Mata bengkak menangis sehari suntuk.
Banyak perkara yang memedihkan berlaku secara serentak.
Yong ingat hari ni Yong boleh balik.
Tapi memandangkan kaki Yong masih belum pulih sepenuhnya,
doktor kata, tunggu kat hospital sampai kaki sembuh.
Yong sangat berharap dapat balik rumah.
Rindu pada anak2 makin menebal.
Hati Yong hancur bila doktor kata Yong tak boleh balik.

Kemudian, Yop dapat panggilan kena pergi kerja lebih awal.
Esok Yop dah kena fly.
Bertambah perit rasanya hati ini.
Yong dah tak ada siapa2 yang boleh datang jenguk Yong kalau2 Yong perlukan sesuatu.
Mak di Mekah, Yop nak berangkat pergi.
Yong tinggal sendiri.

Kemudian Danish datang petang semalam selepas balik sekolah.
Dia tunjuk pada Yong tarian yang diajar cikgunya untuk school concert.
Dalam hati Yong dah nak meraung.
Dari renungan matanya,
Yong tahu dia sangat berharap Yong dapat datang melihat persembahan dia nanti.
Abahnya pasti tidak dapat datang. Tapi tak kan Yong sebagai maknya tak pergi?
Apa perasaan Danish nanti bila dia tengok parents kawan2nya datang,
dan dia tak ada sesiapa. Dia bukan anak yatim piatu.
He has both father and mother. But I couldn't be there for him.
I'm a failed mother.
I'm a lousy mother

There are so many things I should and want to do as a mother.
I want to be with my kids when they needed me, but I couldn't.
Mak jenis apa Yong ni?
Ada anak tapi tak mampu nak bela.
Balik2 duduk kat hospital.
I'm a failed mother.
I'm a lousy mother.

Yong sangat sayangkan anak2 Yong
tapi Yong tak upaya nak lakukan apa yang ibu2 lain boleh buat.
Kemampuan Yong terhad.
Yong kesiankan anak2 Yong.
Abah mereka jarang ada. Mak yang ada pun selalu tak ada.
I'm a lousy mother.
I'm a failed mother.

Yong tak mengharap kehidupan mewah sebab Yong tak pernah dilahirkan dalam kehidupan itu.
Yong tak mengharap suami sentiasa berada di sisi sebab Yong pandai jaga diri.
Tapi Yong sangat berharap agar Yong mampu jaga anak2 Yong sendiri.
Mak jenis apa yang tak boleh jaga anak2 sendiri?
I'm a lousy mother.
I'm a failed mother.


Ya Allah..kasihanilah hambaMu ini.