Bukan sekali aku dengar rungutan tentang pekerja Melayu kita ni. Malas, demand pun lebih2. Kerja takda kualiti. Ala kadar. Masalah sikap ketuanan tak kena tempat.

Contohnya, ini baru terjadi tidak lama dulu.
Aku tawarkan peluang kerja sebagai pembantu rumah dengan
gaji RM800 sebulan,
kerja dari pukul 7 pagi hingga 3 petang.
5 1/2 hari seminggu (ada hari half day),

Tetapi.... yang nak terima tawaran kerja tu
tak nak mandikan budak (anak aku dah 5 tahun, memang mandi sendiri pun),
tak nak masak,
tak nak angkat barang berat2,
tak nak ditinggalkan seorang mengasuh anak2.

Dah tu, nak jadi bos ke pekerja ni?
Ingat laki aku dapat RM800 untuk bayar gaji sebulan dia tu, goyang kaki je ke kat pejabat?
Melampau bebenar aihhhh...

Bila aku tanya nama penuh makcik yg nak minta kerja ni, beserta nombor majikan terkini/terakhir,
katanya aku BANYAK SONGEH dan terus dia membatalkan niat untuk bekerja.
My pleasure la makcik oii. Belum start kerja dah acting diva, dah kerja nanti, berlagak jadi maharani pulak.
Buat aku panas hati je.

Biarlah rumah sepah macam kapal langgar terumbu karang.
Biarlah aku tak sempat letak krim malam sebelum tidur sebab penat melampau2.
Biarlah anak2 aku makan nasi bungkus sesekali sebab aku dah nak pitam mengemop rumah seharian.
Janji aku tak bayar RM800 pada seseorang yang pemalas, mengada2.

Aku sangkakan selepas makcik tu menolak tawaran aku sebab aku banyak songeh, tapi keesokkan paginya dia menghantar sms mohon supaya aku pertimbangkan semula tawaran yang aku bagi. Dia memang perlukan kerja sebab katanya dia ibu tunggal, anak pun tengah belajar di universiti, perlu dibiaya belanjanya.
Walau apa pun alasan yang diberi, hati dah tertutup makcik weh. Tak nak nanti half way kerja, komen macam2, minta loan, cerita masalah keluarga dan sebagainya.


Ni kalau buat drama mau best tengok. Heh.