Rasanya dah terlampau lama aku tak memegang kitab suci Al Quran.
Ada terkadang sahaja meluangkan masa membaca surah Yassin.
Itupun dari buku yang kecil, bukan buka kitab tu sendiri.

Ilmu membaca Al Quran dah makin hilang kerana lalainya aku mengejar keseronokan duniawi.
Astaghfirullahalazim...apa nak jadi ni Zeeda?

Puas mak berdoa supaya anaknya ini kembali ke pangkal jalan.
Sampai ke Mekah orang tua tu pergi.
Setiap tempat yang dikatakan doa jadi mustajab, semua dia singgahi.
Dengan harapan anak dara dia yang sorang ni berubah.
Alhamdulillah, doa seorang ibu tidaklah Allah sia-siakan.

Niat untuk mendalami semula ilmu membaca Al Quran mula datang menyentuh hati.
Tapi tidak ada peluang untuk ke masjid menghadiri kelas tajwid.
Kekangan masa membatasi niat.

Tapi itu bukan lagi alasan untuk tidak mahu belajar.
Ilmu Al Quran Qalamullah itu adalah ilmu yang paling tinggi nilainya.
Malang sekali jika selama hidup ini, aku tak mendalaminya.

Kebetulan, sedang melayari laman facebook, aku ternampak iklan 'Quran ReadPen'.
Ramai yang memberi testimoni memuji kegunaan ReadPen bagi mempelajari cara membaca Al Quran dengan betul. Aku lihat sendiri video klip yang disediakan.
Humm..memang berbaloi untuk dibeli.
Lantas, aku memesan 2 set. Satu untuk mak, dan satu untuk aku.


Dengan harga RM299, aku memesan terus dari supplier. Walaupun ada bermacam2 jenis Quran ReadPen di pasaran, juga ada yang jauh lebih murah, tapi aku lebih berminat dengan pakej yang disediakan oleh syarikat ini.
Lebih banyak pilihan Qari, bacaan sebutan demi sebutan untuk memudahkan pembelajaran,
juga terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Selain dari itu, pakej ini juga mengandungi booklet doa dan surah2 lazim,
serta travel card yang memuatkan semua 114 Surah.
Bawa kad, bawa readpen dan earphone..and you are ready to go. Genius!

Let's open the box, shall we?


Didatangkan dalam kotak mudah bawa (ada pemegang),
pakej Al Quran ni diletak di dalam kotak dengan susunan yang kemas dan menarik.


Di dalam kotak mudah bawa ni mengandungi senaskah Al Quran Digital, Read Pen, Charger, Earphone, Surah Index (Travel Card), Qaida Nooraina (booklet berisi doa harian, tunjuk ajar solat dan surah2 lazim) dan kad waranti untuk setahun.


Read pen berkuasa bateri boleh cas semula ini dapat bertahan selama seminggu sebelum perlu dicas semula, jika kita menggunakannya lebih kurang sejam sehari untuk membaca atau mendengar bacaan Al Quran.

Material yang digunakan agak baik kerana nampak ianya bukan dari jenis yang mudah pecah.
Speaker pun mengeluarkan bunyi dengan jelas.
Hanya guna pen ini untuk menunjuk ayat yang ingin didengar/dibaca, akan kedengaran alunan bacaan Al Quran yang indah dari qari pilihan kita.


Kita boleh memilih untuk mendengar suara qari yang mana yang sedap di halwa telinga kita.
Setelah mendengar bacaan tersebut,
kita boleh terus memilih untuk mendengar terjemahan ayat yang telah dibaca.
Samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, terpulang kepada kita,
yang mana kita fahami dengan lebih jelas.


Surah Index atau aku panggil ini sebagai travel kad, adalah kad bersaiz kecil yang boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu membawa senaskah Al Quran. Cuma bawa ReadPen, earphone dan juga Surah Index ni, and boleh mendengar alunan bacaan AlQuran tanpa henti. Cuma tunjuk sahaja surah mana yang ingin anda dengari, tunjukkan dengan ReadPen, dan bacaan pun bermula.

Ha..ni kalau yang penakut ya rabbi, balik kampung malam2 asyik cuak takut hantu (hahaha..gelak dulu),
bawa kad ni dan pasang dalam kereta atau dengar sendiri untuk mengurangkan rasa takut.


Juga disertakan bersama pakej ni adalah Qaida Nooraina (booklet) yang mengandungi pelbagai ilmu tambahan kepada kita.
Dapat mempelajari Iqra dan Tajwid, serta beberapa bacaan doa harian, beberapa surah lazim, sehinggalah kepada bacaan dalam menunaikan solat.

Sememangnya tidak rugi walau sesen pun untuk membeli Quran ReadPen ini. Dapat digunakan oleh seluruh ahli keluarga. Walaupun mak aku memang pandai membaca Al Quran dengan tajwid yang betul, tapi dia masih berminat untuk memiliki set ini, apatah lagi aku yang ilmu tidak seberapa ini.

Kita bersungguh2 menyimpan wang bagi membeli smartphones, laptop, Ipad yang harganya melebihi ribuan ringgit, tapi beratkah hati untuk membeli senaskah Al Quran yang mengandungi ilmu Allah untuk bekalan akhirat.

Aku manusia yang jahil tetapi tidak mahu terus dalam kejahilan.
Bukan mudah untuk berubah, kepada Allah swt aku memohon kekuatan dan ketetapan hati untuk mengingati kehidupan yang kekal itu nanti. Amin.