Hari Sabtu lepas, macam2 jadi, macam2 berita hawt.
Tsunami di Jepun (since Friday lagi),
mak Yong datang dari kampung dengan opah,
sedara mara datang berduyun2 serang rumah,
anak2 pegi bercuti ke Melaka ngan Mak Ngahnya,
and Yong tengok citer Fasha Sandha yang mantop!

WHUTT?? Fasha Sandha...hahaha!!!




Bukan sengaja nak gelak...
tapi biasanya Yong akan panggil dia dengan macam2 nickname.
Fasat Sendat la, Pasha Canda la,memacam lagi yang tak manis disebut..chewwah!
Pepasal tetiba Yong 'kamcheng' ngan Fasha ni?

Gini, malam sabtu seperti biasa ada cerekarama kat TV3.
Early this week Yong berjaya harung layan ASmara2 (bluwerkk) dengan penuh dedikasi.
Maklumlah..seronok nak cari pasal, kritik2 apa yang patut.
Sama jugak la dengan cerekarama minggu ni, tajuknya 'Berkalung Noda'.

Cepat2 Yong cari pen ngan kertas..bersedia depan tv, 
nak cari points untuk kutuk artis keberet..ouupss..feveret maksud yong..ehehe.

So telemovie ni start dengan apa ntah puisi ke,
apa pun tak tau..tapi agak menarik!
Terinsaf kejap gitew.
And the story begins...

Fasha ni sebagai Karina,
wife kepada Roy Azman (Azrai)..
bini yang tak payah bersengkang mata jaga anak,
atau berkasar kulit basuh pinggan ke, masak ke.
Dengan erti kata lain, udah le gorgeous, kawin ngan orang kaya nak mam*,
laki pun bagi apa bini nak. Siap drive Poshe Cayenne lagi gitew.

Oleh kerana si Azrai ni sayang famili,
dia bersungguh2 cari duit sana sini, slalu outstation.
Sayang anak tangan2kan, sayang bini tinggal2kan. Kan? *sobs*

So..ceritanya,
si Karina yang kesunyian ni
digoda oleh sorang mamat boley tahan hensem bernama Jay(Riz Ainuddin).
*aiseh..memang hensem tul mamat ni!*



Without her knowing that Jay ni actually anak ikan aka pisau cukur.
Memang keje dia umpan bini2 yang loaded, so dia boleh ugut untuk dapat duit.

Adess..penat lak cerita panjang. Yong short kan ajelah.
Nak dijadikan cerita, Azrai dapat tahu kecurangan Karina
so Karina diceraikan lepas Azrai panggil team pencegah maksiat untuk cekup pasangan ni.

Sebab broken hearted, Azrai terus angkut anak2 dia, pindah tempat lain,
family Karina pun buang dia sebab dia menyundal.
Finally Karina yang takde rumah, duit, fren or family member...jadi orang gila.



Puas Yong tunggu kat mana nak point salah pengarah atau penulis skrip, tapi Yong jadi blank.
This director is almost perfect. Yang sikit2 tu abaikan aje sbb tak significant pun.
Fasha memang awesome dalam telemovie ni.
Jadi bini curang memang tentu dah dia ada 'maybe it's maybeline, 
maybe she just born with it'.
Tapi bila jadi pompuan sewel, ada satu part tu, 
Yong dah nampak muka dia macam Rosnah Mat Aris yang gila meroyan.
Memang jadik! Yong respect lanting2.

So..Yong tunggu le sampai abis, nak tahu sapa pengarah ni?

Oh....Mohd Hitler Zami! Humm...
He just made me fell in love with Fasha. Damn!
Did I just wrote fell in love?
Oh..crap!