Nak cari gulai ikan patin tempoyak yang sedap sehingga menjilat jari, mana lagi kalau bukan di Temerloh.
Ikan patin yang segar, diternak dalam sangkar Sungai Pahang memang sedap kalau dimasak tempoyak.
Bubuh banyak2 tempoyak..baru kick kapoww!!

Ahad kelmarin Yong ke Temerloh nak ambil anak kecik Yong, si Wafi.
Dah sebulan lebih dia tinggal dengan aki/embong dia.
Mak ni dah rindu sangat2..



Sebelum singgah ambil anak,
singgah dulu di Gerai Lurah Semantan Temerloh.
Lokasi gerai ni berhadapan dengan Sungai Pahang.
Sambil makan boleh renung sungai...(tapi tak juga, pokok2 besar tu halang view sungai)

Anyway, kalau dah masuk sesuap nasi berkuahkan patin tempoyak,
bukan setakat sungai Pahang yang gah tu...suami yang hensem depan mata pun dah tak nampak.
Sedap oiii!!


Nasib baik la Yong datang dengan Yop dan anak2..jadi bersopan le sikit rupanya masa makan.
Kena suap anak2 makan dulu, baru mak boleh makan.
Tapi dalam suap anak tu...hati dup dap tak sabar nak belasah lemak patin ni.


Saiz periuk yang berisi Patin Tempoyak ni..cukup memuatkan 30 ekor patin sekali masak.
Masa Yong datang..ada dua periuk penuh.
Yong sampai di gerai tu dalam pukul 3 petang, dan Yong rasa itu periuk yang dimasak untuk sesi petang.
Sebab kalau tengahari punya, pukul 2 dah licin periuk.

Walaupun hari dah berlabuh petang, pelanggan tak putus datang.
Dalam pukul 4 petang, gerai masih sesak dan ada pelanggan yang terpaksa berdiri menunggu meja kosong.


Selain daripada tarikan Patin Tempoyak, pengunjung juga must try Air Jagung Special yang super ever delicious!
Bukan air jagung biasa berwarna kuning tu.
Dalam gelas tu, mula2 dimasukkan dalam 2 sudu besar creamy corn with syrup, lepas tu masukkan susu pekat manis, then ice shave.
Rasa dia...lemak, sedap, secukup rasa manis.
Sangat addictive!
(maaf tidak ada gambar sebab Air Jagung datang masa Yong tengah pelahap lemak ikan patin..slurrp!
Jadi tak teringat nak pegang camera)



Untuk 2 potong patin tempoyak, ulam pegaga dan kacang kelisa, sambal belacan, nasi 3 pinggan, daging goreng kunyit, separuh telur masin, 2 gelas teh o ais, segelas sirap dan segelas air jagung special, ringgit malaysia yang diserahkan pada makcik di gerai no.1 ni..hanyalah RM36 sahaja.
Kepuasan tidak terhingga!
.
.
.