I'm officially free from facebook...yeay!
Melepaskan fb seperti melepaskan jawatan hakim, peguam, pendakwaraya, 
wartawan, jurugambar, ustazah, pakar motivasi, pakar psikologi, guru, chef 
dan askar tanpa senapang. 
Such a relief!
Sekarang ni aku cuma memegang jawatan anak, isteri, mak 
dan penulis picisan yang tak peduli pun orang like atau share. 

Rasanya la, 
sepanjang aku menggunakan fb, banyak gila dosa percuma aku. 
Dah la aku ni bukannya husnuzon sangat macam orang lain. 
Ada je bisikan jahat kat telinga aku menghasut aku untuk mencari kesalahan orang lain. 
Macam lah aku ni syumul sangat. 
Macam lah aku ni sempurna sangat. 
Orang share gambar vacation di oversea, pakai winter jacket, 
aku yang panas. 
Orang share gambar makan2 di restoren mewah, 
poket aku rasa terbakar. 
Orang share cerita saat2 bahagia, aku yang menderita. 
Pehal kau? 
Padahal, aku bukan jenis kisah pun hal orang. 
Tapi bila di fb, secara automatik, perangai buruk tu muncul. 
Hantu betul!

Sekarang ni aku bersantai2 dengan tenang tanpa perlu join cyberwar.
Kalau menang perang dapat tanah, tanpa la jugak.
Ni ngabihkan data aku, mengabihkan pahala aku, 
mengabihkan masa aku.
Sumpah, banyak betul pembaziran berlaku masa aku berfb tu.

Bukan tu sahaja, hampir sepanjang masa aku rasa aku hidup dalam penipuan.
Di dalam fb, aku gambarkan betapa sempurnanya aku.
Akulah isteri yang sempurna
Akulah ibu yang terhebat
Akulah anak yang solehah lagi mithali
Akulah rakyat Malaysia yang setia pada Rukun Negara
Aku
Akulah yang bersifat narsisistik.
Riak, takbur, sombong, bongkak
Aku, Aku, Aku
Orang lain salah
Aku je betul
Dahsyatnya peribadi aku!

Aku tak pernah sempurna
tapi dengan facebook
aku lebih hina