Lokasi gerai Laksa Merbok ni berhampiran dengan kilang sate Hj. Samuri,
kawasan perindustrian Selaman.

Senang cerita, keluar je dari tol Kajang (PLUS), menghala ke Bangi,
nampak je lambang Petronas, ha..masuk simpang tu.
Laksa Merbok dijual di atas van putih berhadapan restoran DIY.
No, bukan nama restoran ni DIY,
cuma restoran ni dibina sendiri oleh kontraktor tak bertauliah,
sebab buruk benar strukturnya..hehe.


Brother yang jual laksa ni juga menjual cendol dan rojak buah.
Tapi Yong tak beli rojaknya sebab nanti mak Yong membebel.
Dia kata lepas operate kena pantang.
Tapi makan laksa takpe..hahahaha!!


Laksa ni kegemaran mak Yong.
Mak kata, ikan yang digunakan ikan fresh, and kuah pun pekat.
Tapi Yong tak le gemar sangat sebab tak pedas langsung.
Cili api pun takde dibubuhnya.
So..tak kick-ass.
Harga semangkuk laksa yang mangkuknya very the cute saiznya ni, RM3.50


Cendol yang brother ni buat, punya la pekat santannya.
Kalau yang suka santan pekat2, datanglah makan di sini.
Semangkuk cendol, RM1.50
Sedap juga!
Cuma, kacang merah diletak banyak, cendol sejemput je.

Kalau tak rasa nak makan cendol atau laksa atau rojak buah, ada juga pilihan makanan lain seperti Char Koey Teow (RM3), Nasi Ayam (RM4), Mee Udang (RM4/8) dan makanan goreng2 yang lain.


Nasi ayam ni agak masin rasanya. Danish tak dapat nak habiskan.
Rugi betul.

Tapi yang confirmed habis, 3 mangkuk laksa.
(mungkin sebab sedap atau mungkin juga saiz hidangan yang kecil).


Memang susah nak cari killer Laksa.
Ada yang kuah pekat elok, kurang pedas pulak.
Ada yang pedasnya ngam2, isi ikan pulak macam tak nampak.

Tapi kalau rasa kepingin sangat nak makan laksa,
Laksa Merbok ni tidaklah mengecewakan sangat.
Especially kalau ada cili padi potong.
Memang daripada kurang kick kepada betul2 kick arse!!


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.