Hari ke-3,
Tak ada cerita kecuali Yong berbungkus bawah comforter mahal Shangri La,
sambil menahan sakit yang sungguh menyakitkan.
Imagine je tak boleh berjalan, turun katil pun ambil masa 1/2 jam.
Berkerut2 dahi berpeluh tahan sakit,
walaupun bilik tu menderu2 sejuk dek aircond.

Dah turun katil tu, bukan boleh berjalan,
mengesot tau...mcm suster ngesot.
Gaya ngesot macam orang tak ada kaki.
Sedih ....


Dah sakit,
minta tolong staff Shangri La hantarkan kiub ais dengan panadol.
Yang bagusnya service diorang, tak payah tunggu lama2.
And they never say no to your request.
Memang first class service.


Tak ada lah aktiviti yang boleh diceritakan pada hari ke-3 di Sentosa ni melainkan kesakitan yang berpanjangan.

Hari ke-4, sepatutnya Yong dan Yop check-out pukul 12tgh,
walaupun Yop habis kursus pukul 4ptg.
Yong call front desk tanya kot2 la ada tempat yang Yong boleh lepak lepas check-out,
memandangkan Yong tak boleh berjalan mahupun duduk dengan selesa.
Management Shangri La yang prihatin ni,
bagi Yong berehat kat bilik without extra charges sampai pukul 4ptg.
Bagus betul!

Dah check-out, kena pulak bersidai kat Changi Airport sebab flight pukul 9.45mlm gitu.
Punya la lama nak berwakaf kat terminal.
Perut pun lapar, Yong ajak cari makanan yang tidak ada babi.
So, no babi means vege la kan?
No lard, no pork. No 'not sembelih meat'.
Let's makan kat Ananda Bhavan, Terminal 2, Changi Airport.


Dalam gelas tu Manggo Lassi.
Erkk...Yong tak suka yogurt drink.
Rasa nak terjeluak muntah.

Kemudian Yop orderkan nasi daun pisang, nasi briyani dan begedil kentang.
Everything is vege. So..takdela ayam ke, daging ke.
Hanya begedil buat ganti lauk.

Photobucket

Bukannya makanan tu tak sedap.
Nasi daun pisang tu yang paling best yang pernah Yong jamah.
Walaupun Yong jamah sikit je, tapi ini sememangnya terbaik.
Terkenang2 sampai sekarang.

Muka dok berkerut tu sebab dah tak tahan sangat sakit.
Kalau Yong sakit, muka tak dah bley blah.
Buruk pun Yong tak kisah.
Sama juga macam masa nak deliver baby.
Rambut macam kuntilanak pun apa aku peduli.
Dah sakit..takde masa nak kontrol gorgeous.
Bukan dah gorgeous melampau, ni dah serabut melampau.


Waktu ni Yong dah tahap kronik.
Dalam kepala hanya fikir,
"cepatlah flight ni, nak balik rumah. Nak baring atas katil. Nak makan painkiller"

Pun masa ni Yong cakap kat Yop, janganlah tangkap gambar Yong.
Buruk benau dah ni.
Tapi Yop tangkap juga.
Lantak awak le...bini awak ni dah ngerang.

Bila sampai Malaysia, dalam teksi dah nangis sedu sedan.
Tak boleh tahan lagi.
Rasa macam perjalanan yang paling jauh yang pernah Yong lalui.

Then fly pula ke Alor Setar.
Dalam teksi dari airport Alor Setar ke Sungai Petani,
Yong nampak kemalangan.
Spoiler betul pak polisi ni.
Kalau tak, jelas je gambar yang Yong snap ni.
Heh!

Photobucket