"Yop kena rompak!"....yop..yop..

Dah dekat sebulan Yong tak jenguk anak Yong yang kecik dan manja ni,
Dafique Izzad Wafi nama diberi.
Ni anak Yong yang bongsu, nombor 3, lahir kat Pantai Medical Centre, Melaka.
Suka pukul orang, suka jerit kuat2 dan suka nyanyi lagu "Soley~Soley".

Sebab kerinduan yang teramat sangat,
Yong pujuk Yop pergi ambil dia kat Pahang.
Sekarang ni, mak sedara belah suami tolong jaga si kecik ni,
memandangkan Yong selalu jadi ibu tunggal bila Yop pegi ke Australia nu ha.
Jaga tiga orang anak kecik sekaligus sorang2 memang akan buat Yong admitted ward.

Pengsan!
.....................................................................................................

Pepagi lagi Yong gerakkan Yop, suruh pegi ambil Wafi.
Tengahari Yop dah sampai Pahang,
petang Yop sampai Bangi dengan Wafi.

Yong kat ofis rindu teramat kat si manja Wafi ni. Tak sabar nak balik.
Sebab tak sabar, Yong telefon Yop tanya khabar Wafi.
Ingatkan nak happy mood bila tahu Wafi ada kat rumah.
Tapi happy bertukar scary bila Yop bukak cerita.

Apakah?


Menurut Yop, masa nak balik ke Bangi,
singgah di Petronas Genting Sempah nak isi minyak.
Kemudian ada sorang mamat
(lupa nak tanya bangsa apa..well, tak penting pun).

Ceritanya,.... mamat ni datang kat Yop,
merayu2 suruh Yop beli henset dia (tak tahu jenama apa, Yop tak cerita).
Kononnya dia takda duit nak balik rumah
(kat mana rumah pun Yong tak pasti, Yop tak cerita.)

Yop kata dia ada RM200 je dalam poket.
Tapi mamat tu kata henset dia nilai ribu2.
Lepas kena pujuk...Yop pun keluarkan la duit RM200 tu dan beli henset tu.

Pastu mamat tu blah, baru Yop sedar, bukan phone yang Yop dapat.
Yop dapat sample je. Handphone mainan gitu.
Apa lagi,..boleh bagi anak2 Yong main le jawabnya...hahaha!!
(mahal mainan anak aku ni..RM200 tu! Macam beli Fisher Price toys)

Yang Yop tak tahu...dah banyak kes menipu guna modus operandi macam ni, nationwide.
Yop rajin baca blog politik tapi, Yop tak baca berita semasa.
So Yop tak aware kes2 macam ni.

Rasa nak membebel je kat Yop...tapi bila fikir balik,
we learn from our mistake not from others nagging.
Jadi..Yong diamkan je
(hehehe...ada la sikit pot-pet tu..tapi sikit je la)

Kesimpulannya,
kalau ada orang nak jual barang main approach2 ni...usah layan.
Kot terdesak nak handphone mahal pun, beli la kat kedai.
Kalau takde duit, tak payah beli.
Bukan mati pun tak pakai handphone mahal, kan?

Yong pernah juga kena cubaan menipu ni.
Orang tua pulak tu. Dah umur 60 lebih.
Masa tu Yong keluar makan dengan officemate di KL Sentral.
Yong ingat nak beli kek kat kiosk Secret Recipe, tetiba orang tua ni datang.

Merayu2 mintak Yong bagi duit. Katanya nak beli tiket balik Taiping.
Yong kata:
"pakcik, saya tak boleh bagi duit.
Tapi kalau pakcik nak saya belikan tiket, saya boleh."

Pastu pakcik tu macam mengugut plak:
"Ha! belilah! Aku tak tipu kau. Ni ha IC aku. Ha! kau tengok tu, aku warga emas."
....Ha??
Geram gak Yong, tapi memikirkan dia tua, so Yong abaikan dulu.

Yong bawak pakcik tu ke kaunter KTMB, beli tiket keretapi ke Taiping,
guna tambang warga emas. Kalau tak silap, dalam RM14 gitu jer.

"Ni dia pakcik, tiket ke Taiping. Pakcik tunggu je kat bawah sana"
sambil menunjuk arah terminal ktm.

