Petua mencuci rambut terutamanya pada yang bertudung.

Assalamualaikum readers,

Yong pasti ramai readers Yong disini memakai tudung atau hijab,
mengikut tuntutan agama yang diwajibkan kepada kita (muslimah)
Alhamdulillah baru2 ni Yong pun menerima seru untuk menutup rambut Yong dari pandangan lelaki ajnabi.
Syukur.


Pakai tudung ni wajib untuk perempuan muslim.
Kalau tak pakai..nanti kat neraka kena bakor.
Kita bakor! Kita bakor!..adehhh...

Sedangkan matahari terik kat luar tu pun tidak le tertahan dek kulit kita yang mulus ni,
apatah lagi kena bakor dengan api neraka. Cer cuba test api kat dapur.
Tak pun api lighter. Tak pun mancis.
Mengeletik gediks kan? Kelasss kau Maria

Bila matahari memanchor2,
kalau yang pakai tudung ni akan terasa le rembesan peluh di kulit kepala.
Pulak tu, peluh tu tak boleh kering macam tu je.
Makin banyak..makin banyak..rasa nak meleleh keluar dari tudung je.
Sahih dah balik nanti bila buka tudung..nyamannya rasa.
Rasa je la nyaman...baunya mungkin tak. Tak koser Yong!

Maka, dengan segeranya kita pun melulu masuk bilik air,
nak mandi dan genyeh2 kulit kepala dengan syampu yang kita beli sebotol dekat RM15.
Tu kira murah la. Ada juga yang sebotol dekat RM100.
Yang harga lebih dari seratus...Siti Nurhaliza je pakai. Kita tak mampu awak... :(
Kita beli yang tulis diskaun 20%  kat Watson.


Bila beli syampu kan, inilah perkara2 yang kita buat mengikut urutan.
1. Tengok botol yang paling menarik. Botol yang tak pernah kita lihat.
Makin cantik warna botol tu, makin cepat kita pegang.

2. Kita baca kegunaan syampu ni. Untuk rambut gugurkah?
Untuk kilatkan rambut kah? Untuk kegunaan harian kah?

3. Kita buka penutup botol syampu, cium bau dia.
Kalau wangi..kita angguk kepala, senyum tanda setuju.

4. Kita tengok harga. Kalau ada diskaun 20%, harga pun bawah RM15,
terus masuk dalam troli, bakul. Kalau mahal..kita letak balik.

Ada tak tengok bahan2 yang digunakan untuk membuat syampu ni. Bertuah!
Kot ditulis.."terdapat DNA babi dalam syampu ni"...ha, lebuh!
Memang sah, sampai syampu tu habis pakai belum tentu korang nampak caption tu kan..hehe.

Syampu bertindak seperti pembersih.
Namun begitu, syampu bukan setakat membersihkan kotoran pada kulit kepala atau helaian rambut kita, malah ia juga menghilangkan lembapan minyak yang penting untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
Perasan tak, semakin lama kita semakin banyak bergantung pada syampu.
Macam2 jenama dicuba. Tapi tak pernah setia. Ada je kurangnya.

Ada juga syampu yang kita guna seperti amat serasi dengan rambut kita.
Rambut menjadi lembut dan terurus.
Tetapi, sedarkah yang kita makin kerap bersyampu kerana rambut seperti cepat berminyak?
Syampu seperti ini mengandungi minyak mineral, yang menjadikan rambut kita lebih bersinar.
Untuk pengetahuan readers, minyak mineral ini dihasilkan dari hasil sampingan minyak mentah (crude oil).
Minyak ini tidak dapat diserap oleh kulit kepala, malah menutupinya.
Semakin banyak minyak ini berkumpul, semakin berminyaklah rambut kita, hari demi hari.

Di sini Yong nak berkongsi petua untuk mengurangkan penggunaan syampu tetapi masih dapat memastikan rambut dan kulit kepala tetap segar walaupun bertudung.

BAKING SODA atau SODA BICARBONAT




Bahan ini selalu digunakan dalam masakan kek atau pastri,
malah bahan ini juga adalah yang terbaik untuk membersihkan rambut dan kulit kepala anda.
Harganya tidak mahal berbanding syampu di pasaran.
Dan yang pastinya ia tidak merosakkan rambut atau kulit kepala akibat pengumpulan bahan kimia sesudah bersyampu.


Kot ada yang nampak perkataan BAKING SODA ni terkejut,
lepas tu fikir
"biar benar Yong ni?"
Ate..benor le ni cik tipah. Kamu ingat aku suka suki ke nak peghosak rambut kamu.

