Dah dekat sebulan Yong tak jenguk anak Yong yang kecik dan manja ni,
Dafique Izzad Wafi nama diberi.
Ni anak Yong yang bongsu, nombor 3, lahir kat Pantai Medical Centre, Melaka.
Suka pukul orang, suka jerit kuat2 dan suka nyanyi lagu "Soley~Soley".

Sebab kerinduan yang teramat sangat,
Yong pujuk Yop pergi ambil dia kat Pahang.
Sekarang ni, mak sedara belah suami tolong jaga si kecik ni,
memandangkan Yong selalu jadi ibu tunggal bila Yop pegi ke Australia nu ha.
Jaga tiga orang anak kecik sekaligus sorang2 memang akan buat Yong admitted ward.

Pengsan!
.....................................................................................................

Pepagi lagi Yong gerakkan Yop, suruh pegi ambil Wafi.
Tengahari Yop dah sampai Pahang,
petang Yop sampai Bangi dengan Wafi.

Yong kat ofis rindu teramat kat si manja Wafi ni. Tak sabar nak balik.
Sebab tak sabar, Yong telefon Yop tanya khabar Wafi.
Ingatkan nak happy mood bila tahu Wafi ada kat rumah.
Tapi happy bertukar scary bila Yop bukak cerita.

Apakah?


Menurut Yop, masa nak balik ke Bangi,
singgah di Petronas Genting Sempah nak isi minyak.
Kemudian ada sorang mamat
(lupa nak tanya bangsa apa..well, tak penting pun).

Ceritanya,.... mamat ni datang kat Yop,
merayu2 suruh Yop beli henset dia (tak tahu jenama apa, Yop tak cerita).
Kononnya dia takda duit nak balik rumah
(kat mana rumah pun Yong tak pasti, Yop tak cerita.)

Yop kata dia ada RM200 je dalam poket.
Tapi mamat tu kata henset dia nilai ribu2.
Lepas kena pujuk...Yop pun keluarkan la duit RM200 tu dan beli henset tu.

Pastu mamat tu blah, baru Yop sedar, bukan phone yang Yop dapat.
Yop dapat sample je. Handphone mainan gitu.
Apa lagi,..boleh bagi anak2 Yong main le jawabnya...hahaha!!
(mahal mainan anak aku ni..RM200 tu! Macam beli Fisher Price toys)

Yang Yop tak tahu...dah banyak kes menipu guna modus operandi macam ni, nationwide.
Yop rajin baca blog politik tapi, Yop tak baca berita semasa.
So Yop tak aware kes2 macam ni.

Rasa nak membebel je kat Yop...tapi bila fikir balik,
we learn from our mistake not from others nagging.
Jadi..Yong diamkan je
(hehehe...ada la sikit pot-pet tu..tapi sikit je la)

Kesimpulannya,
kalau ada orang nak jual barang main approach2 ni...usah layan.
Kot terdesak nak handphone mahal pun, beli la kat kedai.
Kalau takde duit, tak payah beli.
Bukan mati pun tak pakai handphone mahal, kan?

Yong pernah juga kena cubaan menipu ni.
Orang tua pulak tu. Dah umur 60 lebih.
Masa tu Yong keluar makan dengan officemate di KL Sentral.
Yong ingat nak beli kek kat kiosk Secret Recipe, tetiba orang tua ni datang.

Merayu2 mintak Yong bagi duit. Katanya nak beli tiket balik Taiping.
Yong kata:
"pakcik, saya tak boleh bagi duit.
Tapi kalau pakcik nak saya belikan tiket, saya boleh."

Pastu pakcik tu macam mengugut plak:
"Ha! belilah! Aku tak tipu kau. Ni ha IC aku. Ha! kau tengok tu, aku warga emas."
....Ha??
Geram gak Yong, tapi memikirkan dia tua, so Yong abaikan dulu.

Yong bawak pakcik tu ke kaunter KTMB, beli tiket keretapi ke Taiping,
guna tambang warga emas. Kalau tak silap, dalam RM14 gitu jer.

"Ni dia pakcik, tiket ke Taiping. Pakcik tunggu je kat bawah sana"
sambil menunjuk arah terminal ktm.

"Hei...takkan tak bagi duit belanja kot? Nak beli makanan ni!"
kata pakcik yang tak sedar diri tadi.

"Pakciiiiiikkkkk....(hangin dah ni)! Saya belikan tiket ni pun dah ok kan?
Jangan la mintak banyak2. Kat tangan pakcik tu kan ada roti.
Cukup lah tu sampai Taiping, kan? Ok lah, saya nak masuk keje ni."

Dengan seberapa pantas,
Yong dengan colleague Yong blah cepat2 dari situ sebab dah lambat masuk keje.

Humpeh orang tua ni. Bukannya nak cakap terima kasih.
Berlagak pulak nak mintak2 duit orang.
Geram betul Yong!

Jadi..berwaspada dengan sesiapa saja.
Kita tak tahu orang2 ni memang betul2 susah atau betul2 nak menyusahkan.

Sebagai info pada sesapa yang read blog ni,
tengok berita yang diprint The Star bulan Februari lepas.
So, berjaga2lah kita yer?


Additional info:
Yop,...Yong tahu Yop memang lelaki yang pemurah, dan sangat caring.
So, Yong anggap Yop buat tu macam sedekah ye.
Kita bagi rezeki kat orang lain, insya-Allah ada rezeki untuk kita nanti yer....muaahhHHH!! Sayang Yop...(ehehe, over lebey2 plak)