Nasreen Seafood, Port Dickson

Perancangan awalnya nak makan malam di Restoran Mayang Sari.
Yong pernah makan di situ, dan makanannya sedap2.
Terutama sekali hidangan Ikan Siakap Masak Stim.

Tapi rezeki tak menyebelahi kami, bila kami tiba di situ, restoran pula ditutup.
Dah sudah..Tak tahu nak makan di mana.
Minggu lepas kami dah cuba di Medan Ikan Bakar PD, tak menepati selera.

Yong mengambil keputusan untuk cuba cari tempat lain.
Kemudian kelihatan signage 'Nasreen Seafood'.
Ruang meletak kenderaan pun nampak luas.
So, why not give it a try.
Perut pun dah berlagu ni.



Perkara pertama yang menjadi perhatian Yong sefamili, "banyaknya lalat atas meja!"

Sentosa Singapore, an unplanned trip (LAKSA VERSUS LAKSA)

Bila Laksa Penang dinobatkan sebagai one of the World's Top Ten Food,
actually seventh among the most delicious food in the world
(according to CNN International Food Survey), banyak Singaporean tak puas hati.
Yong baca banyak blog yang gila2 condemned Laksa Penang.
Kata pungent la, tengik la, too sour la, not authentic la...

Sebagai seorang yang dibesarkan di Pulau Pinang,
memperlekehkan Laksa Penang adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.
Do not insult my feveret laksa ey!!
Singaporean kata Singapore Laksa gila2 punya best.
Addictive kata mereka.

Heshh...bukan nak cari gaduh dengan diorang pasal laksa.
Tapi Yong nak cuba rasa sejauh mana addictivenya Singapore Laksa sampai diorang hangen tak bley blah.

Ni laksa penang.
Pandang sekali lalu je dah kecur air liur.
Tu baru jeling2 pandang2. Belum ambik bau lagi.
Belum sentuh dengan sudu lagi.
Dalam mulut dah rasa basah.


Wanginya bau pudina..bau bunga kantan..daun kesum.
Pulak ada masam2 manis asam jawa berselang bau stok ikan segar.
Letak pula petis udang buat tambah manis kuah.
Emmm...panas2, masam2 manis, pedas2. KaPOWWW!!!


Tak pernah lagi Yong mengadap laksa dengan mulut kering.
Air liur dah otometik keluar bila nampak laksa.
Yang heran tu...nampak perkataan LAKSA pun..perut dah berlagu.
Kuatnya penangan Laksa Penang.

Then bila sampai Singapore, Yong mencari2 Singapore Laksa.
Bila pergi food court, ada la..tapi Chinese yang jual.
Halal ke tidak?

Pergi Orchard road, kat situ ada Asian Food Mall yang sarat dengan manusia.
Satu kerusi pun tak ada.
Tak boleh pun nak meninjau makanan apa yang ada kat situ.
Semua orang kebulur.

So Yong balik hotel, order Singapore Laksa dari room service.
Bila sampai...laaaa...
Ni macam mee kari daa...


Ada la prawn, fried tofu, fishcake, fishball..things yang kita letak dalam mee kari le.
Most of us pernah makan mee kari kan.
Kuah lemak, pedas2 sikit, manis2 sikit dek sambal tu.
Cuma mee kuning jadi mee laksa.

Honestly speaking, this is not addictive.
Yong pernah makan mee kari yang best masa kerja kat Astro circa 2003.
Yang tu sedap juga. Tiap2 minggu beli.
Tapi tak boleh lawan laksa penang la.

The thing is..tak banyak yang boleh masak Laksa Penang yang betul2 sedap.
Dulu ada satu stall dalam food court di SOGO KL.
Uncle ni punya laksa memang sedap sampai licin mangkuk.
Lepas SOGO buat renovation, uncle tu pun dah takde.
Frust weh! Kat KL bukan senang nak cari laksa penang yg betul2 menepati piawai.

Then dengan hati lara, pergi Queensbay Mall, Penang masa cuti.
Try laksa kat food court.
Dang!! Macam cerita Ratatouile.
Siap ada flashback gitu nyah~

Tapi, kali kedua pergi...dah tak sedap.
Rasa macam hampeh la pulak.
Ni yang nak marah..kejap sedap kejap sampah.

