Setiap kali muncul cuti sekolah, kepala jadi serabut.
Mana lagi nak Yong bawa anak2 pergi bercuti ni.
Yang tak seronok bila musim cuti sekolah, kebanyakkan tempat dikerumuni orang ramai.
Hotel fully booked, theme park toksah cakap la.

Google punya google, booking sana sini (pakai air liur je)...finally jumpa lokasi yang menarik.
Pulau Gemia.

Last school holiday Yong bawa anak2 ke Pulau Lang Tengah.
Memang mabeles, ohsem, superb, fantastic, excellente!
Not sure about this small tiny island next to Pulau Kapas.
Well, why don't we give it a shot, kan?


Payment made, luggage are packed accordingly. Mari bergerak.
Kali ini Yong tak berani nak travel by plane lagi sebab haritu kaki Yong bengkak.
Maybe sebab high pressure dan saluran darah Yong di kaki ni bukan elok sangat pun selepas multiple surgeries.

Isi tangki minyak kereta penuh2 dan mulakan perjalanan.
Yong jadi driver dan penyanyi. Yop duduk sebelah jadi tukang karut.
Mengarut le apa2 pun, Yong tak kisah. Janji jangan berkeroh tidor sudah.
I don't like silent company.

Perjalanan dari Bangi menuju ke Marang, Terengganu biasanya mengambil masa 6-7 jam.
Tapi bagi kes Yong, 10 jam kau!
Kenapa 10 jam?
Begini ceritanya....


Yong tak boleh nampak durian. Dah memang paham sangat, kalau lalu je highway Karak,
mesti ada orang jual durian tepi jalan.
So Yong stop untuk mengadap Musang King.
Sadly, durian ni agak lama. Bukan durian baru. Dah ada sejatan air.
Kuranglah sedapnya.
Walaupun tak sedap, tapi habis gak sebiji.

Tiba di Marang dalam pukul 1 pagi.
Mula2 Yong ingat nak menginap di Riyaz Heritage, tapi sampai ke sudah tak jumpa mana hotelnya.
So Yong decided nak tidur je di Hotel Seri Malaysia, Marang.

Haihhh...hotel yang menyedihkan.
Dah la tu, kena pulak menapak 3 tingkat (takde lift weh).
Terpaksa la Yop dukung Yong sampai ke atas.
Terasa romantik jap walaupun Yop tidak berkongsi perasaan yang sama.
:-(

Esok harinya dalam pukul 10 pagi Yong sekeluarga bergerak ke Jeti Pulau Kapas,
yang hanya 5 minit jaraknya dari hotel.



Masing2 sakan bertopi bagai. Tapi sampai kat pulau, topi tak berusik langsung.


Perjalanan ke Pulau Gemia dari Jeti Pulau Kapas, Marang hanya mengambil masa 15 minit.
15 minit tu pun dah panjang doa dalam hati. Jangan la capsize bot ni.
Wafi macam Yong, takut air. Jadi kitaorang berdua berpeluk sakan sepanjang ride dalam bot tu.
Muka pun tak boleh blah. Muka cuak sampai ke sudah.

Akhirnya...nampak sudah tempat yang ingin dituju.
We finally arrived at Gem Island Resort & Spa.
Let's start our tropical island holiday!