"Hei...takkan tak bagi duit belanja kot? Nak beli makanan ni!"
kata pakcik yang tak sedar diri tadi.

"Pakciiiiiikkkkk....(hangin dah ni)! Saya belikan tiket ni pun dah ok kan?
Jangan la mintak banyak2. Kat tangan pakcik tu kan ada roti.
Cukup lah tu sampai Taiping, kan? Ok lah, saya nak masuk keje ni."

Dengan seberapa pantas,
Yong dengan colleague Yong blah cepat2 dari situ sebab dah lambat masuk keje.

Humpeh orang tua ni. Bukannya nak cakap terima kasih.
Berlagak pulak nak mintak2 duit orang.
Geram betul Yong!

Jadi..berwaspada dengan sesiapa saja.
Kita tak tahu orang2 ni memang betul2 susah atau betul2 nak menyusahkan.

Sebagai info pada sesapa yang read blog ni,
tengok berita yang diprint The Star bulan Februari lepas.
So, berjaga2lah kita yer?


Additional info:
Yop,...Yong tahu Yop memang lelaki yang pemurah, dan sangat caring.
So, Yong anggap Yop buat tu macam sedekah ye.
Kita bagi rezeki kat orang lain, insya-Allah ada rezeki untuk kita nanti yer....muaahhHHH!! Sayang Yop...(ehehe, over lebey2 plak)

Carcosa/Berdosa Seri Negara

Sejak balik dari Philea, badan Yong letih2. Asyik nak tido je.
Nak bangun pergi keje pun malas.

Sejak dari balik Philea juga, banyak idea mencurah2 keluar.
Nak vacation kat mana pulak lepas ni?
Kat mana yang menarik?

Mula2 Yong terfikir Carcosa Seri Negara.

Rasa macam mewah sangat tempat ni. Feels like royalty.



Teringin gak nak merasa tido kat bilik yang ala-ala Victorian Style.
Kalau boleh, nak jugak pakai gaun kembang, blusher bulat kat pipi, lipstick cenonet and jalan macam menari.
Teringat movie Ever After. Romantiknyer....

Cuba juga imagine cemana la agaknya kalau Yong bercinta dengan Yop masa Victorian Era tu.
Errm...Yong jadi anak raja?
Eishh..tak nak. Anak raja asyik kena bunuh je. Nyawa tak panjang.

Yong jadi anak orang kebanyakan, Yop jadi lanun.
Bwahahaha!!! Ni dah macam cerita Pirates of the Carribean.
Yong jadi Elizabeth Swann, Yop jadi Will Turner.

Oh..hensem sungguh kalau muka Yop macam Will Turner.
You 'will' always 'turns' me on! Ngee~~



Kalau Yong jadi Elizabeth Swann, memang sajak sangat!
Miss Swann tu berani, garang and cantik macam Yong..(ayat tak bley blah..haha)

Miss Swann jugak setia pada Mr. Turner walaupun Captain Jack Sparrow asyik nak ngorat Miss Swann ni.

Memang la Miss Swann tak nak Jack Sparrow sebab dia busuk.
Yong pun pantang ngan orang yang busuk.
"Hei, pegi mandi arr..! Pakai sabun Dettol, sental daki2 tu..hiyeeeerrr."
kata Yong pada sesapa yang cuba2 approach Yong dengan bau badan yang uhuk!



Namun begitu, setelah Yong pasang impian untuk jadi Elizabeth Swan dan bermain pedang dengan Yop aka Will Turner,
juga angan2 untuk enjoy high-tea and tido barang semalam kat sini HANGIT, HANGUS, MUSNAH!!!

Apa yang tak kena? Carcosa nak kena roboh ke?



Ni badigol kutu berahak 3 ekor ni punya cerita la buat Carcosa Seri Negara jadi Playboy Mansion.
Kalau ada playmates takpe la gak..ini tidak,
buat tayangan filem porno zaman koboi, filem hitam putih pulak tu!