Oleh sebab itu Yong telahpun menemui resepi (bukan temui, actually memandai2 buat sendiri berdasarkan rasa) laksa yang kena dengan tekak Yong dan tidak menghampakan.
Rahsianya, ikan sardin atau ikan tamban, asam jawa (bukan asam keping), cili hidup (bukan cili kering).....etc.

Kesimpulannya...Laksa Penang dengan senang boleh beat Laksa Singapore.
*satu lagi laksa yang agak menarik bagi Yong. Laksa Sarawak. Rasa dia unik!*
.
.
.

Iftar at Gurney Hotel, Penang

Iftar with ex-schoolmate.

Photobucket

Setelah berita mengamuk disiarkan, marilah kita lihat tujuan utama Yong datang ke Gurney Hotel ni.
Sememangnya geram dengan pengawal keselamatan yang tidak ada belas ihsan. Bukan pengawal sahaja yang salah, pihak hotel sebenarnya yang patut lebih dipersalahkan kerana tidak menyediakan tempat meletak kenderaan OKU.
Inilah pertama kali Yong jumpa hotel yang gagal menyediakan tapak khas meletak kenderaan untuk pemandu yang kurang upaya. I will avoid this kind of hotel at all cost walaupun sedikit masa lagi my OKU title will be revoked.

My ex-schoolmate suggested this hotel for our iftar. Katanya dia ada kenalan yang bekerja di hotel ni and boleh la kami dapat diskaun bagai. (muka hadap diskaun..hahaha) Ye la...nak raya kena la save bajet weh. Biskut raya pun belum beli lagi. Dapur mak pula dah rosak. Kena beli setongkol dapur ntah berapa ratus pulak tu. Hahaha...mati gue..

Anyway, kalau Yong nak masukkan emosi marah pengawal tadi pada makanan2 yang bakal Yong hadap, Yong akan buat ulasan berat sebelah. So Yong cuba lupakan segala kontroversi dan tingkatkan prestasi..hehe.
Jom kita hadap makanan di Coffee House, Gurney Hotel Penang.

Photobucket

This is Lamb Chop with Miso Paste.
Yong tak tahu macam mana rasa Miso Paste sebenarnya,
tapi kalau takde label kat situ,
Yong rasa macam Lamb Chop tu drizzled dengan tomato ketchup + barbeque sauce.
Sweet and peppery. Not to my liking.
And lamb tu ada kureng sikit.
Dagingnya LIAT dan lemak pada lamb tu beku.
It should be juicy, bukan putih keras.
A bite of it, and my selera pun cabut lari.

Photobucket

While this photo of Chilli Crab really inviting, but the taste says otherwise.
Yong tak tahu berapa lama ketam ni direndam dalam air garam, sampai isi ketam ni masin.
And I was really frustrated sebab ketam ni tak fresh.
Isinya dah macam mashed potatoes. Lembik hancur.
Isi ketam segar sepatutnya terasing macam berlapis, dan agak sedikit kenyal.
Tapi memang Yong tak boleh hadap ketam ni sebab masin melampau!
Tak tertelan dek tekak.

Photobucket

Sushi yang dihidangkan juga tidak sesedap di Restoran Miyagi, Bangi.
Something's missing, and I'm not sure what was it.
Danish suka makan seaweed tu je. Isi nasi tu ditolak tepi.
Selera pelik2!

Photobucket

Ini apa yang dalam pinggan Yong.
Udang goreng tepung tu...well, udangnya juga tidak segar.
Kulit dan isi dah melekat.
Mungkin juga digoreng terlampau lama sampai rasa udang tu dah macam getah..boink! boink!
However, tempura dan barbeque chicken tu sedap dimakan.
Ayam tu still juicy and tender. Sama juga dengan tempura.
Rangup di luar lembut di dalam.

Photobucket

Photobucket

Main course was a wee bit disappointing, tapi Yong give thumbs up pada Pastry Chef.

Photobucket

This strawberry cake was absolutely delicious!
That top pinky part, teksturnya macam marshmallow only less chewy.
Sedap betul gigit kek ni. I'm not sure how to describe it in detail but I can tell you,
this is one of the cake that one will never forget.
The teksture was devine.

Not just this, banyak lagi dessert yang betul2 sedap.
Chocolate brownies jadi favourite Wafi.
Tak ingat berapa ketul dia makan tapi Yong pasti Wafi makan lebih dari 5 potong.
Manggo pudding pun sedap, and some others I can't remember.

