Photobucket

8 tahun dah Yong kawin dengan Yop.
Bukan lama mana pun...tapi 8 is our lucky number.
So hopefully boleh reach 18 tahun, 28 tahun, 38 tahun...and lastly 48 tahun.
Our lucky number is 4 and 8, macam plate keter yang kitaorang beli.
Yong rasa kalau dapat hidup sampai umur 71 (48 tahun berkahwin) dengan Yop pun dah rasa puas.

*sobs..tetiba sebak lak, haih!*

Sepanjang 8 tahun kawin, Yong boleh kira berapa kali kitaorang gaduh.
4 kali saja. Itupun gaduh tak sampai setengah hari.
Yop pandai pujuk, Yong pulak tak reti nak merajuk lama2.
Especially bila Yop buat lawak time pujuk2. Terus gelak besar.

Penah sekali gaduh tu, kat Sungai Petani.
Dekat dengan rumah mak Yong.
Dalam dok syok gaduh tu (itupun pasal Yop tak belikan teh ais je, bukan pe sangat pun..hahaha),
Yop kata "dah, pegi le balik umah mak ayang!"
Yong pun kata "la..ni memang rumah mak orang. Ayang tu nak balik mana?"
Pastu kitaorang mengekek gelak.

Alhamdulillah, Yong ngan Yop jarang gaduh.

Macam mana nak bertahan untuk tahun2 yang seterusnya?
Susah ke?
Yong nak share dan sama2 kita cuba berpesan2 supaya kita dapat k.e.b.e.r.k.a.t.a.n....

1) You and I are teammates.
Bila nak buat sesuatu la kan, fikir secara teammates.
Buat life kita ala-ala Amazing Race. Semua buat berdua.
Kebanyakan couple buat ala-ala Survivor. Memang mampus la salah sorang.

Katalah korang nak beli tv, fikir sesama....kepentingan, bajet, kesesuaian saiz tv.
Sama2 decide.
Jangan asyik bini je buat decision 
"I tak kira, semua jiran kita dah pakai HD, 3D plasma tv. 
Malu tau bila orang datang rumah kita tengok tv murah."
Atau suami pulak cakap
"I nak tv besar ni. Kalau tak, bila ada bola, I tengok kat kedai mamak sampai pukul 4 pagi. 
You nak I lepak2 kat luar selalu ke?"

Ni pehal ni? Takde langsung bermusyawarah.
Kalau jiran pakai tv HD ke hitam putih ke, kena kesah ke?
Perlu ke? Kalau kemampuan dah tv 21 inci flat screen, guna je lah yang itu.
Kenapa nak bersaing tentang barang dalam rumah?
Cuba bersaing menjadi loving couple, kan ke lagi best?

Kenapa nak kena ugut nak tengok bola kat luar?
Mata rabun sangat ke dah tak leh tengok bola tv biasa?

Tapi kalau mampu, beli je la...asal jangan bergaduh sebab tv sudah.
Meaning, kalau nak buat sesuatu, buat bersama.

2) Terimalah suami/isteri anda seadanya.
Masa kawin dulu, pandai je guna ayat jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Pas kawin guna lak modal 'dah takde jodoh'.
pebenda ni? jap ada jodoh, jap takde jodoh.

Masa sebelum kawin, kita dah kenal hati budi pasangan.
Walaupun tak kenal, lepas kawin cuba memahami.
Kalau suami jenis yang malas keluar berjalan bawak famili,
jangan lah nak dibanding2 dengan suami orang lain.

Kalau isteri malas masak,
jangan pulak banding2 dengan bini kawan2 yang rajin buat open house.

Kalau suami jenis malas bawak famili jalan2,
kita cari aktiviti yang boleh dibuat dalam rumah.
Blogging ke, jahit manik ke, masak kek ke,
baca novel ke,...apa2 yang boleh dibuat utk menghilangkan bosan.

Macam Yong ngan Yop, bila masa malas nak keluar,
kitaorang buat aktiviti 'berkubang'.
'Berkubang' tu.....ambil bantal banyak2, bentang toto depan tv,
tutup curtain sampai rumah gelap gelita,
pasang movie back to back ... so much fun that way!

Kalau bini jenis malas masak, beli je le kat luar. Memang lama2 bosan juga.
But why not, husband pergi pasar, balik rumah tolong cucikan sayur lauk nak masak.
Bila husband dah ke dapur kelentung kelentang sorang2, bini akan datang juga.
Time tu masak le sama2. Kan ke romentik?

3) Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Ada masanya pasangan kita sangat menjengkelkan.
Excuse me...pasangan kita?
Look at ourself dulu la darling.