Pelakon pun muka takde komersial value,
ada hati nak buat first preview screen kat tempat yang exclusive macam tu.
Memang #*****#!!!
(ayat ini terpaksa ditapis sbb ada unsur2 keganasan)

Tempat dah elok2, orang buat fashion show la, wedding la, holiday la kat situ...
kutu2 ni gi simbah taik lak kat situ.
Hilang angan Yong tukar jadi hangin!

Yong tak suka buat entri ni sebab sambil menaip, mulut Yong tak abih2 mencarut.
"Maderfaker ezhol!"







Philea Resort and Spa, Ayer Keroh, Melaka.

Fuhh...penat sungguh yong semalam. Nak blogging pun takde tenaga.
Hari ni pun tak hilang penat lagi.
Apakah yang Yong telah buat sampai nak terpengsan2 ni?
Hehe...Yong pergi V.A.C.A.T.I.O.N, cik gayah, cik tipah weh!

Kelmarin ingat dak, Yong merayu kat Yop nak beli Ipad 2.
Ipad 1 pun takpe, Yong tak memilih.
Bukan kata Ipad, Ipod kenit yang dah berkurun kat market pun Yop tak kasik beli.
Yong merajuk...Yop pujuk.
"Jom kita pergi holiday yer? Gi tido kat Philea nak?" kata Yop.

Yong sengih sampai telinga, lupa kejap kempunan Ipad mahupun Ipod tu tadi.

Jumaat balik keje, pegi Alamanda jap for dinner,
pastu balik rumah basuh kain sampai 2 pagi..mengeletar badan sejuk masa menyidai baju kat balkoni.
Pukul 11.30 pagi Sabtu, Yong pun zeraass bawak anak beranak ngan Yop ke Ayer Keroh, Melaka.

Tiba je di lobby Philea Resort and Spa, front office officer layan Yong sefamili dengan baik.
VIP treatment gitu.
Sambil duduk2 menanti check-in, staf hotel hidangkan fruit punch as a welcome drink.
Pastu lagi satu staf hulur cold towel buat penyejuk badan.
Ishhh....ajer yang pandai melayan tetamu. Memang letops la Philea ni!

Yong ambil Pavillion Villa, dapat bilik 3010.
Dari lobby ke bilik, naik Buggy Ride...weeee!!!
Laju siot, Yong takut anak yong terpelanting keluar.
Tapi bebudak ni kemain seronok naik menatang alah tu..ngekek2 diorang gelak.
Yang Yong ni macam nak pecah jantung takut..hahaha.
...............................................................................................

Masuk je dalam bilik...Masya-Allah...punyala cantik!
Yang paling cantik yang pernah Yong masuk. Macam2 hotel dah Yong pergi.
Hyatt, Shangri-La, Sheraton, Renaissance, etc... tapi ni la yang paling mengagumkan!
Diulang suara.."MengagumkaaaaannnN!!!!" Awesomeness beyond speech. Fuhh...



Anak2 Yong macam monkey jumping up and down tiap2 kali masuk bilik hotel.
Rasanya masa Yong mengandungkan bebudak ini, tak pernah sekali pun Yong terkinja2.


Mana ke datang tebiat macam ni? Kalau bukan Yong, mesti Yop ni!
"Yop...kamu memberuk ke masa yong boyot dulu? Ha..patutle anak2 kamu jadi gini!"
(bukan salah ibu mengandung..ngee~~)


Nasib baik Yong datang dengan anak2.
Kalau Yong datang berdua dengan Yop je, mau nanti bulan sebelas Yong dapat cuti 3 bulan.
Ada juga ipar Yong kena masak Pengat Pisang untuk ibu yang mengidam.
Ishh..cheh!cheh!...3 udah cukup.

Jangan produktif sangat Yong oiii!! (amaran Yong untuk diri sendiri..ehehe)


Yong ambil twin bed sebab Yong ingatkan muat empat beranak ni.
Rupanya tak muat. Sudahnya, Yop ngan Sophea tido kat lantai...ahahaha!!
Kesian Yop..dia yang bayor, dia yang ke lantai.
Yong lupa badan anak2 Yong dah besar panjang. Lenkali kena amik 2 bilik.

Besar2 dah anak2 yong......oh indahnya~~


Dari luar pun dah nampak unik, apatah lagi interiornya.
Memang feel dia lain dari yang lain.
Tak rugi stay kat sini. Dah jadi ketagih pun ada.