Photobucket

Kalau diajak lagi untuk beriftar atau makan2 di hotel ini,
I might have to say no sebab ketiadaan tempat letak kereta khas untuk OKU,
parking yang menyusahkan (spiral parking ramp/ pusing 5 tingkat baru sampai tempat parking, RM5 per entry, non refundable)
dan seafood yang tidak fresh.

.
.
.

Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi



Restaurant : RED CARD CAFE
Location : 26A Jalan 3/70, Seksyen 3 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Type of Restaurant : Western Food

High Point : Delicious western food. Great pasta, amazing salads.
Low Point : Unattractive interior design, unfriendly staff.

Rating (out of 5 star)
  • Food Quality & presentation :★★★★
  • Service : ★
  • Price : ★★★
  • Food choices : ★★★
  • Atmosphere : ★
  • Restroom Cleanliness : N/A
  • Chances we'll go back : YES (for great food, of course!)
___________________________________________________________

Lama ooi tak update blog.
Sepanjang bulan puasa ni tak ada lah perkara interesting yang boleh di share.
Makan kat rumah, mak masak.
So takde lah variety sangat.
Bukak puasa makan nasi lauk ala kadar sudah.
Kuih muih nadai.
Bazir je.

Semalam terasa macam nak tukar selera.
Nak makan banyak2 sampai sebu perut.
Yong tak nak membazir bayar nearly RM100 for buka puasa feast,
makan bukan banyak pun. Not worth it.

So yang paling dekat dengan rumah, recommended by one of my fren,
Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi.


  2°56'14.89"N, 101°46'28.11"E



Yong dah buat early reservation untuk mengelakkan kekecewaan.
Kang Yong datang cara suprise visit kang, langsung takde makanan ke,
takde meja ke, tutup ke...naya je.

So Yong reserved table for 6 person, 3 adults 3 children.

Dalam pukul 7mlm, Yong bertolak dari rumah ke Red Card.
7.10 dah sampai.
Hummmm.....takde orang langsung.
Kitaorang je.
Yong dah mula risau.
Dah sudah....ada ke pun makanan ni.
Dalam kepala..janganlah diorang serve makanan semalam yang terbasi ke apa.
Maklumlah, takde pelanggan.
Tak nak makan makanan reheat semalam.
Perut Yong ni bukan tahan sangat.
Kat rumah pun, yang reheat2 Yong tak usik.

Nampak kan..takde orang.
Cemana diorang survive?



Dalam pukul 7.20 tu baru kitaorang meninjau lauk pauk hidangan kat sini.
Ni senarai apa yang Yong nampak semalam. Not bad for RM35 per person.

1. Agar-agar telur gula merah
2. Buah-buahan tempatan seperti cempedak (lemak dan besar kau! Manis sedap), Pulasan, Pisang, Tembikai Susu, Tembikai
3. Puding Roti (mak Yong kata sedap)
4. Lai Chee Kang
5. Potato Salad (the best!)
6. Coleslaw (lemak berkrim disukai ramai. Mewah dengan mayonaise)
7. Mashed Potatoes (sedap. Si Danish berulang tambah 3 kali)
8. Garden Salad
9. Bubur Lambuk dan condiments
10. Asam Laksa (tak menepati piawai Yong)
11. Tuna Pasta (best! best! best!)
12. Spagetti Bolognaise (not bad but a bit sweet)
13. Ayam Bakar, Daging Bakar and Ikan Bakar (daging bakarnya lembut)
14. Sayur Fucuk masak sup (mak Yong kata sedap)
15. Ayam Masak Gulai Kuning
16. Ayam Goreng Rangup (sedap juga)
17. Rendang Daging
18. Aiskrim 4 perasa (Vanilla, Chocolate, Strawberri and Raspberri?)

Maybe ada satu dua lagi makanan yang Yong tak senarai kat sini sebab Yong tak perhati betul2.
Bila dah bertongkat ni, nak tangkap gambar pun leceh, nak diri lama2 tengok makanan pun tak larat.
Argghhhh.....cepatla baik kaki ni!