Idok jadi keghojer le aku nak memunah masa depan orang aih.
Aku nak mengelak neraka..bukan tempah ye. Ni nak buat pahala le ni.
Nak bagi orang yang pakai tudung selesa..dan jimat duit..ha, kan?

Gini caranya nak mencuci kepala dengan menggunakan soda bikarbonat (SB).

Bergantung kepada berapa panjang, tebal, banyak, nipisnya rambut korang.
Macam rambut Yong yang paras bahu ni, guna satu sudu besar SB,

dicampur dengan satu jag air suam.

Dalam bilik air, basahkan rambut dan kulit kepala dulu.

Lepas tu, curahkan bancuhan tadi sedikit demi sedikit biar mengenai semua bahagian kulit kepala.
Urut perlahan2 sambil sental kulit kepala seadanya. Jangan over sangat.
Tak payah le guna kuku bagai. 
Bila dah selesai, bilas bersih.
Lepas tu boleh gunakan conditioner untuk melembutkan rambut.
Tapi kalau Yong, memang tak nak guna sebab kalau boleh nak rambut ni free from chemical and mineral oil.

Yang menariknya selepas mencuci rambut dengan Soda Bikarbonat ni,
kulit kepala dan rambut bersih dan bebas minyak atau bau kepuk lebih dari 3 hari tau!
Kalau pakai syampu yang dicampur pewangi tu, lepas syampu memang la semerbak harum.
Tapi lepas kena peluh...umang aih~ awak pun tahu baunya macam mana.
Sebab tu SB ni terbaik, tidak berbau atau meninggalkan bau.
Dan yang teramat best bagi Yong...kurang rambut gugur!
Kalau tak..sekali syampu...bagai daun2 berguguran...bersepah.
Kalau dikira berapa helai yg gugur, nak menangis je rasanya.

Tak percaya, acu, cuba, try, test!
Dengan ucapan, selamat mencuba.

*pada yang tidak bertudung juga boleh mencuba SB sebagai ganti syampu,
cuma kurangkan sukatannya kerana SB mungkin melunturkan sedikit warna rambut apabila rambut terdedah pada matahari. Pada mereka yang baru mewarnakan rambut dan ingin mengekalkan pewarna rambut anda, tidak digalakkan menggunakan SB ini kerana fungsinya membersihkan sisa kotoran kimia pada rambut, termasuk pewarna rambut anda.




*Nota Tambahan: Pada permulaannya, rambut anda mungkin tidak kelihatan seperti yang diharapkan. Mungkin terlalu berminyak, terlalu kusut, kelemumur kering dan sebagainya kerana rambut dan kulit kepala adalah dalam proses penyesuaian. Setelah 2-4 minggu dengan rutin mencuci rambut menggunakan sodium bikarbonat, anda akan dapati rambut menjadi lembut, cantik dan lebat.
Dan pada ketika ini, anda mungkin tidak akan teruja lagi membeli syampu atau menggunakan syampu kerana sayangkan rambut anda yang sihat itu.

Serene Aesthetic IOI Mall Puchong..a moment with mixed of emotions.

Semalam Yong bawak Yop dan Danish pergi tengok Transformers kat IOI Mall, Puchong.
Idak le Yong pegi masuk wayang sekali sebab Yong berwilcha.
Yop hantar Yong depan Serene Aestethic beauty parlour.
So, sambil diorang melangut nengok robot yang larger than life tu,
boleh le Yong buat facial kasik cantik kulit.

Ada promotion plak tu.
Facial for first time visit cuma bayar RM88.
Pehtu Yong tanya, "berapa jam facial ni?"
Katanya "1 jam setengah."
Dah sudah! Diorang tu melayan robot tu mau kat 3 jam.
Pebenda Yong nak buat lagi 1 jam setengah lagi?

Photobucket


Then, nampak pulak promotion untuk urut2.
Yong kata, ok.."I nak buat dua2 treatment ni boleh?"
Staf dia senyum hangguk. Apa daknya...masyuk le komisen dia hari tu.

Photobucket

Agaknya excited sebab Yong nak ambik 2 treatment sekaligus,
dia lupa nak suruh Yong isi borang particular details tu.

Bila masuk dalam treatment room, biasanya Yong dapat kain buat berkemban.
Sekali... bukan kain yang Yong dapat..
alahai punya la nipis kain lebar 3 inci untuk cover dada,
and G string yang subhanallah besarnya saiz.
Yang tutup kopek kau bagi saiz kecik..yang tutup bawah ko bagi sebesar mungkin.
Pejadah weh
Dah la tu, kainnya lebih macam kertas minyak yg amatlah jarangnya.

