Rezeki terpijak, Yong ditawarkan untuk menginap ni Golden Palm Tree Resort dengan PERCUMA!
Siapa yang offer, itu tidak penting. Yang penting di sini ialah apa yang boleh Yong perkatakan tentang resort bertaraf 5 bintang ini.

Perjalanan dari Bangi ke resort ini mengambil masa lebih kurang 90 minit.
Untuk ke sini, melalui Lebuhraya PLUS dari Bangi, ambil susur keluar di Nilai.
Dari Nilai, pandu menghala ke Bandar Baru Salak Tinggi.
Sebaik sahaja nampak signboard Homestay Banghuris, ambil susur kiri.
Selepas susur itu, barulah akan nampak signboard Sepang Gold Coast.

Dari susur inilah, kita akan menempuh pekan2 kecil sehinggalah ke Bagan Lalang/ Sepang Gold Coast.

Sebaik tiba di hotel, Yong ber'taki' dengan security Nepal. He speaks neither Malay or English.
Yong cakap, Yong kena parking depan hotel sebab OKU, tapi dia tak faham.
So Yong pun buat tak faham..parking je sambil buat tak peduli.
Nasib baik ada pegawai hotel di situ yang kebetulan lalu dan nampak keadaan Yong mobilize by wheelchair.
So Yong dapat kebenaran park di kawasan VIP gitu.

Walaupun security tadi hampir membuat Yong mendidih,
tapi selepas insiden tu dialah yang menolak Yong sampai ke lobi.
Hilang marah, timbul segan pulak. Tak sempat pun ucap terima kasih sebab anak2 dah mula buat perangai beruk. Lari sana sini. Macam tak pernah datang hotel. Malu mak.

Dari lobi, naik buggy sampai depan pintu villa.


Yong dapat stay di Canary Palm Villa, ada satu katil queen dan 2 single beds.
And each room ada individual bathroom.
Saiz villa ni memang luas, anggaran 882 kaki persegi.
Untuk famili Yong yang datang berlima ni, sememangnya selesa.
Anak2 pun excited macam first time dapat freedom license.


Tapi my first impression bila masuk je villa ni, this is an awesome retreat for honeymooners but not for family with small kids. Sebab apa?



Setiap bilik ada balkoni. Dan di balkoni terdapat kerusi rehat untuk kita bersantai sambil dibuai angin laut yang sepoi2 bahasa. Tapi kalau ada anak yang tak faham bahasa, dibuatnya anak2 tu curious nak tengok air kat bawah villa tu..ditolaknya kerusi ke bingkai balkoni, berdiri dan jenguk. Pastu plup jatuh ke laut, nauzubillah. It's gonna be the worst parents nightmare.

So setiap kali anak2 Yong hilang dari pandangan, Yong mula mencari lokasi mereka.
Nak make sure takde yang buat daredevil freedive ke laut yang berkeladak tu.

Memang ada disediakan pelampung di setiap balkoni (maybe management dah dapat agak apa yg boleh berlaku), tapi kalau jatuh timbul takde la masalah. Kalau macam Yong ni, bertulang besi, tak pandai berenang pulak tu..memang bukan untung sabut timbul dah...confirmed untung batu tenggelam.



Sesudah mengkaji keadaan bilik, kami pun berjalan lenggang kangkung ke centre point,
dimana disitulah terletaknya pelbagai restoran, gym dan swimming pool.
Perlu dinyatakan disini, jika anda mendapat/ memilih bilik paling hujung, makanya terpaksalah anda menapak jauh untuk ke centre point. Ini kerana perkhidmatan buggy tidak akan disediakan kecuali jika anda mahu ke lobi hotel.
Tapi Yong mendapat exception kerana Yong menggunakan wheelchair/tongkat.
Bagus juga, at least they all compasionate and memahami keadaan Yong.