Walaupun choicesnya tidak lah sebanyak macam di Balai Seni Lukis Negara,
tapi Yong puas hati juga sebab Yong makan sampai sebu perut,
parking depan kedai..tak susah2 menapak jauh
(Yong ni bertongkat, tak kuasa nak jalan jauh buat perit ketiak je)




Sambil menunggu waktu berbuka, my bff dengan penuh kesabaran tahap dewa,
melayan 3 budak2 tak paham bahasa ni.
Bebudak ni macam nak kasi hint kat mommy ni beli satu Blackberry Playbook atau Ipad 2.
Haihhh...nak buat laser lagi, nak beli menatang ni lagi.
Benkrap mak! Benkrap!!



Danish dgn Wafi makan bersungguh2. Berulang2 tambah makanan dalam plate.
Anak dara Yong pulak dah pasang cita2 nak jadi model bila besar nanti.
So dia tak makan apa2 pun.
Aiskrim pun tak nak.
Jaga kalori intake konon.
Cheh...


Yong harap cafe ni bertahan lama atau berpindah ke lokasi yang lebih strategik sebab lokasi sekarang tersorok ke belakang, almost tak nampak kewujudannya di Bangi ni,
except for those yang memang tinggal nearby atau yang rajin merayap macam Yong ni.
Kalau kawan Yong tak rekemen, idakle Yong rasa macam nak singgah sebab interior dia kurang appealing.

Rugi kalau cafe ni tak dapat tarik customer sebab seriously, pasta dia memang best.
I think their specialty is western food and they made it really good.
Please survive lagi lepas raya sebab Yong nak rasa pasta yang lain.
Please...please....
.
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini. 

Sweet Chat Mines Shopping Centre

Kalau rasa nak hang-out dengan kawan2 ala-ala high tea kat hotel tapi takde bajet hotel,
Yong nak suggest tempat ni.
Sweet Chat restaurant.

Photobucket

This place is good heaven for durian lovers (I'm trying to tantalize you guys!)
Yg tak fancy durian, boleh pilih menu lain yang banyak pilihannya.
Actually, yang tak suka makan durian pun leh jadi suka makan durian,
sebab this place is one of the kind.
All the durian desserts are absolutely so good,
it doesn't have that strong durian smell but it definitely has the exact taste of high grade durian.

Takpe..tak nak makan durian, menu lain pun ada.
Tapi for this entry, Yong nak merujuk hanya kepada DURIAN!!

Photobucket

Ni Sweet Chat Cafe at The Mines Shopping Centre Seri Kembangan.
Lepak je kat sofa merah sebelah terusan dalam Mines tu,
and enjoying the epitome of  perfection of these delicious durian desserts while chit-chatting with your dear frens.

Yong ordered Durian Indulgence which came with Durian Pancake,
Durian Ice-Cream, and Scone with Durian.
Sememangnya sedap especially eating scone with durian paste.
Rich, sweet, creamy!

Photobucket

Durian Pancake tu lebih sedap kalau dimakan dengan chocolate sauce, tapi semalam lupa nak mintak.
And that Durian Ice-Cream....Sophea menghabiskan bersungguh2. Kena ngan tekak dia le tu.
Aje yang best!
Harga, just RM10.90.

Photobucket


Anyway, although that cendol durian tu tak la sesedap Pinkberry Dataran Pahlawan,
tapi that bubur cha-cha tu memang kena sangatlah kalau dimakan dengan durian.
Woi..tinggi la kolestrol Yong pas ni.

Photobucket

This is a good place to hang out.
You may want to try the Black Pepper Beef Spagetti. Sedap juga.

.
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini. 

Mee Udang paling sedap di Bangi, Restoran Gulai Panas, Jalan Reko, B.B.Bangi

Mak Yong selalu pergi beli lauk kat restoran ni.
Katanya sedap sebab orang Kedah yang masak.
Ye la..kitaorang ni duduk Kedah dah 14 tahun, so lidah dah terbiasa ngan masakan Kedah.
walaupun asal kitaorang dari Perak.
Makanan Perak pun sedap2 especially Gulai Asam Tempoyak Ikan Baung.
Ouppss...kecur air liur!

Anyway, petang haritu bawak mak Yong jalan2..pastu lapar.
Ingat nak makan yang ringan2 je.
Laksa ke hapa.
Pusing punya pusing, mak ajak pergi makan kat Gulai Panas.

