Fuhh...penat sungguh yong semalam. Nak blogging pun takde tenaga.
Hari ni pun tak hilang penat lagi.
Apakah yang Yong telah buat sampai nak terpengsan2 ni?
Hehe...Yong pergi V.A.C.A.T.I.O.N, cik gayah, cik tipah weh!

Kelmarin ingat dak, Yong merayu kat Yop nak beli Ipad 2.
Ipad 1 pun takpe, Yong tak memilih.
Bukan kata Ipad, Ipod kenit yang dah berkurun kat market pun Yop tak kasik beli.
Yong merajuk...Yop pujuk.
"Jom kita pergi holiday yer? Gi tido kat Philea nak?" kata Yop.

Yong sengih sampai telinga, lupa kejap kempunan Ipad mahupun Ipod tu tadi.

Jumaat balik keje, pegi Alamanda jap for dinner,
pastu balik rumah basuh kain sampai 2 pagi..mengeletar badan sejuk masa menyidai baju kat balkoni.
Pukul 11.30 pagi Sabtu, Yong pun zeraass bawak anak beranak ngan Yop ke Ayer Keroh, Melaka.

Tiba je di lobby Philea Resort and Spa, front office officer layan Yong sefamili dengan baik.
VIP treatment gitu.
Sambil duduk2 menanti check-in, staf hotel hidangkan fruit punch as a welcome drink.
Pastu lagi satu staf hulur cold towel buat penyejuk badan.
Ishhh....ajer yang pandai melayan tetamu. Memang letops la Philea ni!

Yong ambil Pavillion Villa, dapat bilik 3010.
Dari lobby ke bilik, naik Buggy Ride...weeee!!!
Laju siot, Yong takut anak yong terpelanting keluar.
Tapi bebudak ni kemain seronok naik menatang alah tu..ngekek2 diorang gelak.
Yang Yong ni macam nak pecah jantung takut..hahaha.
...............................................................................................

Masuk je dalam bilik...Masya-Allah...punyala cantik!
Yang paling cantik yang pernah Yong masuk. Macam2 hotel dah Yong pergi.
Hyatt, Shangri-La, Sheraton, Renaissance, etc... tapi ni la yang paling mengagumkan!
Diulang suara.."MengagumkaaaaannnN!!!!" Awesomeness beyond speech. Fuhh...



Anak2 Yong macam monkey jumping up and down tiap2 kali masuk bilik hotel.
Rasanya masa Yong mengandungkan bebudak ini, tak pernah sekali pun Yong terkinja2.


Mana ke datang tebiat macam ni? Kalau bukan Yong, mesti Yop ni!
"Yop...kamu memberuk ke masa yong boyot dulu? Ha..patutle anak2 kamu jadi gini!"
(bukan salah ibu mengandung..ngee~~)


Nasib baik Yong datang dengan anak2.
Kalau Yong datang berdua dengan Yop je, mau nanti bulan sebelas Yong dapat cuti 3 bulan.
Ada juga ipar Yong kena masak Pengat Pisang untuk ibu yang mengidam.
Ishh..cheh!cheh!...3 udah cukup.

Jangan produktif sangat Yong oiii!! (amaran Yong untuk diri sendiri..ehehe)


Yong ambil twin bed sebab Yong ingatkan muat empat beranak ni.
Rupanya tak muat. Sudahnya, Yop ngan Sophea tido kat lantai...ahahaha!!
Kesian Yop..dia yang bayor, dia yang ke lantai.
Yong lupa badan anak2 Yong dah besar panjang. Lenkali kena amik 2 bilik.

Besar2 dah anak2 yong......oh indahnya~~


Dari luar pun dah nampak unik, apatah lagi interiornya.
Memang feel dia lain dari yang lain.
Tak rugi stay kat sini. Dah jadi ketagih pun ada.





Ini Philea "Honeymoon' Suite. Banglo sebijik gitu.
Sangat P.R.I.V.A.C.Y! Ye la..orang tengah honeymoon, kena jauh2 dari orang lain.
Paham2 je la kan..takde sapa nak dengar awak gelak gedik2 laki bini,
atau apa2 bunyian yang mengganggu emosi orang lain...

