Menyesal tak sudah membazirkan masa malam yang indah untuk
menonton Maharaja Lawak Mega minggu ke-6 malam tadi.
Bukan apa, selalunya Yong tengok dalam Youtube je,
tapi malam tadi ingat nak gelak lebih2 dengan ipar depan tv.

Minggu ni, cabaran untuk para peserta ialah membuat persembahan komedi musikal,
terpulang kepada kreativiti masing2.
Masih Yong teringat komedi musikal Jozan minggu ke 3 Maharaja Lawak 2011,
pecah perut Yong gelak.
Sengaja Yong ulang tiga pat kali video kat youtube sebab
seronok melihat cara lawak diorang yang memang genius.



Begitu juga dengan lawak single Nabil pada minggu yang sama.
Sampai sengal pipi Yong sengih2 tengok lawak selamba Nabil.



Bila dah pernah ada cabaran seperti ini dalam rancangan Maharaja Lawak,
sepatutnya peserta Maharaja Lawak Mega kena buat homework
dan lihat semula performance Nabil dan Jozan yang berjaya mencuri hati penonton.

Tapi sepertinya mereka2 ini berfikir yang mereka sudah otai
dan tidak perlu belajar dari pelawak2 generasi muda. Alangkah sombongnya.
Sudahnya, akibat ke'diva'an mereka yang menyangkakan
mereka lebih dulu makan garam dan tahu selok belok seni komedi,
malam tadi hampir kesemua peserta Maharaja Lawak Mega
membuat persembahan yang menyakitkan hati.
Sangat jelas yang mereka ini tidak faham konsep komedi muzikal.

Bagi pendapat Yong, hanya kumpulan Osbon sahaja yang
berjaya menggabungkan komedi dan musikal seperti yang diharapkan.
Yang buat Yong gelak besar ialah bila Os mengeluarkan ayat seperti menyindir peserta lain.





"Ala touching lah tu...org ckp sikit nk amek hati...b profesional la..kata otai...
aku tegur kau tegur membina bukan aku menghina!!"

dan back-up singing dari os "tutup tingkap tutup pintu sembur ubat nyamuk pasang kelambu"

Ha...terbaik la Osbon!

Pada otai yang lain2 tu...
tak salah belajar dari pelawak2 generasi muda
kerana majoriti penonton Maharaja Lawak Mega pun bukan geng2 senior.