Hari Jumaat aku dah bersiap sedia dengan soalan cepumas untuk doktor kesayangan lagi disayangi.


"Doktor Wong, tomorrow I want to go out. Dating with my husband. Can arr?"
"Can... What will I get if I allow you to go out?"
"Ha? You need me to pay ah?"
"No la... I'll prepare the AOR (no idea what is the abbreviation for). 
Have fun!"



"Yeaa...thank you doctor! Love ya!"

No..takde pasal aku nak cakap love ya doctor. 
Aku still bini orang.

Jangan buat pasal.

Hari Sabtu, pepagi lagi aku dah masuk bilik air.
Kalau hari biasa..pukul dua  petang pun belum tentu aku dah mandi.
Sejuk. Bilik aircond. Manada peluh.
Tak mandi 2 hari pun takde bau kepam lagi.
Masih harum.

8.30 pagi arakiannya aku pun bertolak dengan him 
(my only hubby. I wish I have 4 of them...hahaha.)
Syiok gak.

Mesti lagi banyak aku leh pau..nyiow nyiaw

Sampai IKEA pukul 8.45am. 
Damn! 15 menet je dari PPUM ke IKEA rupanya.
Boleh pergi selalu gini.

Dah sampai, pintu IKEA masih berkunci. 
Aku fikir, kamilah manusia terawal tiba.
Mesti best tak yah beratur nak dapat meatballs jap gi.


Pengalaman indah di IKEA.
Kesunyian itu menakjubkan.

Oleh kerana aku tiba sesudah solat dhuha, 
maka tidak banyaklah manusia melata di sini.

Dah awal2 macam ni,
yakin akan dapat makan meatballs.
Kerat jari la kalau tak dapat.
Heh!



Meatballs....meatballs....
Terbayang2 meatballs, gravy, lingonberry jam and french fries
and more meatballsSSSS



Haiyaa...even the earliest couple on earth couldn't beat this crowd.
Y'alls datang pukul berapa? 
Aku dtg sebelum pintu dibuka, tau tak?
Diorang ni tidur dalam IKEA ke?


Me wearing Shawl Stripey Nawara by WONDERBUTIK
RM69

That nice colourful macrame bag tu him beli di Papua New Guinea.
Harga PNK 102, equivalent to RM 150

Haihh...punya la jiwa meronta nak makan meatballs,
rupanya pepagi tak jual bola2.
Yang ada, cinnamon bun? popiah, bihun goreng (tak sedap),
dan kepak ayams.

Menyesal datang terlalu awal.
Early bird gets the worm.
Worm apanya..bihun ada la.


Aha! 
Mari menshopping.
Both of us melilau ke The Curve and 'ter'masuk ke Niichi.

Here, I was trying to match my Button Tent Maxi Dress by THEPOPLOOK
with whatever tops yg menarik di sini.

Ding!

Aku rasa macam menarik di mata aku.
Okeh!
Amik yang ni!


Another piece to try on.

Ok, aku suka yang ni juga.
Tapi tak beli.
Sebab..tak saiz.
Ni saiz M..mak ni pakai S.


Ha kau! Baru beli, terus masuk tandas.
Bertukarrr!!!

Tadaaa...my dress is now looks more chanteks dgn new tops by Niichi.
And...what I love about shawl Nawara,
warna kain kat kepala tu pun boleh bertukar.

Cuba tengok gambar2 awal, warna kain (bukan yg maroon tu, yg tu permanent),
Kan ke mula2 kaler peach.
Tetiba jadi ijo.
Hoho..magic shawl.

Silap satu je time menggayakan tops ni.
Sepatutnya aku pakai arms inner.
Tskk..tskk..aurat..aurat..


Ni kakak aku.

Ye, tau..apsal lain sangat muka kan?
Dah, nak buat cemana.
Ko ngan kakak ko muka sejibon tak?
Lain la you kembar kan.

Kakak suka sangat nagging aku.
Kekadang aku rasa dia macam nak cekik2 aku kalau aku degil.
Ye, aku punya kakak yg super garang gangnam style.



We decided to have our lunch at TGI Friday's The Curve.
Aku order Garlic Spagetti Vegetali.
RM19.90

Sedap! Aku suka.


Kakak order Tuna Wasabi Salad.
RM26.90

Salad ini sungguh la sedap.
SEDAP
Ye, huruf besar untuk bagi anda nampak.
Ianya memang SEDAP!

Tapi aku tak rasa pun ada wasabi.


Yang ni aku tak tau apa namanya.
Tapi tak best lah.
Sebab tu the name not worth to remember.

Sebelum pulang ke istana hinggap aka Pusat Perubatan Universiti Malaya,
aku ajak him tengok SUBARU.


Ada contest HOLD IT, KEEP IT
Pemenang akan membawa pulang kereta Subaru tersebut 
kalau berjaya tahan 
tak solat, 
kencing, 
berak, 
letih berdiri 
selama yang mungkin.

Kalau aku join contest tu, mesti menang.

One..sebab aku tengah menses..hoho.
Two, sebab aku pakai wilcha, duduk je pun..tak letih..haha
Three, sebab aku boleh tahan kencing mcm tikus..hihi
Empat, sebab aku berak sekali sehari je, pepagi buta...har har har

Confirm that Subaru is MINE!
.
,
,
,

Humm...
bila pikir balik
aku rasa tak tak leh menang
sebab 

aku tak tahan lapar

loser


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.