Ini Philea "Honeymoon' Suite. Banglo sebijik gitu.
Sangat P.R.I.V.A.C.Y! Ye la..orang tengah honeymoon, kena jauh2 dari orang lain.
Paham2 je la kan..takde sapa nak dengar awak gelak gedik2 laki bini,
atau apa2 bunyian yang mengganggu emosi orang lain...

Dalam suite ni juga ada romantik bathtub fit for two. Ada lcd tv plak tu mengadap bathtub.
Kononnya sambil mandi, boleh tengok bola skali. Bola time honeymoon??
Sapa stuju memang nak kena sekeh!





Pool ni memang terbaik!!
Keliling pool ni ada waterfall dengan efek bunyi yang sungguh relaxing.
Dasar pool tu bukan jubin biru yang biasa. Dasarnya macam batu2 sungai. Cantik!
Designed by nature gitu. Superb!!!




On the way ke Nusantara Kampung Restaurant,
ada kolam ikan yang luas dan penuh dengan ikan kap Jepun ni.
Cantik2..berkilat2 je sisik ikan tu.
Kena plak cahaya matahari..memanchor2!!!




Walaupun anak Yong letih..tapi sebab environment hotel yang awesomeness...
diorang jadi teruja nak explore sana sini.




Ada area pool table dan sini tempat lepak malam2 ala kopitiam.
Memang best kalau buat family gathering kat sini.




Phili Kidz ni tempat anak2 kecil nak main sementara mak atau ayah pergi gym/spa/sauna/dating/buat baby/ shopping...etc.
Tapi nampak gayanya..Yop tidak berminat untuk semua di atas kecuali untuk turut serta menjadi kanak2 riang.




Begitu juga dengan Yong.
Macam mana menarik sekalipun games dalam Phili Kidz ni,
Yong lebih rela amik bantal yang empuk dan melabuhkan diri.
Jangan tak tahu..ada 6 bantal empuk yang besar dalam bilik ni untuk kegunaan ibubapa yang letih melayan anak.
Memang family friendly!



Kalau pegi memana, Yop ni suka posing maut.
Disebabkan camera ni milik Yong, maka Yong takde pilihan selain dari melayan ke'diva'an Yop ni.




Bila petang tiba..hari makin redup, amatlah sesuai kiranya Yong membawa anak2 ke swimming pool.
Yong tak join mandi sama sebab Yong ada masalah yang tidak dapat dielakkan setiap bulan.
Spoiled my holiday..urghhhh!!!

Mengikut inspection Yop, pool ni bersih!
Usually, kalau pergi swimming pool kat memana,
Yop akan memeriksa tahap kejernihan air.
Dia akan guna goggle dan tengok kot2 la ada bahan2 terampai ke,
gumpalan ludah ke (ewwww!!!!), dan apa2 bendasing dalam kolam.

Mengikut hasil pemeriksaan Yop,
kolam ni memenuhi standard kebersihan yang menakjubkan.
Sama macam kat Hyatt Regency Kuantan. Yop puas hati.




Ni hadiah dari Philea untuk guest. Ada 3 pasang selipar dengan saiz yang berbeza.
Ada saiz lelaki (besar), perempuan (sedang) dan anak (kecil).
Kalau hotel2 lain, biasanya bagi selipar yang pakai buang tu.
Yang ni boleh pakai merata. Nak pegi pasar malam pakai selipar ni pun takder hal.




Overall...Yong sangat berpuas hati dengan environment,
service dan juga experience yang Yong dapat selama stay satu malam je di Philea ni.
Yong pasti datang lagi and nak try stay kat Philea Suite.




Philea Resort and Spa, Melaka....MAGNIFIQUE!!!

*ADDITIONAL INFO:
Yong cuma bayar RM390 Nett for one nite stay with complimentary breakfast for two adult and two kids, sebab Yong orang gomen.
Kalau swasta, RM468 kalau tak silap. Tapi ni harga promotion yer.
Kalau takder promotion, publish rate is RM780.

Ada juga promotion for family. Boleh le tengok2.
Mana la tau cuti sekolah bulan Mei ni nak bawak anak2 bini bercuti kan?