Tak susah pun nak cari kalau dah biasa dengan Bangi.
Kedai ni, kalau dari pintu masuk Econsave Jalan Reko dah boleh nampak.
Kalau yang tak biasa dengan Bangi pulak,
guna GPS coordinate 2º58"00.86"N 101º47'20.13" E

Photobucket

Photobucket

Dah duduk kat meja, nampak orang sebelah table tengah menghirup kuah yang nampak pekat dan merah. Ouhhh..macam sedap!
Depan mata nampak stall kecik tulis "Mee Udang/ Ketam"
Tengok pulak cara dia masak
Kalau order baru dia masak.
So kuah fresh kau!

Apa lagi..order semangkuk Mee Udang Special.
Tunggu 5-10 minit baru dapat sebab dia masak ikut order, so paham le kalau lambat.

Wahahahah!!! Memang sedap!
Tapi tak bawak kamera, so frust sebab tak dapat share kat fb.
Nekad kat hati nak datang lagi.

Makalah semalam, Yong bawak bff Yong.
Order dua mangkuk.
Kengkorang....ni le rupanya.
Jangan kata tak terliur..Yong yang dah dua kali makan pun rasa merecik-recik air liur tengok gambar ni..haihhh..

Photobucket

Ha? Tak jelas sangat yer gambar ni?
Takpe..takpe...meh dekat2 sikit sampai boleh cium bau manis udang segar ngan aroma cili giling.






Photobucket


Amacam?
Terliur kan?
Udang besau tu dik non!
Puas mengabihkannya.
Kuah tu macam mee jawa pun ada. Sweet, spicy and thick.
Portion pun banyak and mengenyangkan.
Udang yang digunakan memang fresh sebab setiap kali Yong hirup kepala udang tu (dah jadi habit),
memang rasa manis.
Dalam mee tu ada telur yang dah dimasak sekali dengan kuah, dan juga ada potongan sawi.
Harga semangkuk RM9.00 aje.
Tapi kalau ada limau kasturi potong lagi best sebab Yong suka kuah yang ada rasa masam2 sikit.


Then, depan kitaorang ada pakcik mengipas kepak ayam.
Nampak cam delicious, succulent and juicy jer...ouhh..
Lenkali nak try! Malam ni dah terboyak. Tak muat perut aih.

Photobucket

AFTERMATH.....

Photobucket

Sesudah makan, Yong hantar Sophea balik rumah, tinggalkan dia dengan opahnya,
Yong ngan bff Yong berdezup ke Putrajaya untuk terai-menerai lens 50mm yg baru beli minggu lepas..

Photobucket


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini. 

De hel ai care...lumpuh pun lumpuhlah...

Dah 3 minggu Yong kena lapah.
Luka kaki masih belum baik sepenuhnya.
Maklumlah..ni bukan first cut is the deepest,
ni dah sampai tahap dewa2 second cut is the longest.
Ada brani celen Yong part lapah melapah? I bet you not!
Bukan calang2 orang leh baring atas katil sepital 2 minggu, dengan 71 jahitan (klip),
pastu 3 weeks later..ronggeng kat Sunway Piramid! Hoho....

Sib baik la Yong ada bff yang sangat memahami jiwa dan nafsu Yong.

breep!BREEP!!!!!
Hoi..sapa suruh pikir kotor ha?
Choihhh!!!
(sengaja Yong underline. Saje nak kasi propa..haha!)

Ni nafsu makan, nafsu jalan,,,ngerti??
Mengikut kata seorang ahli sufi (sapa ntah),
perempuan dilahirkan dengan 9 nafsu, satu akal.
Maknanya apa?
Perempuan bodoh? (ada aku kesah?)
Oh....tidak2..tidak2...tidak...
Maknanya perempuan ni multitasking and good in diversion.
Time dia nak guna akal....all the nafsu leh tolak tepi.
Kalau compare ngan laki..yang akalnya banyak, nafsu nya satu.
Kenapa akalnya banyak?
Sebab kalau kasi satu..lagi bengaplah ia...hahaha!!!
No offense boys....just joking.
(but seriously, korang memang lemau kalau takde GPS Navigator, Manual Instruction atau...personal advisor.)

Ok..kembali kepada melayan nafsu makan,
Yong ditolak dengan penuh kepenatan oleh bff Yong,
tawaf Sunway Piramid.
Tujuan utama ke mari..ialah nak makan Cendol Durian Melaka.

