Lokasi restoran ni bersebelahan dengan Restoran Sup Urat Ketin,
berhadapan sekolah Rendah Seksyen 7, B.B.Bangi.
Restoran ni jadi favourite Yong kalau nak beli lauk tengahari atau lauk berbuka masa bulan puasa.
Pilihan lauk yang lebih dari 30 jenis, rambang mata dibuatnya.

D pagi cuti hari minggu je, restoran ni penuh dengan famili.
Juadah yang menjadi pilihan keluarga adalah nasi kerabu, nasi dagang, laksam, roti canai.
Kuih2 pun tak terkira banyaknya.
Orang Kelantan memang suka la tengok kuih kalerpul, bulat2, manis2.
Yong yang northern ni pun menyibuk gak menyantap kat sini.

Tapi Yong tak pernah dinner di sini.

Malam kelmarin lepas balik dari Alamanda, Yong nak cuba hidangan malam.
Mak order Sate Ayam 10 cucuk, Yong order Sup Ekor,
Danish ambik Mi Hailam dan Pia makan Udang Goreng Tepung.


Mi Hailam ni biasa je rasanya. So-so.
Tak berapa kick.
Walaupun udang, sotong, ayam dilambakkan dalam mi ni,
tapi masih belum cukup untuk Yong kata kan yang mi ni terbaek.
Makan gitu2 je.


Seperti maklumat yang diconteng atas gambar di atas,
sup ni memang masin tercekik. Selalunya ok je.
Mungkin dah lama sangat panaskan, dari siang sampai ke malam, tu yang jadi masin tu.
Kalau Yong tak silap, agak banyak juga potongan ekor dimasukkan dalam sup ni.
Dalam 6 ketul, atau lebih.

Sate ayam yang dihidangkan agak sedap, begitu juga dengan kuahnya yang pekat.
Yong lebih suka rasa sate ini berbanding dengan Sate UK (Urat Ketin) yang menjadi hit di kawasan Bangi ni.
Sate Hj. Samuri pun sudah makin menurun popularitinya kerana kualiti yang semakin menurun. Adakalanya, kuah yang dihidangkan dah pun berbuih.
Bila balik rumah, mesti sakit perut, cirit-birit.

Sambil menikmati makanan, datanglah seorang budak lelaki,
bersongkok, dalam lingkungan 12 tahun,
memegang sebotol kismis dan resit derma di tangan.

Biasa kita jumpa golongan peminta derma seperti ni di tempat makan.
Bila ditanya, katanya derma untuk sekolah agama.
Di mana?
Kebanyakkannya di Kedah.
Tiba-tiba mak Yong pelawa budak ni makan Udang Goreng Tepung.
Mula2nampak budak ni teragak2 nak ambil, tapi mak Yong pujuk juga,
dia pun ambil seketul.

Dan Yong pun sedekahlah sedikit wang, tanpa meminta resit.
Tak payahlah. Kalau nak masuk poket sendiri pun Yong tak kisah.
Kesian budak ni, masih kecil tapi kena berjalan jauh meminta wang.

Lepas dapat duit derma, dia terus duduk di meja belakang Yong dan makan udang tu.
Tak sangka yang budak ni betul2 lapar.
Kemudian dia bangun, masuk dalam restoran, sambil tunjuk2 meja Yong.
Apa pulak budak ni?


Laa...rupanya, dia rasa udang goreng tepung tu sedap sangat,
dia order sepiring untuk dia makan.
Aduh...hiba hati ni.
Budak sebesar ni dah kena berdikari tanpa mak ayah di sisi menemani,
sedangkan anak2 Yong dimanjakan sangat dengan makanan yang sedap2 hampir setiap hari.

Jika anda dikunjungi dengan kanak2 ini yang meminta derma,
cubalah pelawa mereka makanan yang ada.
Ataupun jemputlah mereka duduk dan pesankan makanan untuk mereka.
Allah swt sangat menyukai hambaNya yang memberi makanan kepada mereka yang lapar, lebih2 lagi kepada kanak2. Insya' Allah, dimurahkan rezeki olehNya. Amin.
.
.
.