Semalam yong pegi KLCC nak buat mani/pedi kat Nail Parlour, prior to Lat The Muzikal.
So..sambil2 tu ada la buat tawaf keliling level 1 KLCC tu, intai2,
jenguk-jenguk tingkap butik designers yang dah tentu,
kalau yong melangkah masuk...pak gad pun nanti keluar senapang gajah nak ngalau yong keluar.
Maklumla...yong takde platinum card, Isetan member card pun takde.
Kesian kan?

Sepanjang jalan tu berangan la nak beli mang satu barang dalam butik2 tu.
Pastu baru yong sedar..sebelum kita beli, at least kena la tau nyebut nama design tu.
Cuba bayangkan yer, masuk butik Louis Vuitton...yong pun cakap ngan salesgirl tu
"Hi, I'm looking for 'Lu-wis Vu-et-ton' latest design. Can you assist me?"
(pastu salesgirl yang gaji lebih kurang yong ni pun senyum sindir.
Mesti dalam hati dia kata, sebut pun tak betul, ada hati nak beli..kampung sungguh!)

Sebelum kes ini berlaku, moh kita belajor nyebut dengan betul.





Ni kalau ejaannya 'Louis Vuitton'.
Yang ni, bukan kata handbag, coin purse dia pun belum tentu yong dapat beli.
Mahai giler terbabas! Beg yg paling kenit pun harganya USD325 @ RM1,050.
Tapi sebab nak nampak macam mampu la kan,
dapat sebut dengan betul tu pun kira halal la. Bley arr blagak ngan orang kampung, ye dak?

Gini..nyebutnya "Lu-wee Vhi-thon".
'O' pada Thon tu sebut macam nak sebut RON97 ke 95 ke.

Sila sebut sekali lagi....

"Lu-wee Vhi-thon"... ha, bijok2!


Ni pun mati idup balik, jual laki yong kat Bik Mama pun belum tentu dapat pegang.
(errmm..rasanya Bik Mama nak ke laki yong ni..ahahaha! ~sewel jap)

Ni namanya Hermes.
Semalam jenuh yong cuba memandai sebut 'her-mes', 'er-mes'.... ishh, macam salah je.

Kalau korang ada duit, boleh le beli.
Harganya dalam lingkungan USD9,000-USD15,000 jer.
Tukarkan dia kepada ringgit Malaysia..jeng3! Paling murah RM30,000.
Yeay...boleh beli Viva sebijik cash!

So, kepada kawan2 yong yang seangkatan dan sewaktu ngan yong,
tahu tak dapat merasa cium bau beg ni, jangan sedih2.
Mari sebut dengan betul untuk mendapat keberkatan.

Hermes = "er-mess". 'er' tu disebut mcm nak sebut terror ke, seret ke.

Paham? Capiche?.... Excellente! Bravo missy!


Ni yong mampu beli. Dah beli pun! (yeay)
Tu pun perfume je la. Beg ke, kasut ke...tak sampai tahap mampu lagi.

Haihh....nak sebut nama orang Perancis ni memang aje yg menyusahkan, kan?

Yong tak nak lebih2 cerita pasal perfume ni.
Kita teruskan pelajaran kita dengan belajar menyebut Yves Saint Laurent.

Yves Saint Laurent = 'yiv-san-lo-ghaan'.
A pada ~San~ tu disebut macam sebut 'dan'. Sama gak dengan ~ghaan~ tu.
Tapi bunyi ~gh~ tu bior le lembut sikit. Macam perak nyebut orang tu 'oghang'.
Ha..cenggitu le...

Again class..."yiv-san-lo-ghaan''.

Ishh..pandai2 kome ni iyer! Senang sungguh masuk ilmu.
Hari ni kelas kita belajar nyebut 4 perkara je la yer.
Last skali kita blajar nyebut Salvatore Ferragamo.

Macam mudah je..,ajernyer iyer!

Salvatore Ferragamo = "Sal-va-to-re Fer-ra-ga-mo".
Yang 'to-re', sebut nyer macam nak sebut part nama Fernando Torres tu.
Tapi buang le 's' yang kat belakang tu.

Ha...mudah kan?

Udahle tu, sekian kelas kita pada hari ni.
Kalau rasa nak cekidaut lebih lanjut, silalah rajin guna link ni. ( http://www.howjsay.com/ )
Lebih2kan ilmu designer anda untuk nampak lebih gorgeous, the cheapest way~!

MuuuaaahhHHH!!