Perempuan for example.
Kekadang ada masanya memang rasa nak berleter sangat2.
Especially bila rumah macam tongkang pecah,
kain baju bertimbun2 nak dikutip nak dibasuh.
Tapi cuba ingat quote ni:

I am thankful for a lawn that needs mowing, 
windows that need cleaning and gutters that need fixing 
because it means I have a home.... 
I am thankful for the piles of laundry and ironing 
because it means my loved ones are nearby.  ~Nancie J. Carmody


So, janganlah membebel marahkan suami sebab kerja rumah.
kalau tak larat sangat, buat macam Yong ni. Ambil weekly maid.
RM52 untuk 4 jam. Habis semua dia buat, termasuklah sidai dan lipat kain baju.
Sapa2 nak nombor maid ni, Yong boleh kasi. 
Service dia area Kajang, Bangi sahaja. Terima Kasih.


Kalau suami tak tolong buang sampah, minta tolong elok2 dulu.
Dah cakap elok2 pun bo layan...ko pegi je kat dia,
bawak bakul sampah tu..tuang je kat badan dia...hahahaha!!!

Haishhh!!! Salah nasihat tu.
Kalau rasa nak lebam bijik mata,
kemudian masuk front page Harian metro esok, buat le.



Headline: 
Kuala Lumpur; Seorang isteri dibelasah suaminya kerana menumpahkan isi tong sampah ke badan suaminya.
Ketika itu suami mangsa sedang asyik menonton perlawanan bola di tv. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 30-an, cuba menyuruh suaminya membantu dia membuang sampah tetapi tidak dipedulikan. Setelah mangsa membuang sampah ke atas badan suaminya, suami mangsa bertindak ganas dengan menumbuk mata mangsa sehingga mangsa terjatuh.



Kini kedua2 pasangan ini ditahan di lokap atas tuduhan yang berbeza.
Mangsa ditahan atas tuduhan menggangu ketenteraman awam dan suami mangsa ditahan atas tuduhan mencederakan mangsa.
..................................................................................
Ha..elok le, dua2 masuk lokap. Baru adil dan saksama.


Therefore, jangan sebab benda2 remeh, nak gaduh besar macam nak terbalik dunia.
(especially gaduh pasal tak belikan teh ais..hehe)


“If you can’t say anything nice, don’t say anything at all.”


4) Pujilah pasangan di hadapan orang lain, walaupun orang lain menyampah giler...haha!
Bila jumpa sedara mara ke, kawan2 ke,...bila dah takde topik sangat nak bincang,
di hadapan pasangan kita tu kan, say something positive.
Contoh la kan..
"Husband I ni walaupun selalu outstation, tapi tak pernah miss special day dengan family. 
Dia tetap akan balik rumah."


Ataupun...
"bini aku ni bukan pandai masak pun, tapi entah macam mana, gemuk jugak aku dibuatnya." (contoh ni merujuk pada Yong...hehe)

Don't ever tau cakap perkara tak elok tentang partner kita.
Sat gi buat kuangjo boleh lak pi sembang
"Untung you dapat husband yang beli bunga untuk Valentine's Day. 

Husband I kedekut. Dia kata rugi beli bunga time macam ni. 
Tapi time harga bunga murah pun dia bukan pernah beli."

So, kalau husband tak beli bunga ke gift ke, 
get over with it la...kenapa nak merungut la auntie?
Cer tengok apa yang positif tentang husband awak. 
Jangan gelap mata sangat cik jah weh.


Contohnya Yop. Tak pernah belikan bunga untuk special occasion. 
Yong pun tak pernah mintak atau mengharap. 
Dan Yong bukan jenis suka suprise gift. 
Kalau Yong nak, Yong beli sendiri.
So, takde kes nak merajuk2 sebab takde hadiah b'day ke, mother's day ke.
Lagipun, gesture romantik bukan kena tunggu special day.
He's being romantic by carrying my handbag when it's too heavy.


Ada dua tiga strangers tegur dia masa dia nak bawakkan handbag Yong.
Strangers: "Oh, you are such a romantic husband."
Yop: "I try" (sambil senyum)
Yong: "He's always this sweet" (sengih sampai telinga dah..hehe)


See....no need flowers to show that he loves and cares about you.
Sedangkan orang lain boleh nampak, 
kenapa kita tak nampak yang husband kita ni loving?


(cheh, kenapa aku dengar macam langsuir ngekek time2 macam ni? Huh?)


5) Jadilah bff dengan partner kita.
Apa yang kita buat dengan bff
Tengok wayang, roadtrip, send funny jokes to each other, 
buat le perkara2 yang menyeronokkan berdua.
Macam Yong ngan Yop, kekadang Yong usung dia pergi buat manly mani-pedi, 
acupuncture therapy, atau facial. Atau just window shopping.


Cuma kalau boleh, Yong nak je teman Yop buat jungle trekking ke, 
climb mountain ke...
Sadly, kaki Yong tak kuat untuk aktiviti lasak.
Tapi ngajak Yong ke konsert Metallica...rock on bebeh!!


Ingatlah, kita kahwin dengan pasangan kita sebab masa bercinta serasi bersama.
Biarlah serasi tu sampai bila2.


Ada 7 lagi nasihat coming your way. Nantikan sambungannya esok!


DON'T MARRY THE PERSON YOU WANT TO LIVE WITH,
MARRY THE ONE YOU CANNOT LIVE WITHOUT




Photobucket