Harini kaki Yong injured kiri kanan.
Yang belah kiri tu memang retak menanti belah,
abistu dah buat summer'salut' malam tadi,
punggung kanan Yong sembam bumi dan bengkak lah ia...

So, dengan kekuatan luarbiasa, Yong paksa diri ke klinik.
Nak amik MC le wey!
Mampus Yong nak gi keje sakit2 gini....nonggeng2 kat opis nanti apa cer?
Kang orang kata Yong gian meghelar apa dok tonggeng2 kat opis?

Pas amik MC, dapat 2 hari..
Sebelum balik rumah, Yong gi collect document (cheque) kat Poslaju dulu.
Tak collect kang, lebuh lak cheque Yong tu nanti.

Anyway..bila sampai kat Poslaju office tu, ada 3 mini sofa.
Yong ni datang bertongkat, jalan pun terhincit2.
Tak le Yong mintak nak duduk tapi saja Yong perati, orang Malaysia ni bengap bingai ke ataupun mentaliti world class.


Senarionya...

Ada awek muda, duduk sofa hujung sekali.
Nampak gayanya macam umur 20-an.
Tengah tunggu member dia ambik parcel.



Kemudian sofa tengah,
ada perempuan dalam lingkungan lewat 20-an atau early 30's.
She's maybe 5-6 months pregnant.



Perempuan yang duduk sofa paling hampir dengan pintu masuk,
middle age lady. Maybe age around late 40.

So here I was, with my walking stick and arse that's killing me,
limping towards the counter to collect my document.
And then walked back to waiting area.

Well...guess siapa yang angkat their fat arse to give me a furniture to be called sofa.

1)Adakah cik adik manis yang masih dara itu?
Yang berbudi bahasa bila jumpa bakal mak mertua?
Yang kalau bopren talipon, cakap sampai leleh air liur?
Yang masak nasik kekadang mantah?

TEEEEETTTTTT!!!!!
Ni jenis tak sesuai buat menantu cik tipah, cik gayah weh.
Ni bangsa bengap!
Buat2 buta mata...tak nampak jalan di dunia...kerana tidak nampak cahaya...
tidak tahu, kemana hendak dituju, kehilir atau kehuluuuu.....(nasyid jap)

2) Atau, adakah akak yang berboyot itu?
Yang tekanan darah kekadang naik kekadang turun?
Yang muntah siang malam pagi petang? Yang merajuk muncung hidung,
nangis macam sedara mati bila suami tak belikan mee goreng mamak seperti yang dijanjikan?

3) Ataukah makcik tua itu?
Yang anaknya ntah lepas ke mana, suruh mak yang tua ni amik barang sorang2?

Well.....guess what?

Akak boyot ni, nampak je Yong, dia terus bangun.
Eventhough I've pretended I didn't notice her gesture,
but she came to me and said "awak duduklah situ.."

WoW! Yong jadi segan nak duduk sebab dia tu pregnant.
Kesian dia, sebab orang pregnant ni cepat pening.
Yong tahu le sebab 3 kali Yong ngandung, takdenye dapat diri lama2.
Memanjang bintang2 berkedipan, siang jadi malam. Pitam semedang!

Anyway...Yong tak kisah la kalau makcik tu tak bangun.
Maybe dia pun ada arthritis ke, weak knees ke...
Tapi yang anak dara tu pehal ntah?
Mungkin dia period pain kot.....(berbaik sangka)