Haduss...punya la seksi Yong ...dah rasa macam bogel terus dah ni.
Takpa..takpa,...bukan ada ramai orang pun dalam bilik tu.
Minah cina ni ngan Yong aje.
Halal je lah...

Dia suruh Yong baring meniarap.
Dah Yong kata pakai G string kan...
terserlahlah kegebuan punggong Yong untuk tatapan amoi ni.
Haa...lantaklaa...

Dia amik gel pebenda ntah...
dan amoi ni start ritual meraba2 punggong and peha Yong.
Yong rasa sejuk2 je gel tu.
Tapi ntah cemana, tengah dia syok menguli punggung sexy Yong ni,
jari jemari dia ter'lintas' di celah keseksian itu.
Wadahellllll!!!!
PEDIH SIOTTTTT!!!!

Terkemut2 Yong menahan sakit pedih tu..huhuhu.
Sambil menguli lagi peha Yong, dia tanya "Miss..saya urut sini sakit tak?"
"Hehehe...situ tak sakit, tapi buntut saya sudah sakit la amoi."
Amoi ni gelakkan aje.
Yong rasa macam dah kena cabul seyh!
Kau rampas ke'dara'an punggong Yong...cheis!

Lepas rasa pijar tu nak hilang..dia tarik masuk mesin penyedut lemak.
Wahahaha!!! Yong tengok benda ni dengan penuh pengharapan.
Harapnya selulit aku ni hilang le pas ni.

Bila mesin tu start, amoi ni sedut2 lemak Yong dengan sucker. Sucker eh?
Anyway...masa sedut2 tu..Yong sebenarnya menggigil.
Menahan sakit dan gelak dalam masa yang sama.

Bunyi mesin tu sedut...Chup! Chup! Chup!
Seyes..bunyi macam orang buat love bite la,
bunyi kiss2 ganaz la...hahahaha!!!
Idak le Yong turned on sebab sambil menyedut tu..
terasa cam nak tercabut kulit peha Yong.
Chup! Chup!..bwahahahaha!!! 
Kalau orang tak tahu kes dalam bilik ni..
mesti ingat Yong tengah mengecup2 ngan amoi ni,,...wakakaka!!!

Lepas sapu2 gel pemedih celah punggong,
dia ambil hot blanket, dibalutnya badan Yong.
Dia tanya "You ada rasa panas tak?"
"Ada sikit2" kata Yong.

Dia belek hot blanket tu atas bawah.
Macam tak puas hati..dia on off kan power soket.
"Miss aar, ni sudah terbalik wor. You boleh bangun ka? Saya mau betulkan ni."

Haiyaaaaa.....amoii!! Apa pasal mau kasik saya susah?
Nak tak nak Yong pun bangun dari katil tu..dengan keadaan yang damned hot and sexy.
With itsy bitsy teenie weenie see thru bikini.
Kalau Yop nampak..terus gelak besar dia.
Apa dak gelaknya...sebelum dia balut Yong ngan hot blanket,
dibalutnya dua2 belah peha Yong dengan food wrapper.
Dah rasa macam ayam dekat Tesco.

Lepas sudah berdiri macam ayam kena perap,
hot blanket pun settle...Yong baring dengan harapan, ni la last aku posing maut.

Sambil berpeluh sakan selenjun-lenjunnya...(hot blanket kan..)
amoi ni mengurut2 muka mulus Yong dengan penuh kasih sayang.
Ok le..at least idak le Yong rasa macam nak ungkit pasal insiden menghairahkan tadi tu.

Lepas facial selesai, dia suruh Yong mandi.
Ye la..dah basah lenjun dek peluh..tak kan tak mandi.
Bapak masam bau kang.
Yong masuk dalam bath tub and shower.
Lega rasa dapat mandi sebab badan ngan muka dah melekit2.

Pas mandi, dia suruh Yong baring semula atas katil.
Nak settlekan letak moisturizer kat muka.
bikini tadi memang dah tak pakai le sebab dah basah kan..

Pastu dia kata ada gel pembakar lemak, kena sapu kat peha.
Sambil sapu dia selak plak tuala Yong sampai terdedah segala keauratan.
"Miss, tak payah malu laa..kita pun sama2 ada."
Hehe...iyolah kau amoi weh.

Masa dia sapu gel tu,..umang aih, pedih la mangkok! Macam letak cili giling atas peha.
Rasa nak melompat2 je..tapi sebab nak menten gorgeous melampau...ku tahan je jebat.
Lepas segala treatment mensucikan muka, meragut kesucian punggong,
Yong turun bawah cari Ayam Penyet.
Sekian.
.
.
.

