Last week, yong seronok sembang ngan bff yong pasal nasi kangkang.
Bukan yong amalkan sihir nasi kangkang ni, nauzubillah~!
Kalau si yop nak cari pompuan lain, yong cuma amalkan C4 jer.
Lebih effective, cepat sikit problem yong settle..ehehehe
(jaga ko yop, ni warning ni!)

Mengikut cerita bff yong,
ada pompuan kat ofis dia amalkan ilmu ni untuk cepat naik pangkat dan kesenangan.
So yang kena kangkang ni si bos le.
Geleng kepala yong dengar cerita bff yong.
Bos yang tinggal di banglo mewah, ada 3 orang gaji...tapi, setiap pagi macam lembu ditarik tali di hidung,
dia akan ke rumah pompuan ni. Tujuannya bukan untuk melepaskan kerinduan.

Dari rumah, bos ni pakai office attire cukup lengkap,
kemeja dan seluar slack dah diseterika kemas oleh orang gaji.
Naik kereta mewah dipandu driver. Sampai kat rumah pompuan tu, bos ni bukak kemeja dan seluar slack, tinggal singlet dan boxer je.
Melangkah ke dapur ambil kain dan baldi....dan si bos ni mula mengelap lantai menggunakan tangan. Bukan pakai batang mop yer..pakai tangan hokey!

Dah sudah mop lantai, sambung pulak menyidai kain, bra, undies dan segala la.
Untuk seorang lelaki yang hidup mewah, bila dah kena sihir,
dia boleh lupa taraf hidupnya dan dihamba jadi orang suruhan. Sadis...

Yong pun melawak le lepas dengar keluhan bff yong ni.
"pekata ko google je cara nak buat nasi kangkang. mesti ada punya"

Tidak le yong tahu.,..rupanya melambak dalam internet. Astagfirullahalazim...

Sebab senang sangat caranya, maybe ada juga orang yang pendek akal,
lemah iman akan cuba2 nak buat nasi ni.
Detail pulak tu cara2nya.
Jijik!! Ewww....bluwerkkk!

Cara2 membuat nasi kangkang ni, yong copy paste dari blog yang yong jumpa tadi.
Diminta jauhi amalan kotor dan berdosa ni.
Jangan buat kat orang kalau tak nak orang buat kat kita.
Paham? Comprende? Capiche?

(penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya, agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10-15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab. Selain nasi, air minuman pun boleh diguna untuk tujuan yang sama.)

Sekarang, yong nak share ilmu yang yong jumpa masa google2 pasal nasi ni tadi.

Kalau kita nak elak dari terkena apa2 sihir ataupun sihir nasi kangkang ni,
kita boleh amalkan membaca ayat dari surah As Saffat,
ayat 1-7, insya-allah.

Ini Yong extract dari salah satu website, ayat dan terjemahannya.



Yong ingatkan zaman moden ni, ilmu sihir ni dah ketinggalan zaman.
Tapi Yong lupa, zaman moden ni la time yang paling ramai orang nak guna,
sebab kepercayaan terhadap kuasa Allah swt makin menipis dan
dosa pahala tidak lagi penting dalam hidup.

Yang penting, hidup nak mewah, nak senang....haihhh...