Selain mendapat free stay, Yong juga dapat makan free all day long.
Breakfast, snack, lunch, tea-break and dinner.
However Yong hanya mencuba lunch and breakfast pada keesokkan harinya.
Sayang sekali, hidangan makanan tengahari yang disediakan tidak menyelerakan.
Kari ikan pisang yang rempahnya ditumis tidak pecah minyak, ayam masak kicap kurang rasa dan lain2 hidangan membuatkan kami berfikir dua kali samada nak makan dinner free atau mencari restoran makanan laut yang bercambah di persisir pantai Bagan Lalang ni.

Dan kami buat keputusan untuk makan di luar.

Malam menjelma. Sambil menunggu buggy, Yong bermain2 dengan camera.
Tanpa Yong sedar, si Danish yang gatal tangan ni, ambil tongkat Yong buat main.
Tetiba dengar dia menjerit!


"Mommy....!! Tongkat mommy jatuh...huwaaaaaa!!!" (dia nangis siap2 sebagai defense mechanism)
Ok...taktik menangis dia berjaya, Yong tak jadi marah. Cuma jegil biji mata je.
Tapi sebab Yong risau takut suara melalak dia ni mengganggu penghuni lain,
Yong pujuk suruh dia diam.
Tapi Yop pulak sambung menyakat. Sampai ke lobi budak tu menangis.


Suasana malam di sini sungguh romantis.
Andainya hanya Yong dan Yop sahaja berdua di sini, mesti kitaorang dah stroll along the walkway dengan penuh perasaan diiringi deruan ombak badai (sorry, bukan ombak rindu).
Tapi kalau dah ada 3 ketul budak berlari2 macam diorang lari kat tadika, segala perasaan romantis itu lenyap, digantikan dengan perasaan geram melampau sebab anak2 tak reti behave.



Esoknya sebelum pulang, Yop bawa anak2 ke swimming pool.
Yong datang kemudian sebab menunggu iron board dan iron hampir satu jam.
Setibanya di restoran, Yong request untuk duduk menghadap swimming pool.

Actually, itulah yang tak menariknya tentang Golden Palm Tree Resort ni.
Restoran dan pool di dalam kawasan yang sama.
Sambil menjamu selera, kita juga boleh putus selera tengok selulit perempuan yang berbikini.
Dan tidaklah kita mendapat ketenangan waktu makan sebab kunyahan lembut kita diiringi jeritan kuat kanak2 yang melompat kegirangan dalam air.


Lebih menyedihkan, pool yang disediakan untuk penginap di sini, amatlah comel saiznya.
Sepatutnya, hotel se'gah' ini menyediakan pool yang besar atau dua pool bagi memberi keselesaan pada penginap. Kalau yang tengah mood honeymoon, nak bercanda romantis pun susah sebab terpaksa berhimpit dengan budak2 yang 'peduli apa kitaorang kalau korang baru kahwin'.

Mungkin boleh buat satu pool di centre point, dan satu lagi di kawasan tepi pantai,
seperti di Hyatt Kuantan. Two main swimming pools (salah satu bersaiz olimpik), dan ada pool berasingan untuk kanak2 ribena.


Yong puji service salah seorang dari staff GPT ni, namanya Mega.
Oleh kerana Yong tiba di restoran agak lewat dan waktu breakfast pun hampir tamat, dia dengan bersungguh2nya membawa macam2 makanan ke meja Yong.
Croissant bread, salad, nasi lemak lauk rendang, yogurt, fruits, tea, cereal dan fruit juice untuk Yong.
Penuh semeja disuruh Yong melantak.

Finally, setelah puas bergembira (anak2) dan pening kepala (mak bapak),
kami pun pulang ke Bangi dengan kadar segera.
Bukannya apa, Danish dengan Pia dah mula duduk depan pokok krismas di lobi, nak buka hadiah.

Actually, lepas tu diorang dah rembat dua kotak hadiah, lari cepat2 masuk dalam kereta.
Receptionist kat situ geleng kepala je.
Lantak korang lah labu, mommy dah cakap, itu kotak kosong..korang tak nak percaya.
Tapi kalau sungguh ada hadiah (Iphone 4S ke, Samsung Galaxy S3 ke)..mommy akan bawak kereta laju2,
lari dari situ sebelum security kejar kita..hahahaha!!