Camourflage your beer belly guys!


Masa bercinta semuanya indah, lepas kawin semuanya berubah.
Masa bercinta, ayat yang selalu yong dengar orang guna,

"kalau tak percaya, ambillah kapak, belahlah dada".

Tapi masa bercinta, ayat tu macam kejam tapi romentik.
Tak sanggup belah dada bopren sebab sayang lanting2,
dan rasa romentik sebab nampak macam bopren tu sanggup mati sebab kita.

Tapi lepas kawin, ayat tu macam hilang terus.
Maybe kalau masa bercinta, nak pegang kapak pun tak sanggup,
tapi lepas kawin dapat plak tahu asben ada affair ngan pompuan lain,
bukan kata kapak, dapat gergaji pun kira bonus besar!
Grrrr.....zreeenggg, zreeennggg (chainsaw massacre)

Ehehe...entri kali ni bukan sebab curang murang.
Takde sapa2 yang curang hari ni.
Yong nak highlight perkara yang selalu berubah selepas kawin.

PERUT LELAKI!

Masa bercinta, perut2 lelaki ni banyaknya macam permukaan lesung batu.
Keras, ketak2, padu dan jitu. Ummm...nice to see nice to hold gitu.





Tapi lepas kawin...perut lesung batu dah jadi perut belon air.
Boinkk..boinkk..sangat bouncy! Weee....

Bini tengah pregnant, hubby pun pregnant.
Bini dah habis pantang, hubby masih pregnant.
Bini dah menopous, hubby tetap pregnant.




Nak suruh buat exercise ke, sit-up ke, banyak alasan keluar.
1) "malaslaa...bukan nak pegi ngorat pun"
2) "letihlaa..banyak keje kat opis tadi"
3) "saya kenyang ni. Nanti lepas rehat saya exercise le"
4) "kasut sukan belum beli lagi"
5) "saya nak beli gym equipment dulu"

pastu ada gak la alasan2 yang lain.
So, kalau dah malas sangat2 dah kan, macam ni lah...cara paling mudah,
pilih pakaian yang sesuai nak cover beer belly tu.

Tips2 yang yong boleh share;

1) Pakai baju yang agak gelap warnanya, dan seluar yang cerah dari warna baju.
So, nampak la badan tu well-proportioned.
Nampak tak..kalau pakai baju warna cerah, makin besar perut tu.





2) Jangan pakai tuck-in. Sangat la hideous!!!
Tolonglaaa...orang pregnant pun tau tuck-in tu huduh. Hishhh!!

3) Kalau beli baju...jangan belang horizontal! Kalau vertical takpe.

4) Tolong..tolonglah jangan pakai tight shirt.
Idak le yong gemor tengok perut bulat tu setiap inci.
Seksa jiwa raga yong, tau dak?

5) Jangan pulak gi pakai baju baggy2. Lagi huduh weh!

6) Kalau baju dah sesuai, usah pi pakai seluar ketat macam Amy Search nu ha.
Udah macam lollipop!





SKII Facial Treatment Essence





Dah dekat sebulan aku simpan duit budak Erna dalam purse aku ni.
Aku ni sibuk dok promote SKII Facial Treatment Essence (FTE) tu, so budak ni kirim suruh belikan.
Bila pegi Alamanda..salesgirl tu bagitau, stok dah abis, kena tunggu minggu depan.
Sebab SKII tengah buat promotion, set RM199 ni dah sold out di semua outlet. Cheh!
So aku amik la nombor telefon salesgirl tu..kang idak le aku ulang alik bodoh je.
Ngabis duit minyak ngan parking je...kan?

Tunggu punya tunggu, finally stok arrived. Beli dua set sbb ada dua orang nak.
Bagus betul marketing aku ni. Sebut Juvanex pun laku,
SKII pun laku...jap gi aku nak sebut Nuvafemme plak.
Laku tak agaknya?
Alaa...kalau laku pun, bukan aku dapat komisen pun..*sobs*

Anyway...pepasal aku beria2 suruh orang pakai SKII Facial Treatment Essence ni?

Gini...dulu kulit aku ada problem T-Zone.
Ala..yang minyak kat hidung kalau dikikis bleh buat minyak dagu gitu.
Pipi plak macam dry je. Tapi pas pakai SKII ni...Johnson&Johnson facial blotters tu, tak yah beli dah.
Tak gaduh nak beli Oil Control lotion ke, hape ke..