Apa2pun...have fun!

Yong signing off and check out. Babai!~









Urologist? Nephrologist? Ha??

Laki yong keje kat Australia. Tiap-tiap bulan berulang alik dua negara.
Seronok je rasanya kalau dapat naik kapal terbang tiap2 bulan.
Bila nak pegi keje kena nyanyi lagu John Denver;

"So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go...."

Bila nak balik Malaysia pulak Yop akan nyanyi lagu P. Diddy;

"I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming"

So, 23hb Mac laki yong bagi mesej:

"I'm coming home and in excruciating pain! Please come and get me at the airport.
Don't forget to bring crutches too!"

Yong pun..."WHUTTT???" Apahal le si Yop sorang ni...
Bila sampai je kat airport, Yop pun bukak cerita sepenuhnya. Udah le tak warm-up, lama tak exercise,
ada hati nak main bola ngan mat salleh kat Aussie nu ha.
Hamik nah..udah terkengkang2 jalan si Yop ni.
.




Dengan sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan,
Yong pun buat diagnosis yang Yop ni kena Hernia.
Pekejadah hernia ni pun Yong tak tahu,
tapi Yong suka tengok muka pucat Yop..ahahaHAHA!!!

Yong kata;


"laa..jangan risau, kalau doktor nak belah pun, sikit je...ada la dalam 3-4 inci gitu." 


Bertambah putih muka Yop, macam supermoon.

Sebab Yong ni isteri mithali (ehem), Yong amik cuti untuk bawak Yop pegi hospital.
Pepagi lagi Yong gerakkan Yop. 

Macam budak kecik, macam2 alasan dia keluarkan;

"takpe, sakit ni dah hilang", "kita pegi lewat sikit"



apa ntah lagi..udah tak ingat.
So, pukul 9 gerak ke Sunway Medical Centre.
Sampai sana, dengan penuh confident,
Yong bagitau kat receptionist yang Yop nak jumpa
Urologist.
Ok...settle, terus daftar and tunggu dengan penuh excited

(Yong je excited, Yop macam nak mati takut..ahahaha!!)
Dalam menunggu dekat dua jam tu, Yong tetiba rasa gabra.
Ishh...rasanya macam salah doktor ni.
Mati la Yong kena marah nanti..
Yong pandang kiri, pandang kanan.
Nampak hematologist la, nephrologist la (pekejadah nama2 specialist ni?) Time ni la Yong amik phone, google meaning urologist.


Errr...errr...sah dah Yong salah ni. Urologist check masalah pundi kencing.
Bukan check hernia.

Yong pun tanya yop;

 
"Ayang ada problem kencing tak?"....

"tak pun!"
kata Yop.


Ah sudah...mati le Yong kali ni.
Bila doktor panggil masuk...
Yong nak tergelak pun ada sebab tahu yang Yong hantar Yop ke klinik yang salah..ngeee~~
Tapi Yong diam je dulu.
Doktor tanya apa masalahnya dan Yop pun explain apa yang jadi.
Doktor tu macam frust giler. 

Secara professionalnya, doktor tu kata

"You came to a wrong doctor. I'm a urologist.
For your case,
you should get consulted by orthopedic because this is a sports trauma."

Yop tengok muka Yong, Yong sengih kerang. ehehe...






Pas kitaorang keluar,
mengekek2 gelak sebab mengenangkan 'kepandaian' Yong.
Yong rasa, lepas ni pendapat Yong dari segi perubatan memang tak laku dah...
hilang sudah kredibiliti Yong.. :p
Lepas jumpa orthopedic dan buat x-ray,
doktor kata cuma muscle kat peha Yop tu terkoyak. Tak serius pun.
Fuhhh....lega bila tak yah hospitalize. Dapat ubat, terus balik.
Tapi tak la balik terus.
Sepanjang jalan nak balik rumah, Yon
g merayu2 pada Yop, nak beli Ipad 2.
Nak jugak2!!!!!!!!!




Bila Yop kata ok...Yong pun zerasss singgah IOI Mall Puchong.
Kat kedai EpiCentre yang jual Ipad tu, tetiba Yop tanak belikan.
Katanya membazir.
Katanya juga, baik beli notebook Dell.
Balik2 Dell...balik2 Dell...urghhh!!!