Dalam suite ni juga ada romantik bathtub fit for two. Ada lcd tv plak tu mengadap bathtub.
Kononnya sambil mandi, boleh tengok bola skali. Bola time honeymoon??
Sapa stuju memang nak kena sekeh!





Pool ni memang terbaik!!
Keliling pool ni ada waterfall dengan efek bunyi yang sungguh relaxing.
Dasar pool tu bukan jubin biru yang biasa. Dasarnya macam batu2 sungai. Cantik!
Designed by nature gitu. Superb!!!




On the way ke Nusantara Kampung Restaurant,
ada kolam ikan yang luas dan penuh dengan ikan kap Jepun ni.
Cantik2..berkilat2 je sisik ikan tu.
Kena plak cahaya matahari..memanchor2!!!




Walaupun anak Yong letih..tapi sebab environment hotel yang awesomeness...
diorang jadi teruja nak explore sana sini.




Ada area pool table dan sini tempat lepak malam2 ala kopitiam.
Memang best kalau buat family gathering kat sini.




Phili Kidz ni tempat anak2 kecil nak main sementara mak atau ayah pergi gym/spa/sauna/dating/buat baby/ shopping...etc.
Tapi nampak gayanya..Yop tidak berminat untuk semua di atas kecuali untuk turut serta menjadi kanak2 riang.




Begitu juga dengan Yong.
Macam mana menarik sekalipun games dalam Phili Kidz ni,
Yong lebih rela amik bantal yang empuk dan melabuhkan diri.
Jangan tak tahu..ada 6 bantal empuk yang besar dalam bilik ni untuk kegunaan ibubapa yang letih melayan anak.
Memang family friendly!



Kalau pegi memana, Yop ni suka posing maut.
Disebabkan camera ni milik Yong, maka Yong takde pilihan selain dari melayan ke'diva'an Yop ni.




Bila petang tiba..hari makin redup, amatlah sesuai kiranya Yong membawa anak2 ke swimming pool.
Yong tak join mandi sama sebab Yong ada masalah yang tidak dapat dielakkan setiap bulan.
Spoiled my holiday..urghhhh!!!

Mengikut inspection Yop, pool ni bersih!
Usually, kalau pergi swimming pool kat memana,
Yop akan memeriksa tahap kejernihan air.
Dia akan guna goggle dan tengok kot2 la ada bahan2 terampai ke,
gumpalan ludah ke (ewwww!!!!), dan apa2 bendasing dalam kolam.

Mengikut hasil pemeriksaan Yop,
kolam ni memenuhi standard kebersihan yang menakjubkan.
Sama macam kat Hyatt Regency Kuantan. Yop puas hati.




Ni hadiah dari Philea untuk guest. Ada 3 pasang selipar dengan saiz yang berbeza.
Ada saiz lelaki (besar), perempuan (sedang) dan anak (kecil).
Kalau hotel2 lain, biasanya bagi selipar yang pakai buang tu.
Yang ni boleh pakai merata. Nak pegi pasar malam pakai selipar ni pun takder hal.




Overall...Yong sangat berpuas hati dengan environment,
service dan juga experience yang Yong dapat selama stay satu malam je di Philea ni.
Yong pasti datang lagi and nak try stay kat Philea Suite.




Philea Resort and Spa, Melaka....MAGNIFIQUE!!!

*ADDITIONAL INFO:
Yong cuma bayar RM390 Nett for one nite stay with complimentary breakfast for two adult and two kids, sebab Yong orang gomen.
Kalau swasta, RM468 kalau tak silap. Tapi ni harga promotion yer.
Kalau takder promotion, publish rate is RM780.

Ada juga promotion for family. Boleh le tengok2.
Mana la tau cuti sekolah bulan Mei ni nak bawak anak2 bini bercuti kan?

Apa2pun...have fun!

Yong signing off and check out. Babai!~