Few months before,
Yong buat entri Cendol Durian Melaka, ouhh...my feveret (sambil liuk2 tangan gaya Usop Wilcha),
review berkenaan satu stall kat Dataran Pahlawan Melaka yang jual cendol durian yang absolutely delicious. Then tak sangka, owner shop tu contact Yong and bagitau yang dia ada newly open stall kat Asian Avenue Sunway Piramid.

Tanpa membuang masa..(sebelum bulan puasa menjelma),
Yong ajak bff Yong pergi merasa. Sedap ke tak.
Kalau sedap...tak yah drive 2 jam ke Melaka.

Photobucket

Ni le adik beradik Pinkberry Dataran Pahlawan.
Justberry namanya.
Tapi kalau korang tengok mangkuk yang diorang guna,
masih mengekalkan nama Pinkberry.

Photobucket

Photobucket


Alahai..lupa lak nama Mangga Desert ni.
Maybe Manggo Loh-Loh?...
(hehe, memandai memang ko terer nyah!)

Anyway...kitaorang agak frustrated sebab cendol Justberry tak se'best' Pinkberry dari segi kuantiti mahupun rasa.
Tak tahu silap kat ner. Kurang ais sudah pasti.
Maybe kurang kuah santan juga.
Memang frust sangat2!!!

Dah la datang berwilcha,
...teringin nak makan, tapi sadly tak menepati piawai.
Takpelah..rezeki hari ni macam ni aje,
hadap je la dengan rela hati....


Photobucket


Yong tak reti nak tweet, cuma tahu update status dalam fb.
So, tu tengah menghapdet le tu.
(bila la aku nak hapdet-menghapdad pakai Ipad 2 nih?)


Photobucket

Sesungguhnya, menikmati makanan adalah kunci kebahagiaan..ngeh~ngeh~ngeh!
.
.
.

Restoran Sudu, Bandar Baru Bangi

Restaurant : Sudu
Location : 41 Jalan Seri Bangi, 8/35, 43650 Bangi.
Type of Restaurant : Malay food

High Point : Fast service in taking orders, entertain request 
Low Point : Unattractive interior design, slow serving speed

Rating (out of 5 star)
  • Food Quality & presentation :★
  • Service : ★★★
  • Price : ★★★
  • Food choices : ★★
  • Atmosphere : ★
  • Restroom Cleanliness : N/A
  • Chances we'll go back : ★

Jalan2 cari makan hari weekend.
Tengah pusing2 tu, nampak lak ada newly opened restaurant di B.B.Bangi ni.
Restoran Sudu.
Tarikannya...Nasi Beryani Batu Pahat.

Tanya Yop, nak try tak?
Belum sempat Yop jawab..Yong dah zerass masuk simpang nak ke kedai.

Alamatnya : 41 JALAN SERI BANGI, 8/35, 43650 Bangi, Malaysia

Photobucket

Ada juga menu2 goreng, tapi sebab banting Nasi Briyani tu besar sangat,
so supposedly this is the in house specialty la kan?

Harga Nasi Briyani Kambing, RM 9.00
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah RM 7.00
Papadom RM 1.00

Haihhh...papadom patut tak yah la nak charge asing.
Cam kedai mamak la pulak.

Kitaorang order Nasi Briyani Kambing 2,
Nasi Briyani Ayam Goreng Berempah 1,
Maggi Goreng 1,
Teh O Ais 2, Sirap 1, Ais Kosong 1.

Photobucket

Ni dia kambing briyani, portionnya tak la banyak mana.
Kalau nak compare dengan Nasi Briyani Anje kat Seksyen 15, memang jauh beza la.
Tapi kat sini, dagingnya lembut. Tak liat.
Sebab kekadang kat Anje tu...macam nak tercabut gigi menarik daging dari urat.
Anje masak kambing tua kot.

Kuah kambing ni slightly sweet. Not to my liking although daging tu empuk lembut.

Photobucket

Kuah Dalca: Cair, kurang dhal, kuantiti hidangan sikit.
Acar Timun: Manis, kurang cuka, kuantiti hidangan sikit.
Nasi briyani: Kering, rempah2 kasar, butir nasi tidak pecah, lembut, kuantiti hidangan sikit.

Kitaorang ada juga order maggi goreng tak pedas untuk budak berdua ni.
Maggi tu laaaaaaaaama sangat nak siap.
Sampai Danish ngan Pia merungut tanya mana makanan diorang.