Tapi... jangan lak terpedaya ngan iklan2 SKII,
guna artis yang skin diorang punyala flawless, kulit licin lincap!
Macam satu parut pun takda, kan?
Oh no! Don't get deceived. Itu kalau dah kena laser..boleh la jadi kulit mcm baby.
FTE ni hanya untuk stabilkan kulit.
So kulit jadi lembab dan tak berminyak, takde masalah jerawat.

Sekali lagi diingatkan..FTE ni bukan untuk hilangkan parut atau mencerahkan kulit.
Hanya untuk menjaga keremajaan kulit okess?? Ha..paham kan?

Anyway, kelembapan kulit tu sgt penting!
Kalau kulit tak lembap, nanti cepat kedut, cepat nampak tua.
Korang nak nampak tua cepat ke?
Ha..kalau taknak..pi beli cepat2 menatang alah ni..(mcm paksa rela)

Aku ni jenih bangsa yg malas nak sapu moisturizer,
so FTE ni just tepek2 mcm nak tepek bedak sejuk je.
Senang sangat! Aku dah guna essence ni dekat 8 tahun dah...hehe.
Dan masih lagi pengguna setia gitu.

Kang lupa plak. Kalau korang beli set ni,
RM199 dapat SKII Facial Treatment Essence 75ml,
Clear Lotion 40ml, Facial Cotton Pad and satu Facial Treatment Mask.
Kalau takda promotion, mahal tau benda2 ni!
Awal tahun haritu, aku beli FTE yang kecik ni satu botol dah RM190.
Facial Mask tu RM60 berapa tak ingat. So dalam RM296 la total kalau beli ala-carte.
So, time ni la korang kena grab benda ni and try it for yourself.

Nota Kaki: Kalau botol 75ml ni, boleh la tahan 4 bulan. Kalau 150ml..setahun pun boleh.


Nair Hair Removal Cream



Penat dah aku mengikih bulu kaki dengan razor.
Pedih memanjang, sampai bengkak2, merah2 kaki aku dibuatnya.
Tiap kali pas shave, mesti kena sapu calamine lotion. Buruk benar!!
Macam worshipper time Thaipusam bawak kavadi.
Putih tampuk2...hushhh!




Aku sebenarnya mencari Veet, tapi tak jumpa.
Kebetulan ada jual yang ini, tulis plak 'for dry and sensitive skin'.
Haaa!!! Elok sangat la tu!

Katanya kena sapu sama rata (tebal)....not more than 15 minutes.
Ada disediakan applicator. Senang sikit keje.
Lepas 10 minit gitu, aku pun start mengikis. Hummm...not bad at all!
Takde merah2 kat kulit aku. GOJES!

Kat kotak tu ada dia tulis,
sesuai utk bawah ketiak, ngan kat bawah nu ha....ehehehe.
Oupss, jangan salah paham. Bikini lines aje yong!
Jangan ko sapu kat 'si manja' ko plak. Kang ada yg jalan ngengkang...AHAHAHA!!!

Okay....aku try gak kat bikini lines....errmmm...tanak la citer lebih2.
Aurat tu...hohoho! Malu weh!

Apa2pun...aku suka produk ni. Made in Australia, harga cuma RM25 aje.

Loreal De-maq Elixir Concentrate Ultra Make-up Remover






I'm tired of all this nonsense about beauty being only skin-deep. That's deep enough. What do you want, an adorable pancreas?


- Jean Kerr




Dulu yong pernah la jadi wedding make-up artist. Hence, sangatlah penting untuk yong tahu make-up remover yang bagus....ye la, tak semua bakal pengantin tahu cemana nak cuci mekap. Mana boleh pakai Biore ke, Clean & Clear ke....takde mananya clear. Asal berjerawat pas kenduri..salahkan barang mekap mak andam. Pehal??

Nak dijadikan cerita, yong terjumpa Loreal De-maq Elixir Concentrate Ultra Make-up Remover kat Parkson. Harga dia dalam RM20++ (tak ingat, dah lama). Masa first try kat muka sendiri....terkejut mak! Punyala power nyah!

Sapu sikit kat muka....pastu nampak mekap kita tanggal macam takde hal je. Bijak! Bijak!

Dah bilas, yong try la bubuh lagi remover ni kat muka, pastu wipe ngan cotton pad. Tsk..tsk..tsk...bersih! Haa...ni la orang cakap, 'alah membeli, menang memakai'.

Downsidenyer.....punya la susah nak jumpa!!!

Merayap serata alam nak beli sebotol lagi....sampai skang tak jumpa.Hishhh...depa ni, kalau dah barang elok, jual la kat banyak tempat sikit. Sorok2 pasaipa?