Hampir separuh rakyat Malaysia teruja nak tengok Asmara 2,
lakonan Shah Jazle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna (Melati)
dan ada la dua tiga kerat lagi pelakon yang boleh tahan la.

Yong tak sure, org gian tgk jalan ceritanya atau teruja nak tengok Shah Jazle.
Yong hanya minat nak tengok sebab Yong punya misi tersendiri.
Yong mau kritik kaw2 punya! MuahahAHAHA!!

Eh..kalau kritik, bukan nak cari pasal. Ini kritikan membina.
Kalau salah tolong tunjukkan, bak kata pepatah melayu yang glamer itu.

Anyway, hensem ke Shah Jazle pujaan ramai ni?
Humm...bukan taste Yong langsung.
Maybe idong dia yg besar @ maybe bibir tebal dia yg buat Yong turned off.
*Yong suka Aaron Aziz je..grrrr, meooww!!*

Dan jadi persoalan, kenapa nama watak Shah Jazle ni 'Asmara'?
Pelik arrr..Lama2 nanti, ada plak mamat nama Rindu, Pujaan, Dambaan,
(org melayu dah abih modal buat nama anak gamaknya)

Ok..skang Yong nak mula kritik
(asah pisau, lumur limau kasik tajam. Skang hamik nah!)
Kalau korang peminat setia..maybe korang akan marah giler dengan kejujuran Yong nanti.

And the story goes like this:....

Bapa mertua Asmara call la mamat ni pukul 2 pagi,
nak inform kata si Zalia dah meninggal...*sobs*.
Seperti suami yang normal, Asmara ni terus start motor kap dia nak gi ziarah arwah bini.
Rempit punya rempit, minyak motor abih tengah jalan.
Asmara pun singgah la stesyen minyak.
Masa nak bayar duit kat kaunter tu...dia asyik toleh tengok motor kap dia yang buruk tu.
Pe la yg sayang ngat kat motor tu ntah. Jual pun dapat RM500 je.

Pas bayar dia terus nak isi minyak.
WaaHHH!!! Pakai motor kap, nak isi minyak Ron 97 tu...giler kencang! Hahahaha...
Okeh..belum sempat nak isi, ada la mamat mana ntah,
bawak hammer..pukul si Asmara ni kat kepala dia yang masih berhelmet.
Diulang...pukul kepala yang berhelmet!

Dua kali blow..terus gedebek pengsan.
Yong kesian kat mamat ni..maybe bini baru meninggal,
so helmet kena ketuk sikit, terus lemah semangat.
Sedar2, dia dah ada kat hospital dengan kepala yang berbalut.
Korang cuba imagine, baru dua kali ketuk helmet tu, kepala dah berbalut..hahaha!!!

Agaknya, kalau eksiden, mau berbalut satu badan ngan kain kapan terus!
Helmet low kualiti gamaknya...takde sticker SIRIM.. :(


Anyway, normally kalau cedera kat kepala, ada luka ke hapa,
rambut tu sure doktor kena shave kan?
Cemana doktor nak jahit luka kalau ada rambut lebat mcm Asmara tu?
Yishh...common sense la wey!

Pastu, si Zalia yang terbaring koma ni
(tak mati lagi, bapak Zalia tipu Asmara so Asmara tak yah jumpa Zalia lagi).
Yong jadi elergik bila orang yg koma ni menten cantik jelita.
Tak salah sebenarnya cantik time sakit,
yang salahnya kalau dah koma..cemana nak makan kalau takde tiub kat hidung?
Mau mati kering si Zalia ni! (cepat sikit citer ni abis)

Yang paling buat Yong gelak besar...
rambut si Zalia ni masa di pembaringan, macam Medusa!!
Buat la sisir tepi, kan cantik. Ini tak,..mengerbang!
Yong pun perasan kening still cantik terlukis, kuku pun manicure.
Yong yang tak koma ni pun tak sempat trim itu ini.
(maybe sebab dia orang kaya, so mak dia panggil beautician datang rumah kot)
Then masa akad nikah. Tak tau la samada Asmara dah ceraikan Zalia ke belum.
Tapi dari awal cerita, macam belum cerai je. Tup2 dah mati (konon la).
So..masa isi borang nikah tu...kan ke kena isi status bakal pengantin lelaki.
Single ke, duda cerai ke, duda mati bini ke, laki orang ke.
Kalau duda cerai, kena ada surat cerai kan? Kalau mati bini, kena ada sijil mati bini kan?
So...pepaham sendiri lah.

Yang tak paham tu...kalau nak buat drama, mesti ramai krew.
Dalam 20 orang gitu termasuk yang buat air.
Dalam ramai2 tu, takkan takde sorang pun yang tahu adab dalam masjid?
Melati punya baju akad nikah...jarangnya!!

Haihh..ni la masalah pengarah/penulis skrip drama melayu. Tak study dulu. Buat Yong muak. Bluwerrrkkk...