Photobucket

Lepas makan yang tak berapa kenyang ni (sebab nasi yang dihidangkan tu agak sikit),
kitaorang balik rumah dulu..mengular dalam sejam,
pastu meredah traffic jam di PLUS highway menghala ke Port Dickson.

Initially, kitaorang ingat nak makan seafood after main2 kat beach.
Tapi lain lak jadinya...hehe. Apakah itu?
.
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini. 

Nasi Bubur Kampung Baru, LA. Medan Selera

Restaurant : LA Medan Selera
Location : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Type of Restaurant : Melayu, Siam, Kelantan, Indon, Western

High Point : Fast service (taking orders, entertain request)
Low Point : Dirty environment (rats and cats and dunno how many more pest walking around the surrounding area), staf buat muka kerek bila Yong suruh tapau makanan yg tak habis. 
Loh..tak kan nak bazir kot?

Rating (out of 5 star)
  • Food Quality & presentation :★★★ (food presentation is appealing)
  • Service : ★★★
  • Price : ★★★★
                                        (it's really cheap considering the amount of food
                                         we've ordered)
  • Food choices : ★★★★ 
  • Atmosphere : ★
  • Restroom Cleanliness : N/A
  • Chances we'll go back : ★ (avoid diarrhea at all cost!)


Petang tadi lepas hantar baby Yong si Wafi jumpa Wan ngan Aki,
Yong ajak Yop ke Kampung Baru.
Lama sangat tak makan bubur.
Last makan rasanya dua tahun lepas kot?

Maklumlah..bukan senang wey nak dapat parking kat area ni.
Segala ceruk ruang orang cuba2 parking.
Pastu jalan sempit..berselisih kereta mau calar balar.

Nasib baik kitaorang sampai situ dalam pukul 5ptg.
Orang belum balik kerja, lapang sikit area tu.
Dapat parking betul2 depan kedai makan.
Kitaorang memilih untuk makan kat sini.

Photobucket

Condition kebersihan kedai tu tidaklah memuaskan.
But, what do you expect from Kampung Baru kan?
Tikus memang macam kucing la..merata2.
Still...sanggup gak Yong ni gi makan kat sini.
Memang gila!

Photobucket

Anak2 Yong si Danish and Sophea sedang amused themselves while Yop mengejas parking kereta.

Photobucket

Untuk membuktikan yang Yong memang melantak kat kedai ni,
ni alibi Yong. Ha...kenapa, tak percaya?
Tak makan nasi ke?

Photobucket

Ada macam2 kedai dalam ni, tapi Yong hanya berminat nak makan bubur.
So Yong order bubur untuk makan 2 orang, tapi lauknya macam makan 6 orang.
Di bawah ni segala gambar makanan2 yang sampai kat meja Yong.

Telur Masin (Salted Duck Egg)

Photobucket


Ikan Salai Manis (Sweet Smoked Fish)
Kalau nak makan lain kali, tak yah amik ni.
Liat nak mampus! Tercabut gigi kacip dan geraham sekaligus.

Photobucket



Daging Salai Manis (Sweet Smoked Beef)
Aku pun tak sure ni sotong salai ke daging?

Photobucket



Kailan Ikan Masin (Chinese Kale fried with salted fish)
Bolehlaaaa....ada rasa and kailan pun bukan daun tua yang liat2 tu.
Ni sedap2 pucuk muda.

Photobucket



Sambal Ikan Bilis (Dried Anchovies Sambal)
Tak la sedap sebab tak pedas. Yong nak dia pedas kick sebab bubur tu tawaq hebiaq!

Photobucket



Lobak Masin (Salted Parsnips)
Baru Yong nampak ada semut dalam lobak ni. Masa makan tadi tak la plak nampak.
Chis! Benak hotak 40 hari. Patutla cam takde idea je nak merapek.
Yishhh!!!

Photobucket



Sotong masak Kunyit (Tumeric Calamari stir-fried with vegetable)


ni tak order..saja2 letak gambar kat sini..

Photobucket



Telur Pink (Herbal Eggs)


ni sebenarnya telur pindang. Tapi kaler pink?

Photobucket

Dan segala yang kitaorang makan ni..semuanya berharga RM32 sahaja.

Photobucket


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.