Photobucket


Hari sabtu baru ni, yong ngan bff zeraaasss ke Melaka.
Hajatnya nak jemput anak2 yong yang dah puas bersukaria time school holiday ngan Mak Ngah diorang.
Saing ngan hajat amik anak..yong pun pasang gak hajat nak makan seafood di Muara Sungai Duyung, Melaka.
Kat situ sedap dan giler2 murah!

Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Bila yong tiba ke Melaka, anak2 yong udah sampai Bangi.
Apa kesah ni?

Inilah jadi bila lack of communication..hehe.
Silap yong tak bagitau terang2 kat ipar, yang yong nak datang jemput anak2.

Okay...tak paham cerita ni sudah. Yang yong nak blogging kali ni,
tempat makan baru bukak kat Bandar Baru Bangi ni..Restoran Sekinchan Ikan Bakar.

Lokasinya dekat ngan Econsave Bangi.
Sebab hajat nak makan kat Muara Sungai Duyung tak tercapai,
yong pun ngajak le bff tu ke restoran ni.
Idak le kempunan orang kata.



Kat sini ada banyak jugak pilihan.
Masa Yong datang tu ada ikan2 yang standard kita jumpa kat restoren seafood, lala, kerang, pari, siakap, ikan merah dan jugak belut.
Yong memang seram sejuk tengok belut julur2 kepala.




Yong pun pilih 2 potong ikan pari yang sedang2 aje, ngan sotong pun panjang sejengkal je.
Ingatkan dia boleh masak macam2..rupa-rupanya, semua menu bakar.
Rempah bakar pun sama je, tak kisahla kerang ke, belut ke, pari ke...rempah yang sama,
so rasa pun sama le.


Ditulis kat situ, waktu membakar dalam 30 minit.
Yong ngan bff dah lembik lutut lapar, maklumlah kitaorang ni musafir.
Bangi-Melaka-Bangi in 6 hours.
Sebab lapar sangat, yong nak lapik perut dulu ngan nasik lemak daun pisang.

Harga, RM2.00.


Photobucket


Nasik lemak ni boleh tahan gak rasanya.
Ada telur rebus potong half, and ikan bilis pun agak banyak la.
Maybe nak beli lagi lain kali.


Photobucket


Ini ikan pari yang yong pesan. Agak hancing skek bau ikan ni. Hmmffff!!

Harganya RM16.00.


Photobucket


Sotong ni pun bakar macam pari tu jugak. Sangat sikit!
Sekor yang saiz sejengkal ni..harganya RM10.00!


Ni 3 dipping sauce atau sambal2 untuk nak naikkan rasa ikan bakar tadi.
Apa yang yong boleh tulis kat sini, sambal2 ni tak pedas dan kurang rasa.
Kurang garam, kurang asam.
Dengan erti kata lain..tak yah bagi pun takpe kot.


Masa tangkap gambar ni, yong rasa macam gorgeous abis!
Tapi jangan dilupa, yong dah pakai baju ni rentas 2 negeri yer..so,
ala-ala masham skek..ehehe.

So, kalau nak pegi restoran ni,
makan nasik lemak dua hengget tu lebih sedap dari ikan bakar yang mak aihh mahal kau!

Total untuk 2 orang makan: RM32.00

Sekian. Nanti yong hapdet sikit lagi. Nak makan tengahari jap yer. Undur diri dulu.
MuaahhhhHHH!!!


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.