So, balik rumah dengan muka masam kelat...merajuk tak hengat. Geram tau!!
Dah mengharap sangat2 sebab janji nak belikan...

*p/s* dah tak marah sebab esok nak gi holiday..yeaaaAA!!




Nasi Kangkang


Last week, yong seronok sembang ngan bff yong pasal nasi kangkang.
Bukan yong amalkan sihir nasi kangkang ni, nauzubillah~!
Kalau si yop nak cari pompuan lain, yong cuma amalkan C4 jer.
Lebih effective, cepat sikit problem yong settle..ehehehe
(jaga ko yop, ni warning ni!)

Mengikut cerita bff yong,
ada pompuan kat ofis dia amalkan ilmu ni untuk cepat naik pangkat dan kesenangan.
So yang kena kangkang ni si bos le.
Geleng kepala yong dengar cerita bff yong.
Bos yang tinggal di banglo mewah, ada 3 orang gaji...tapi, setiap pagi macam lembu ditarik tali di hidung,
dia akan ke rumah pompuan ni. Tujuannya bukan untuk melepaskan kerinduan.

Dari rumah, bos ni pakai office attire cukup lengkap,
kemeja dan seluar slack dah diseterika kemas oleh orang gaji.
Naik kereta mewah dipandu driver. Sampai kat rumah pompuan tu, bos ni bukak kemeja dan seluar slack, tinggal singlet dan boxer je.
Melangkah ke dapur ambil kain dan baldi....dan si bos ni mula mengelap lantai menggunakan tangan. Bukan pakai batang mop yer..pakai tangan hokey!

Dah sudah mop lantai, sambung pulak menyidai kain, bra, undies dan segala la.
Untuk seorang lelaki yang hidup mewah, bila dah kena sihir,
dia boleh lupa taraf hidupnya dan dihamba jadi orang suruhan. Sadis...

Yong pun melawak le lepas dengar keluhan bff yong ni.
"pekata ko google je cara nak buat nasi kangkang. mesti ada punya"

Tidak le yong tahu.,..rupanya melambak dalam internet. Astagfirullahalazim...

Sebab senang sangat caranya, maybe ada juga orang yang pendek akal,
lemah iman akan cuba2 nak buat nasi ni.
Detail pulak tu cara2nya.
Jijik!! Ewww....bluwerkkk!

Cara2 membuat nasi kangkang ni, yong copy paste dari blog yang yong jumpa tadi.
Diminta jauhi amalan kotor dan berdosa ni.
Jangan buat kat orang kalau tak nak orang buat kat kita.
Paham? Comprende? Capiche?

(penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya, agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10-15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab. Selain nasi, air minuman pun boleh diguna untuk tujuan yang sama.)

Sekarang, yong nak share ilmu yang yong jumpa masa google2 pasal nasi ni tadi.

Kalau kita nak elak dari terkena apa2 sihir ataupun sihir nasi kangkang ni,
kita boleh amalkan membaca ayat dari surah As Saffat,
ayat 1-7, insya-allah.

Ini Yong extract dari salah satu website, ayat dan terjemahannya.



Yong ingatkan zaman moden ni, ilmu sihir ni dah ketinggalan zaman.
Tapi Yong lupa, zaman moden ni la time yang paling ramai orang nak guna,
sebab kepercayaan terhadap kuasa Allah swt makin menipis dan
dosa pahala tidak lagi penting dalam hidup.

Yang penting, hidup nak mewah, nak senang....haihhh...

Camourflage your beer belly guys!


Masa bercinta semuanya indah, lepas kawin semuanya berubah.
Masa bercinta, ayat yang selalu yong dengar orang guna,

"kalau tak percaya, ambillah kapak, belahlah dada".

Tapi masa bercinta, ayat tu macam kejam tapi romentik.
Tak sanggup belah dada bopren sebab sayang lanting2,
dan rasa romentik sebab nampak macam bopren tu sanggup mati sebab kita.

