Yong tak mampu nak bergerak kuat nak dukung dia,
nak kejar dia. Bila Yeop ada kat rumah, baru kitaorang jaga anak kecik ni.
Sebab abah dia kuat le nak dukung2, main lari2 ngan anak2. Yong pandang je la...

Yong pun dah tak boleh nak bawak anak2 berjalan2 cuti sekolah ni.
Jadi Yong cuba penuhkan aktiviti menarik dalam rumah.
Walaupun dalam rumah, anak2 Yong excited hari2.
Diorang tahu, mommy gonna come out with her new science experiments.
And it's should be more fun that playing outside.

First experiment dengan Danish and Sophea,....MILK RAINBOW.

Bahan2 yang digunakan:
1) Piring leper besar.
2) Fresh milk
3) Food colouring (beli le macam2 warna. Merah, hijau, kuning, biru)
4) Syringe
5) Cecair pencuci pinggan.
6) Cotton bud

Kalau dah ada bahan2 ni..boleh tengok video ni untuk full instruction and dapat tengok betapa menariknya hasil experimen ni.




Yong tak dapat cari food colouring yg dalam bekas picit2 tu,
jadi gunalah syringe..tak le kotor tangan bertempek2 macam2 warna.
Sudahnya tangan korang jadi macam marble kek plak.

Selain dari experimen,
si Danish ni suka belajar tentang sains. Dari kecik memang macam tu.

Ingat lagi Yong masa umur dia baru cecah 2 tahun.
Cakap dah jelas. Dia memang bijak. (bukan mak yg perasan anak pandai, tapi he is definitely something)

Masa umur dua tahun tu la, dalam kereta...on the way nak balik rumah.
Hari hujan. Dia pandang ke luar tingkap sambil tengok rumah2 di tepi jalan.
Rumah2 kat tepi jalan tu kebanyakannya atas tanah tinggi daripada jalanraya.

Sekali tengah dia elok termenung tu, dia pandang Yong.
"Mommy, kenapa bila hujan, air, tanah dengan daun2 turun ke bawah, tapi rumah tak turun?"

Okay..this might sounds normal question for you, but it is quite impressive for 2 years old child.
Dalam hati Yong, " did he just asked me that? He just two!"

Macam2 lagi soalan sains yang rajin dia tanya. Banyak juga yang membuatkan mak ni terpaksa google..almaklumlah, mak bukan pandai sangat pun...sekolah tak habis...hahaha.

Recently dia buat soalan in one breath:

"Mommy, macam mana baby tu jadi?
Macam mana dia masuk dalam perut mommy?
Macam mana pulak dia keluar?"

Hamik ko nah! Bukan soalan tergantung tu.
Soalan penuh dari mukadimah buat anak, sampai jadi anak habis ditanya.
Mind you, he is now 6.

Mula2...rasa macam nak menipu je. Cerita pasal fairytale ke..bohong sunat ke.
Tapi si Danish ni sangat kuat memorinya.
Kalau Yong tipu, alamatnya...Yong ajar dia jadi bodoh le. Oh..no! No! No!
Yong tak mahu bila besar nanti dia kata:
"Mommy ni dulu tak pegi sekolah ye?
Danish belajar kat sekolah pasal human reproduction process, lain dari apa yang mommy ajar."

Ha...tak ke mampus Yong malu kang?

So..Yong mengadap lagi internet cari animation yang sesuai untuk budak besar Danish ni senang faham.
And luckily, life with internet is great. Semua ko nak ada. Di hujung jari je!
Ni animation video yang Yong dapat, dan Yong tunjukkan pada budak berdua ni.

Ini video tentang persenyawaan.
Yong juga explain kat dia..telur perempuan di area mana (yong tunjuk kawasan bikini line Yong),
dan sperma dia tempat mana asalnya.
So bila Yong cakap sperm tu kat scrotum dia (sambil tunjuk kat dia punya), dia sengih2 malu.
hehe..nak belajar mana boleh malu2.....



Lepas persenyawaan, of course kena tahu macam mana perkembangan bayi dalam rahim.
So dari video ni, dia dapat lebih pemahaman.



Bila dia dah faham, Yong pun dah explain dengan mudah. It's time for revision.
Yong nak tengok sejauh mana dia faham process ni.

Ni le hasilnya. Dia lukis dan explain balik kat Yong.

Photobucket

Yong tersalah eja umbilical cord. Bukan bord, cord. Dah upload baru nampak...eheh.

So...bila anak2 interested nak tahu tentang science or anything, jangan malas mengajar.
Kalau ibu2 diluar sana boleh melayan facebook siang malam atau tengok drama bersiri melayu yang tak membina minda, adalah baiknya spend masa tu dengan menambah ilmu anak2 yang baru nak kenal dunia.

Okaylah, anak2 Yong dah bangun.
It's time for volcano project and learning about what makes day and night. Chow!

Little Chef Class

Cuti sekolah telah pun bermula.
Yong nak runsing, pebenda la nak dibuat bebudak ni nanti.
Kalau nak bawak holiday, Yop pulak dah pergi kerja.
Tinggal Yong anak beranak je.

Kaki pun dah sakit nak jalan sana sini.
Memang no long journey le, that's for sure.

Alhamdulillah, ini la bagusnya duduk area town.
Ada je aktiviti musim cuti sekolah yang dibuat oleh macam2 syarikat.
Kelas tambahan la, kelas motivasi la, macam2 banner Yong nampak di sekitar Bangi ni.
Tapi takde la pulak yang sesuai untuk budak umur 6 tahun.

Sekali Yong bernasib baik, tengah merayap2 dalam fb, ada nampak iklan baking class for kids. Terus Yong tanya Sugarflour B.B.Bangi kot2 diorang ada offer class yang macam ni.

Lucky me..yep, they have it almost every month. Class fee is only RM40.
Huk e la...punya lama duduk Bangi, baru ni nak tahu.

Tak payah bawak apa2, just bawak apron dan tupperware untuk bawak balik hasil masakan.

Anyway, Yong signed up Danish for Donut and Float class.
Yong terpaksa kerja hari tu, so ipar Yong temankan Danish pergi ke kelas.

Photobucket

Menurut mak ngahnya, Danish ni sekejap dibulatkannya doh tu, sekejap lagi dilubangkan, pastu dah elok2 ada lubang...diulinya balik, pastu dibulat, dilubang, diuli....

Orang lain dah sudah..dia sibuk dok main doh tu macam plasticine.
Sudahnya mak ngah terpaksa came to the rescue sebab chef nak mula menggoreng.

Photobucket

Photobucket


Walaupun chef ni dah berpengalaman dalam bidang bakery, tapi nampak benor chef takde skill mengagak tahap kepanasan minyak dalam kuali.

Kecekapan chef mula diragui pelajar dan juga ibu bapa yang hadir.

Photobucket


Danish maybe tengah fikir..."nanti mommy balik, Danish nak cakap kat mommy yang Danish dah pandai buat donut sendiri."

Iye la tu...kalau mak ngah tak siapkan...sampai ke sudah donut ko tak abis uli.

Photobucket

Photobucket


His favourite part in this class. Playing with colourful chocolate rice, main tabur2 atas donut.

Photobucket


Tadaa!! Siap dah donut yang Danish uli2, lubang2, bulat2, uli2....
Hasilnya, sedap juga!

Donut tu lembut je walaupun disimpan dalam peti sejuk.
Mungkin Danish terlebih uli kot?
Photobucket