Tapi lepas kawin, ayat tu macam hilang terus.
Maybe kalau masa bercinta, nak pegang kapak pun tak sanggup,
tapi lepas kawin dapat plak tahu asben ada affair ngan pompuan lain,
bukan kata kapak, dapat gergaji pun kira bonus besar!
Grrrr.....zreeenggg, zreeennggg (chainsaw massacre)

Ehehe...entri kali ni bukan sebab curang murang.
Takde sapa2 yang curang hari ni.
Yong nak highlight perkara yang selalu berubah selepas kawin.

PERUT LELAKI!

Masa bercinta, perut2 lelaki ni banyaknya macam permukaan lesung batu.
Keras, ketak2, padu dan jitu. Ummm...nice to see nice to hold gitu.





Tapi lepas kawin...perut lesung batu dah jadi perut belon air.
Boinkk..boinkk..sangat bouncy! Weee....

Bini tengah pregnant, hubby pun pregnant.
Bini dah habis pantang, hubby masih pregnant.
Bini dah menopous, hubby tetap pregnant.




Nak suruh buat exercise ke, sit-up ke, banyak alasan keluar.
1) "malaslaa...bukan nak pegi ngorat pun"
2) "letihlaa..banyak keje kat opis tadi"
3) "saya kenyang ni. Nanti lepas rehat saya exercise le"
4) "kasut sukan belum beli lagi"
5) "saya nak beli gym equipment dulu"

pastu ada gak la alasan2 yang lain.
So, kalau dah malas sangat2 dah kan, macam ni lah...cara paling mudah,
pilih pakaian yang sesuai nak cover beer belly tu.

Tips2 yang yong boleh share;

1) Pakai baju yang agak gelap warnanya, dan seluar yang cerah dari warna baju.
So, nampak la badan tu well-proportioned.
Nampak tak..kalau pakai baju warna cerah, makin besar perut tu.





2) Jangan pakai tuck-in. Sangat la hideous!!!
Tolonglaaa...orang pregnant pun tau tuck-in tu huduh. Hishhh!!

3) Kalau beli baju...jangan belang horizontal! Kalau vertical takpe.

4) Tolong..tolonglah jangan pakai tight shirt.
Idak le yong gemor tengok perut bulat tu setiap inci.
Seksa jiwa raga yong, tau dak?

5) Jangan pulak gi pakai baju baggy2. Lagi huduh weh!

6) Kalau baju dah sesuai, usah pi pakai seluar ketat macam Amy Search nu ha.
Udah macam lollipop!





I love you Bik Mama ...muaahhHHH!

Yong suka tengok Bik Mama. Wanita berkarisma.
Very determine, and she will find her way to achieve her goal.
Salut lanting2 kat Bik Mama.

Dia pandai jaga suami. Yong nak contohi Bik Mama.
Yong tengah deal dengan kongsi gelap ni, nak dapatkan C4 yang terbaek.
Kalau laki yong gatai meghelar cari hot chick Mongol..siap la ko yoep!

Yong suka juga hairstyle dia. Rambut tu nampak lebat dan sihat.
Yong tak pernah dapat imagine kalau dia buat rambut rebonding.
Mesti lagi ayu, kan? Tapi wanita macam Bik Mama tak boleh ayu.
Perempuan yang minum kacip fatimah memang kena buat rambut macam ni. Baru sexy!

Bukan yong sorang je yang salut Bik Mama, Anne Hathaway pun sama.
Nampak tak macam mana besarnya pengaruh Bik Mama. Sampai ke Hollywood!
Bik Mama...you rocks!

Drew Barrymore pun tabik Bik Mama.
Bukan setakat rambut, Drew ikut style Bik Mama suka pakai pearl besar peluru.
Bik Mama style is hot on red carpet!

Jangan tak tahu, pearl yang Bik Mama pakai tu...mahal amat!
Cuba survey pearls by Mikimoto. Mau terbeliak bijik mata korang.
Check kat page ni sambil urut2 dada. http://www.mikimotoamerica.com/

Lain sungguh Bik Mama masa muda.
Semalam yong dah blogging,
pasal transformation yong dan Mak Iti dari anak dara
sampai yong dah keluarkan sorang anak dara dari perut yong.
Kesimpulan yong, makin lama...perempuan makin cantik.

Semalam jugak yong pesan, kalau nak cantik, kena exercise. Bik Mama rajin exercise.
Yong pun ikut Bik Mama, hari2 lepas balik keje,
yong pakai seluar senaman, baju body hugging,
duduk depan basikal statik dan tenung basikal tu sampai yong menitik peluh.
Nak cantik memang kena usaha. Yong guna mental exercise.
So far...macam ok jer.

Selain dari senaman mental,..senaman macam ni memang cukup bagus.
Menguatkan seluruh anggota badan kita.
Kalau yong boleh ikut jejak Bik Mama macam ni,
mesti laki yong sayang abih kat yong.
Confirm tak carik lain...ngee~~

Again...I love you Bik Mama. You are my hero!

Sekinchan Ikan Bakar: Cawangan Bandar Baru Bangi

Photobucket


Hari sabtu baru ni, yong ngan bff zeraaasss ke Melaka.
Hajatnya nak jemput anak2 yong yang dah puas bersukaria time school holiday ngan Mak Ngah diorang.
Saing ngan hajat amik anak..yong pun pasang gak hajat nak makan seafood di Muara Sungai Duyung, Melaka.
Kat situ sedap dan giler2 murah!

Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Bila yong tiba ke Melaka, anak2 yong udah sampai Bangi.
Apa kesah ni?

Inilah jadi bila lack of communication..hehe.
Silap yong tak bagitau terang2 kat ipar, yang yong nak datang jemput anak2.

Okay...tak paham cerita ni sudah. Yang yong nak blogging kali ni,
tempat makan baru bukak kat Bandar Baru Bangi ni..Restoran Sekinchan Ikan Bakar.

Lokasinya dekat ngan Econsave Bangi.
Sebab hajat nak makan kat Muara Sungai Duyung tak tercapai,
yong pun ngajak le bff tu ke restoran ni.
Idak le kempunan orang kata.



Kat sini ada banyak jugak pilihan.
Masa Yong datang tu ada ikan2 yang standard kita jumpa kat restoren seafood, lala, kerang, pari, siakap, ikan merah dan jugak belut.
Yong memang seram sejuk tengok belut julur2 kepala.




Yong pun pilih 2 potong ikan pari yang sedang2 aje, ngan sotong pun panjang sejengkal je.
Ingatkan dia boleh masak macam2..rupa-rupanya, semua menu bakar.
Rempah bakar pun sama je, tak kisahla kerang ke, belut ke, pari ke...rempah yang sama,
so rasa pun sama le.


Ditulis kat situ, waktu membakar dalam 30 minit.
Yong ngan bff dah lembik lutut lapar, maklumlah kitaorang ni musafir.
Bangi-Melaka-Bangi in 6 hours.
Sebab lapar sangat, yong nak lapik perut dulu ngan nasik lemak daun pisang.

Harga, RM2.00.


Photobucket


Nasik lemak ni boleh tahan gak rasanya.
Ada telur rebus potong half, and ikan bilis pun agak banyak la.
Maybe nak beli lagi lain kali.


Photobucket


Ini ikan pari yang yong pesan. Agak hancing skek bau ikan ni. Hmmffff!!

Harganya RM16.00.


Photobucket


Sotong ni pun bakar macam pari tu jugak. Sangat sikit!
Sekor yang saiz sejengkal ni..harganya RM10.00!


Ni 3 dipping sauce atau sambal2 untuk nak naikkan rasa ikan bakar tadi.
Apa yang yong boleh tulis kat sini, sambal2 ni tak pedas dan kurang rasa.
Kurang garam, kurang asam.
Dengan erti kata lain..tak yah bagi pun takpe kot.


Masa tangkap gambar ni, yong rasa macam gorgeous abis!
Tapi jangan dilupa, yong dah pakai baju ni rentas 2 negeri yer..so,
ala-ala masham skek..ehehe.

So, kalau nak pegi restoran ni,
makan nasik lemak dua hengget tu lebih sedap dari ikan bakar yang mak aihh mahal kau!

Total untuk 2 orang makan: RM32.00

Sekian. Nanti yong hapdet sikit lagi. Nak makan tengahari jap yer. Undur diri dulu.
MuaahhhhHHH!!!


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini.